2 hari lepas beriya nak update blog .... haraaaam, langsung takde entry. Bukan salah aku. Haritu salah berukband, sekang nie lappy aku plak buat hal. Sedih tul! Macam-macam hal pulak sekang nie. Sajalah tu nak spoilkan mood aku. Tapi takpelah, sabar .. sambil urut dada nafas turun naik. *grrrrrrr*
Hujung-hujung tahun nie, penyakit M aku semakin membesar terutama kalau kat office. Bila dok office, hati plak kat rumah. Bila kat rumah, hati kat bilik tidur *loolsss*. Sengalkan. Hati sekarang nie dah macam-macam. Sejak kahwin nie, rasa macam nak sambung je cuti sebulan lagi. Jadi surirumah sekejap. Kepala pun serabut, sebab majlis sebelah hasben belum buat. Sekarang nie baru nak settlekan barang-barang yang patut. In Shaa Allah, kalau takde aral melintang ... hujung minggu nie akan berlangsung majlis sebelah hasben. Kenduri kecik-kecik sudah. Janji settle semua, hati dah lega sangat. Dah boleh start fikir nak pindah rumah pulak. Start Januari tahun depan takyah lagi nak ulang alik sana sini. Banyak sangat rumah, leceh tu. Rumah sana nak kena kemas, rumah sini pun nak kena kemas. Mak incik nak rehat lagik! he he he
Kalau nak ikutkan aku kena buat entry 30 hari menjadi isteri. he he he. Tapi disebabkan lappy buat hal, tak dapat nak buat entry tu pada hari ke-30. So entry pun ikut sedap jarijemari nak menaiplah ye. Asal terfikir terus taip. Aku kan jenis suke taip cerita caca marba. Ikut suka hatilah katakan. Selit sikitlah 30 hari jadi isteri nie, weekend aku belum sepenuhnya berdua-duaan dengan hasben. Sedihkan? Tapi dalam sedih aku suke juga ... he he he ... jangan konpius ye. Setiap weekend aku balik rumah omak mertua. Rumah omak mertua den dokek jo. Sepelompap.
Bila balik rumah omak mertua, dialah yang masak. Adui ... sodap cakap ko! Masak asam podeh omak mertua aku tuh, buat aku hadap nasi bukan dengan paksa tapi dengan rela hati! Anak menantu dok reramai makan jooo. Aku takdelah tunjuk skill memasak aku, omak dia dah chef handal zaman berzaman. Aku nie baru setahun jagung. Kang omak hasben golakkan aku, malu je. Baik aku buat keje potong memotong, siang menyiang, basuh membasuh takpun goreng ikan je! Amek part mudah je. Baru lagilah katakan ... he he he. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab Allah swt anugerahkan omak mertua yang baik, kelakar dan sporting juga. Mak aku siap pesan, walaupun omak mertua kenalah buat macam mak sendiri juga. Okeh faham mak.
*Tak sompek ambil gambar masakan omak mertua .... asal tengok makanan omak masak, perut terus lapar giler!*
Dulu, masa pi rumak omak mertua ... hasben aku siap cakap kat omak dia yang aku tak makan nasi sangat. Diet konon. Omak dia siap cakap "buek apo nak sekso perot tuh .... baik makan. Kang lapa susah, menggelupur!". Aku pun sipu-sipu ala perempuan melayu terakhirlah konon. Itu awal bulan haritu ayu, sekarang aku dengan omak mertua boleh golak berdokah-dokah dah! Aku buat lawak, kang omak mertua golak berayir mata. Sian omak ... dapat menantu ala sengal, comel cute nie! Sabar ye omak.
Sekarang nie setiap hujung minggu takdelah aku masak dengan serius kat hasben, asyik makan kat rumah omak je. Kalau 3-4 bulan lagi macam nie, mahu badan naik macam belon. Ini pun dah macam belon kena tiup. Hasben ngan kengkawan cakap dah gemuk! Bukan salah aku gemuk .... omak mertua den masak sodap sangat, tak tertahan menahan nafsu makan!
Apapun, aku dah risik resepi masak asam omak mertua yang buat aku makan nasi bertambah. Nanti aku share dengan korang .... itu pun kalau jadi sebiji cam omak mertuo den masak la. Banyak lagi ilmu masak memasak aku nak risik .... ilmu kat mak sendiri dah banyak dah risik, cuma ketupat palas je tak reti2 lagi nak buat. Apa punya anaklah .....
CK : Balik rumah omak mertua ke omak sendiri ke .... perasaan malas balik Putrajaya sangatlah menebal!
samalah dengan azie ...kalo balik umah mak mertua dah tk boleh nak diet..makan je hehe lg2 masak lomak cili padi..
ReplyDeleteitulah yang sodap. kena masaklomak bertambah nasi
Deletedengar akak cerita pun dah buat saya lapar..hehee
ReplyDelete