Tuesday, February 25, 2014

IKAN BAKAR BAGAN LALANG LAGI ... DAN LAGI!

Assalamualaikum ...



Makan ikan bakar lagi. Kali ini dengan kawan-kawan and the gang. Kalau makan ikan bakar yang sedap, semestinyalah dekat Senandung Malam Bagan Lalang. Rasanya aku dah pernah story makan ikan bakar dekat sini. Sedap. Menjilat siku jari! Citer panjang tak guna kalau takde gambar makanan. Nampak gambar baru rasa best dah mulalah terliur! Aku yang taip entry ni pun, masih terngiang-ngiang akan kesedapan ikan bakar di Senandung Malam .... yang pasti seafoodnye fresh. Namun, pernah juga sekali kot akan makan kat sini, ketam dia berbau. Sekali  tu ajelah. Tapi aku tetap repeat!


Nak tahu lebih lanjut kesedapan makan dekat Senandung Malam, korang boleh refer dekat entry lama aku. Kat sini <----. Ulang-ulang lokasi makanan yang sama. Alasannye cuma 3 sahaja ... sedap, fresh dan berpatutan! Sebab itulah aku dang kengkawan tak sudah-sudah repeat makan ikan bakar di lokasi yang sama. Janji puas hati! Berbaloi drive jejauh .... seolah korang pergi sana lapar, balik pun lapar. Maklumlah perjalanan jauh bebenor!

Rasa macam nak repeat lagi, tapi nantilah ... tunggu bajet menyenangkan! ngeh ngeh ngeh



p/s : Update pasal makan dan makan je yang aku terror sebenarnya. 

Monday, February 24, 2014

MEE UDANG SEDAP DI PULAU SAYAK, KUALA MUDA KEDAH

Assalamualaikum ....


Dah lama sangat aku tak bawa korang jalan-jalan cari makan. Kali ni lokasi cari makan agak jauh bagi mereka yang berada di area tengah, selatan dan pantai timur. Kalau sapa dok sebelah utara sana takdelah jauh mana kot. Aku nak bawa korang cari makan dekat Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah. 

Walaupun aku orang Kedah, tetapi aku amatlah jahil tentang jalan-jalan di Kedah. Malang sekali! Aku hanya tau pi Alor Star ... masuk bandar Sungai Petani ... masuk pekan Jitra ... itu je aku tau. Lebih pada tu, sikit-sikit boleh la kot. Kalau korang tanya jalan kampung ka ... taman ka ... memang aku gagal sekali. Hasben aku yang bukan orang Kedah lagi terror jalan kat Kedah. Ish, buat malu je aku ni. Takpa, googlekan ado. Taktahu den googlelah nanti. Ye dok?

Aku nak story dekat korang yang hari tu, akhir Januari kami suami isteri balik Alor Star. Bila balik kampung hasben aku bukan reti dok diam kat rumah. Hari-hari ajak aku pi jenjalan. Aku suke je. Cuma jenjalan kat Kedah nie agak panas tau. Ada satu hari tu, ayah aku usulkan nak pi rumah adik kat Sungai Petani. Habaq kat hasben dia on je. Janji boleh jenjalan sukelah dia. Actually, bila balik Kedah hari tu, kami dah plan nak pi Pulau Sayak dekat Kuala Muda. Alang-alang ayah dah ajak pi Sungai Petani kira dah dekatlah nak pi Kuala Muda tu. 

Kami sampai Sungai Petani dah dekat 5 petang. Keluar awal ... tapi kesesakan lalulintas menyebabkan segalanya menjadi lambat. Duduk rumah adik sekejap, solat Asar dan makan bagai ... 6.30 barulah gerak dari rumah adik ke Pulau Sayak. Aku ingatkan nak ke Pulau Sayak nie macam dekatlah dengan Sungai Petani. Rupanya boleh tahan jauh jugak. Dekat 40 minit baru sampai ... dengan jalan kampungnya yang gelap dan bengkang bengkok .... jauhlah bebenor. Demi Pulau Sayak ... dan demi mee udang, kami gagahkan juga. Sampai pun dah malam lebih kurang 8.00pm. Mana nak nampak Pulau Sayaknya lagi. Kalau sampai area kul 5.00pm ke .... mesti best. Bolehlah kami amek gambar Pulau Sayak tu.


Memandangkan dah malam, adik aku dan hasben dia bawa kami pi makan dekat Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Dekat situ ada banyak lagi kedai makan mee udang. Cuma yang nie je kami singgah. Hasben cakap lepas nie balik kampung kita datang awal bagi sampai situ petang then try semua mee udang yang ada dekat area Pulau Sayak. Nak test mana yang bestkan ....  Hasben adik aku pernah makan dekat Usop Mee Udang nie, dia kata sedap. So, kitaorang follow ajelah. Dah malam ... jangan banyak karenah. Nak balik Alor Star lagi ... jauh tu nak drive!

Sampai je terus cari surau nak solat Maghrib. Dah nazak sangat .... tak solat kang kena bebel dengan mak aji dan pak aji. Allah dah bagi rezeki itu ini, sujudlah kat Dia. hu hu ... kita ni kadang bab solat dipandang ringan. Asyik fikir makan je. Teruk betul. Walhal rezeki tu Allah yang beri .... jom bersyukur!


Ini dia mee udang Pulau Sayak. Sedap weh ... lagi sedap dari Kuala Sepetang. Kuah dia manis. Udang dia bukannya kira berapa ekor macam Kuala Sepetang, tapi ikut gram rasanya. Aku suka sangat rasa kuah dia yang manis-manis tu. Lemak-lemak ... memang bestlah. Kalau korang tengok mee udang dia simple je pun. Cuma rasa dia ajelah yang sedap pada tekak.

Dahla lokasi tepi pantai. Sambil makan boleh tengok bot nelayan. Boleh dengar ombak menghempas pantai. Kalau aku pi petang sikit mesti boleh nampak matahari terbenam. Bestnye lahai!


Udang dia bukan setakat besar je ... malah ianya fresh! Mak aji dan pak aji pun makan sampai licin. Sian mak ayah aku kena layan karenah anak menantu yang sibuk nak makan mee udang. Kenalah ikut jalan jejauh. Hasben aku order bihun goreng udang ... tapi mee udang dia lagi sedap dari bihun goreng udang. Hasben siap bungkus bawa balik lagi tau mee udang  nie. Dia kata susah nak dapa rasa yang macam tu. Okeh, nanti sayang study camne nak buat mee udang nie. Nanti hari2 kite makan mee udang ... nak ke??

Untuk makluman korang, Usop Mee Udang Pulau Sayak dibuka setiap hari. Dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam. Boleh call dekat no. ni 019-267 1650 / 019-432 1857. Kotlah korang terlajak pi Sungai Petani ... jangan lupa ke Kuala Muda pastu pi Pulau Sayak makan mee udang. Aku dan hasben akan repeat lagi ke Pulau Sayak, maybe nak try mee udang kedai lain pulak. Alang-alang dah balik Kedah kan ... bolehlah try. Bukannya selalu ....

Sementara korang belum pernah pergi sana ... telan air liur lah dulu. Macam aku sebelum nie, asyik google je cerita Pulau Sayak nie. Sekali pergi, hah kau .... terbaik!!




p/s : Suami isteri yang kuat sangat jalan sana sini ..... pasni trip pi Indonesia plak aku story kat korang. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu

EH, DAH 10 TAHUN?

Assalamualaikum ....


"Selamat Ulangtahun ke 10!" ... sayup sayup je bunyi bisikan kat telinga aku oleh hasben tadi. Erk, ulangtahun ke 10? Mesti korang pelikkan? Baru kahwin dah ulangtahun ke-10. Actually, hari ini adalah ulangtahun perkenalan aku dan hasben yang ke-10. Pertama kali kami bertentang mata pada 24 Februari 2004, hari ni dah 24 Februari 2014. 10 tahunlah tu. Lamakan?

10 tahun kenal, tapi baru beberapa bulan nikah. Kalau nikah masa mula kenal, aku rasa sekarang ni dah ada 2-3 orang anak dah. Inilah dinamakan JODOH. Perancangan Allah swt itu lebih baik dari perancangan manusia itu sendiri. Aku pernah merancang untuk hidup bersama hasben aku sekarang ini yang suatu ketika dulu sekadar kekasih. Rancangan aku patutnya kami nikah 5-6 tahun lepas. Malangnya, jodoh tiada antara kami masa tu. So, aku pasrah ... ! Aku kan manusia yang cepat pasrah akan sesuatu yang aku rasa sukar untuk menjadi milik aku. Nak-nak soal jodoh nie. 

Dari sekadar kawan menjadi sahabat ... jadi teman ... kekasih dan bekas kekasih. And hampir 10 tahun kenal, dengan izin Allah swt dan restu ibubapa kedua belah pihak akhirnya kami menjadi suami isteri. Alhamdulillah. Sejujurnya aku amat bersyukur dengan anugerah Allah swt ini. Seorang suami yang aku harap dan sentiasa mendoakan agar dia sentiasa menjadi imam pada setiap solat aku. Seorang yang akan membawa aku ke jalan yang Allah swt redhai. Yang akan membimbing aku ke syurga Allah swt. Itulah yang aku harapkan dari suami aku sejak kami diijabkabulkan.

Siapa sangka ... akhirnya dalam berbagai gelombang yang aku tempuh dan pelbagai dugaan yang aku berhadapan, sampai satu tahap aku dah lupakan hampir banyak perkara tentang cerita kami. Namun jodoh kami kuat dan ketika ini dia adalah suami aku. Syukur!

Tadi sempat lagi hasben aku wishkan ulangtahun dan sempat lagi dia post kan satu lagu yang dia pernah tujukan kepada aku tapi aku tak tahu pun lagu tu ditujukan untuk aku masa tu....10 tahun lepas la. Seribu Bayangan kumpulan Damasutra. Dia memang asyik sangat nyanyikan lagu ni dulu. Bila mengenang kembali kisah cinta kami, aku selalu mengalirkan airmata. Bagi aku, kisah cinta aku dan hasben suatu masa dulu adalah satu perkara yang agak tragis ... dan kalau boleh aku nak lupakan kisah cinta kami yang dulu kerana cinta dan kasih sayang aku pada hasben hari ini adalah cinta selepas nikah! Dan hari ini kalau orang tanya aku, jujur aku cakap .... cinta selepas nikah cukup indah dan penuh ketenangan!

Korang mesti pelik kenapa aku cakap cinta selepas nikah walhal aku dah kenal hasben 10 tahun kot. Selepas kitaorang berpisah, aku dah decide untuk lupakan segalanya. Aku nak mulakan hidup baru. Walaupun orang sekeliling selalu tengok kami bersama sentiasa, tapi that time aku dah pasrah soal cinta dan kasih sayang. Macam rasa berkawan lebih baik ... pasrahlah namanya tu. Kuasa Allah swt, Mac 2013 ... terbuka hati hasben aku, cakap nak jumpa family aku. Aku ingat dia main-main, tapi rupanya dia serius. Akhirnya, Julai 2013 kami bertunang then November 2013 ... nikah. Bila time bertunang itulah, aku cambahkan kembali kasih sayang aku dekat suami yang masa tu masih tunang. Aku belajar untuk kenal diri dia semula. Aku lupakan kisah-kisah lama yang buat kami dilambung ombak badai bagai. Alhamdulillah, bila dah diijabkabulkan ... kasih sayang dan cinta aku dekat dia adalah baru dan semakin bercambah sampai hari ini. Itulah yang aku doakan setiap hari sejak aku jadi isteri dia. Aku bersyukur sangat bila hasben memilih untuk kembali mencari aku ..... dan paling aku bersyukur Allah swt masih meletakkan rasa kasih dan sayang dalam hati aku pada hasben.  

Begitu cepat masa berlalu, tup tup 10 tahun berlalu .... tiada apa yang aku harapkan melainkan kasih sayang yang setia dan tulus ikhlas dari suami aku. Moga ikatan ijabkabul ini kekal hingga ke jannah!

I love u ... suami!  10 tahun lepas ... kita baru nak kenal-kenal. 10 tahun berlalu, hari ini kita baru nak berkenalan sebagai suami isteri. Thanks to Allah swt!!



p/s :  selalu aku jadi yang pertama wishkan ulangtahun ini .... tapi genap 10 tahun, hasben jadi pertama.

Saturday, February 22, 2014

HUJUNG MINGGU SUAMI ISTERI ;P

Assalamualaikum ...



Pagi tadi aku masuk office sekejap. Sejam dua je. Sebab ada hal nak kena settle. Bila dah ada hasben ni, kerja dihujung minggu terasa tak bestlah sangat. Dok rumah lagi syurga sekarang nie. Sebelum pergi office, aku dah siapkan breakfast untuk hasben. Yelah, dah la nak tinggalkan dia kat rumah takkan nak biarkan kelaparan pulakkan. Kang tak pasal-pasal jadi hulk hasben aku. Ngerilah! Aku bernasib baik sangat dan juga bersyukur, sebab masa aku bujang kerapkali jugalah aku masak bila hujung minggu. So, bila dah bersuami ni aku takdelah rasa tugas memasak tu sebagai beban. Bezanya cuma, kalau time bujang ... ko malas, boleh rehat je tak perlu masak. Makan maggi rebus pun ok. Tapi dah kahwin nie, malas ke rajin ke .... masak untuk suami tu dah kewajipan bagi setiap para isteri. Aku beranggapan begitulah sebab mak aku ajar aku macam tu. So, I follooooow.

Siap pasal kerja, balik rumah siap-siap nak pergi wedding kawan aku pulak. Tak perlulah aku susah payah nak masak untuk lunch. Yeeee! Sampai rumah hasben dah tolong sidai baju and basuh baju untuk trip kedua. Rumah pun dia dah vacum cuma tak sempat lipat kain baju je. hikhikhik. Baju kurung aku nak pi wedding pun hasben siap ionkan. Thanks hasben! Buli suami nampak! Eh, takdelah ... ini bantu membantu untuk kesejahteraan rumahtangga. Aku dah bagitau hasben, kalau aku penat ... aku nak dia tolong kat rumah. Tapi kalau aku okey je ... tak penat ke letih ke ... semua perkara kat rumah aku buat sendiri. Hasben aku terror masak tau, tapi dia tak suka tunjuk skill. Sesekali, dia akan masak bila aku minta. Itu pun ikut mood dia jugalah. 

Kadang ada juga aku dengar orang akan cakap memacam bila suami tolong isteri. Nak-nak orang baru kahwin macam aku. Mesti ada suara sindir memacam. Aku pun tak terlepas benda cenggini, paling terasa bila kawan-kawan sendiri yang cakap. Sentap mak okeh! Tapi pendam je! Ada yang cakap, "baru lagi memang la tolong ... nanti tinggal ko la buat sensorang, takdenya lakik nak tolong! Tengoklah nanti". Perghhh seriau telinga dengar. Nak je aku cakap, Nabi S.A.W pun membantu isteri-isteri Baginda dalam urusan rumahtangga tau. Bukan salah pun, kalau Nabi S.A.W boleh buat ... doakanlah suami kita pun boleh buat. Ye dak? Aku bukanlah suruh hasben aku tolong semua benda setiap masa. Cuma bila perlukan bantuan je aku minta. Tak salahkan??

Okeylah tak ngarut panjang pasal benda nie, kang aku terlebih mengarut plak. Sambunglah cerita pasal wedding rumah kawan aku tuh. Nak habaq hangpa, menu wedding sedap-sedap belaka! Terambik juga aku nasi anggaran 2 sudu. Terliur weh. Tadi makan nasi beriani kot rasanye, ayam goreng berempah super sedap, dhal, daging blackpepper best giler, masak lomak cili api nenas dengan ikan kering (aku makan ikan kering je ... nanas tak boleh, risau aku). Menu-menu nie tak sempat ambek gambar. Lapar sangat, sampai time lunchkan ... amik nasi je terus makan.

Pas makan nasi ... rehat kejap, pastu hasben aku dah pusing setiap station makan. Ada kuih muih, cendol, kerepek dll. Apa lagi ... sambil lepak mulut dok asyik mengunyah je. Makan makan ... pastu gemuk gemuk! Bersyukur dapat tahan nafsu tak amek nasi banyak. Cuma ayam goreng berempah tu je aku siap bertambah-tambah lagi. 


Popia sira tu sedap sangat tau. Pai tee tu tu pun boleh tahan sedapnye! Keluarga pengantin ni amek catering dengan ARBE Catering. Makanan memang semua superb. Kalau sesiapa yang dok area berdekatan Kajang Selangor bolehlah amek catering nie. Serius sedap. Presentation dia kat meja makan beradap memang cantik. Tak sempat aku nak amek gambar. Kot sapalah nak kahwin kan ... korang boleh refer dekat website ARBE Catering kat sini <----- atau contact no. ni 03-8737 6539. Pastilah korang akan teruja dengan menu dia. Okeh ARBE, saya dah promote ... he he he moga murah rezeki ARBE nie, masak macam nak makan kat rumah sendiri. Puashati!

Settle ke kenduri kahwin, hantar kereta pergi servis then cuci kereta plak. Memang sengaja nak penuhkan Sabtu ni untuk kami berdua. Esok kalau boleh nak rehat kat rumah je. Tak pun nak ajak hasben temankan pi office sat. Kalau rajinlah! Sampai rumah tak tahu apa nak buat, sebab perut masih mengah makan banyak sangat masa wedding tengahari tadi. Makanye aku on je lappy .... siap sedia update entry nie untuk tatapan korang. Tapi hasben plak tido .... sebab malam tadi dia  tido kul 4.00pagi kan. Cover tido balik! Jumpa kengkawan masa sekolah punya hal, itu yang balik rumah lambat. Hye suami ... jumpa kawan terus lupa diri kejap.


Okeylah aku nak pi masak untuk dinner jap. Ada masa kita sambung la cerita laie. Hasben aku plak sibuk suruh aku update blog hari-hari, tapi dia tak tau isteri dia tak kesempatan. he he he he alasan ke tu??



p/s : Jimat bajet dapur rumah aku hari ini. keh keh keh

Friday, February 21, 2014

BR1M

Assalamualaikum....


Sebut je BR1M memasing laju je jenguk akaun online kan. Tadi kecoh sekejap dekat office aku duit BR1M dah masuk akuan. Memasing apa lagi sibuklah check. Rupanya hari ini, 21 Februari ... duit BR1M masuk ke akaun orang bujang dulu. Esok, 22 Februari baru masuk ke akaun mereka yang dah berkeluarga. 

Sapa yang mohon BR1M tu boleh lah check akaun memasing ye, itupun kalau korang key in no. akaun. Kalau tak key in, pengagihan baucer BR1M akan bermula pada 23 Februari .... lebih kurang camtulah cerita yang aku dengar tadi.

Nak tahu betul ke dak, kena rujuk LHDN la kan?



p/s : Malam nie rasa cam nak update autopublish entry je. Kalau rajinlah.

MENU SEBELUM MENINGGALKAN NASI SECARA PERLAHAN-LAHAN

Assalamualaikum ...


Perghhh tajuk entry maut kenmain! Poyo pun ada kan ... he he he. Kalau korang rasa cam nak  muntah je dengan tajuk ni, boleh muntah jauh-jauh yek. he he he. Menu yang aku paparkan dekat korang nie rasanya dalam 3-4 minggu lepas. Masa tu feel nak masak mencanak semacam je. Bila aku cakap kat hasben tentang tahap kemalasan aku nak makan dekat luar. Feel macam nak loya je makan dekat luar kan.Pembawa budak ke? Eh! Rasanya belum ada tanda. 

Disaat serbagala barang naik harga dengan mencanak, tetiba tekak aku teringinlah sangat nak makan ketam masak lomak cili api campur bendi. Dulu aku tak suka bendi, masa pas bertunang tu tersuka plak kat bendi. Selama ni tak pernah try makankan, sekali makan bendi rupanya sodap pulak. Masa jenajalan dekat Pasar Tani Putrajaya yang barang dia mahal macam emas tu, ternampaklah ketam. Uih, semua bertelur-telur ketam tuh. Bila hasben tanya, "sayang nak ketam?". Terus angguk lelaju. Sekilo RM24 tau kotam neh. Mahal bebenor. Suruh hasben amek 2 hekor je. Cukuplah kami berdua je pun.


Inilah dia rupa ketam masak lomak cili api, sodap melekat habaq hang! Kuah ketam ni sedap juga tau  buat cicah cucur ikan bilis potang-potang. Menjilat jari kalau kuah dia pekat melikat. Terasa kenegerisembilan aih! Takkan boli kotam je kan ... mesti ada menu menu lain juga. Setakat makan kotam je ngan nasi mana best. Tak phiaaaw.


Ketam masak lomak cili api ditambah dengan sayur bayam, bendi rebus, ikan cencaru sumbat (bakar) dan ikan sardin rebus kemudian goreng. Terangkat! Makan nasi bertambah-tambah. Tapi bukan aku la yang bertambah nasi tu, hasben aku. Aku bertambah laukpauk je. Semuanya menu-menu sebelum kami berdua meninggalkan nasi secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, masuk hari ini hasben aku dah 3 hari tak makan nasi. Aku nak dia turunkan berat dia dalam 10-15kg. Sapa lagi nak bantu kalau bukan isterikan? Kesian dia susah nak cari baju dan seluar. Sekarang nie berat hasben dah 108.9. Berat asal dia dalam 110kg. Malangnye isteri plak makin bam bam .... kenapa yek?


Kesedapan makan bertambah dengan air sirap ais. Sejuk meleleh dalam jug tuh. Sedap-sedap. Rasa macam pi kenduri kahwin je minum air sirap berais camnie. Tengok ikan goreng dalam gambar tu pun aku rasa terliur bebenor nak meratah. Ikan goreng kalau korang nak sedap, stimkan sekejap baru goreng. Isi dia lagi lembut dan kenyal. Rasa dia lagi best. Selalunya ikan kembung ngan ikan sardin je aku buat macam neh.

Lepas nie, kalau aku masak ... takda nasi-nasi lagi. Makan lauk pauk je. Hasben pun macam dah mula serasi makan lauk pauk dan sayur je. Alhamdulillah. Kalau berat hasben tak turun, dapat maintain pun ok....jangan baik berat sudahlah!

Isteri je kawan opis dok tegur, "akak ... dah berisi la badan akak lepas kahwin nie, dulu kecik sikit!". Stress isteri tau!




p/s : Harap usaha ini ada kejayaannye. Ameen.


Thursday, February 20, 2014

MAKAN MALAM DI BUMBU DESA ALAMANDA PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Last week akak ipar aku bagi voucher makan dekat Bumbu Desa Alamanda Putrajaya. Dia beli voucher tu kat groupon. Rajin bebenorlah beli voucher makan. Terima kasihlah sudi beri kat adik ipar mu ini. Nilai voucher yang akak aku bagi tu RM100. Macam tak berbaloi nak makan berdua dengan hasben. Aku bukanya makan banyak pun. Bukan spesis perut stokin. Makan sikit je dah rasa kenyang. Nak-nak sekarang  ni selera makan dekat luar agak kurang, lagilah rugi makan berdua je.

Memandangkan rezeki ni orang bagi, tak salah rasanya berkongsi. Bila aku bagitahu hasben pasal voucher makan tu ... terus dia ajak family adik dia sekali. Kiranya berempatlah dewasa yang makan. Anak-anak adik ipar aku takde makan sangat. Anak-anak dia pun kecik comel lagi. Yang pelahap semuanya kitaorang yang dewasa je.

Aku terus call Bumbu Desa Alamanda untuk book meja bagi 4 orang. Susah bebenaulah nak cakap dengan staff Bumbu Desa ni. Dorang speaking susah sangat nak faham sebab sebutan tu dah ke lalut sangat. Cakap bahasa Malaysia pun dorang macam tak reti sangat kat phone. Masa face to face boleh plak cakap bahasa Melayu walaupun tak fasih sangat. Indonesia - Malaysia kan lebih kurang je kan penggunaan bahasa Melayunye.

Makan di Bumbu Desa buat aku teringat kenangan melancong plus shopping di Bandung, Indonesia tahun lepas. Seronok. Makanan di Bandung murah walaupun makan di tempat bertaraf 3-4 bintang. Dah la murah, sedap pulak tu. Jadi bila dinner dekat Bumbu Desa hari tu, aku mengimpikan makanan dekat situ sesedap di Bandung. Harapan yang tak boleh blahkan ... he he he he


Masa kat Bumbu Desa ada soda gembira. Korang kacau2 serupa air bandung tapi rasa susu dia lain sikit. Lebih sedap! Nyuuuuuuum. Kami order nasi liwet (mula2 hasben sebut ... aku ingatkan liwat, keh keh keh), rendang daging, sambel udang yang super sedap, ayam penyet, ayam apa ntah satu lagi ... aku dah lupe. Pegedil jagung, pegedil biasa dan kari sotong. Kari sotong ni korang tak yah orderlah kalau pergi Bumbu Desa, sotong dia tak sedap tapi kuah dia sedap! Camne tu?


Dari 5 bintang aku cuma bagi 3 1/2 bintang je dekat menu di Bumbu Desa. Biasa-biasa je makanan dia. Tak berapa kick bagi tekak aku. Harapan dan mimpi aku ingat makanan kat sini serupa rasa macam di Bandung jauh sekali. Yelah, aku faham ... Bandung lagi original. Makan pun sebab dapat voucher free kan, tak perlu complain banyak sangat.

If aku repeat makan kat Bumbu Desa suatu masa, aku pasti akan order sambel udang dia. Yang ni sedap sangat. Udang dia besau. Sedap pada tekak akulah. Walaupun ada kekurangan sikit dalam rasa makanan tetapi suasana restoran ini adalah cantik, bersih dan kemas. Susun atur dia menarik. Terasa macam di Bandung gitu. 

Dan kerana voucher percuma nie jugalah aku ngadap nasi liwat liwet hari tu. Tensi mak okeh kalau ngadap nasi memalam. Kembang lengan mak skang neh. Oh! bila nak kurus balik. Dah kahwin ni muka makin bolaaat diri makin lebaq. Sebab itulah aku on off makan nasi. Kat Bumbu Desa pun aku amek setengah senduk je nasi, lelain ratah lauk je. 

Selesai makan, bawa pergi bayar dekat cashier. Sekali kena bayar RM160.00. Tapi cuma bayar RM60 ajelah sebabnya nilai voucher akak aku bagi tu RM100. Kira balance tuh aku belanja ajelah dorang. Lagipun bukannye selalu. Sesaja nak bawa dorang makan memang susahlah kalau aku sendiri pun tak pernah jejak ... he he he he ...

Balik rumah je, terus solat Isyak ... siap-siap tidur! Perut dah konyang, apa lagi yang kau mampu buat selain tidur .... kan kan kan?


#buruk perangai



p/s : Makan ramai2 seronok rasanya, nak-nak bila ada anak kecil .... bestnye! Cepatlah jadi mommy.

Wednesday, February 19, 2014

CPUV PERTAMA 2014

Assalamualaikum ....



Alhamdulillah, tak sangka Nuffnang masih ingat kat blog picisan aku di tahun 2014. Aku dok tunggu-tunggu juga, bilalah Nuff nak bagi hadiah untuk tahun baru. Yelah, aku akui sekarang  nie jarang sangat update. Asyik tenggelam timbul je. So, Nuff pun buat pandang tak pandang ajelah. Kalau nak hasil lebih, kerajinan pun kena lebih juga. Barulah setimpal. Ye dooook?


Untuk tahun 2014, bulan Februari baru aku dapat CPUV. Okeylah kan .... Visa Travel Happy, aku harap lamalah kau bertenggek kat blog aku. Nanti earning akan bertambah-tambah. Last CPUV aku masa bulan Disember hari tu. Lepas tu dah senyap sepi. Sama macam aku yang senyap sepi seketika tak menulis apa. Tak ada usaha, maka tiadalah hasilnye;p

As usual, bila dapat je CPUV mesti aku berazam nak update blog hari-hari. Malangnya azam tinggal azam. Takdan nak updatenye hari-hari. Nak-nak sekarang nie busy yang teramat. Kat opis nak buka blog pun tak sempat. Jauh sekalilah nak update.

Aku harap 2-3 bulan akan datang aku mampu update blog secara konsisten!




p/s : Seronok tengok blogger yang dapat CPUV setiap bulan. Mesti korang rajin sangat update blog kan ...

Monday, February 17, 2014

TAKNAK MAKAN NASI?

Assalamualaikum ...


Malam tadi, suami aku taknak makan nasi. Dia dah cakap, kalau boleh nak elak makan nasi malam. Bila dengar cam rasa senang je kan taknak makan nasi. So tak perlu susah payah nak masak. Tapi hakikatnya lagi pening nak masak menu apa kat suami. Takkan nak masak menu main campak-campak asal jadi macam zaman bujang sebelum ni, ish tak senonoh sangat. Sesekali bolehlah menu main campak, kalau selalu sangat dok campak kang aku plak tercampak. Kes naya hokeh! ngeh ngeh ngeh.

Suami aku ni senang je, bila dia cakap taknak makan nasi, dia akan keluarkan ayat camni, "sayang fikirlah nak masak apa, hubby tak kisah ... tapi janganlah menu pelik2 pulak!". Menu pelik yang suami maksudkan mungkin menu main campak kot aku rasa. Agaknyelahkan ....

Memandangkan suami dah suarakan taknak makan nasi, maka malam tadi aku buat cucur ikan bilis cicah kuah sardin. Ini memang antara peberet dia. Sepinggan hadap dia sorang pun boleh habis, takda hal. 


 Aku ni setakat masak kampung yang biasa-biasa tu bolehlah, kalau nak suruh buat western food aku kena belajar lagi dan lagi. Kalau dah taknak makan nasi, western food adalah jawapannya. Belajarlah kau jadi omputih sekejap. Aku sebenarnya bersyukur bila suami cakap taknak makan nasi, sebab isteri dia ini pun tak berapa sangat nak makan nasi dari sebelum bujang. Nak-nak badan aku dah memberat semacam. Lengan pun dah nak sama saiz dengan betis, so diet adalah amat penting di waktu ini. Aku terasa macam almari baju bergerak sudah!

Ada yang cakap aku ni memberat sebab sekarang dah happy berdua. Makan bertoman sentiasa. Alasan cukup tak logik nak kasi aku. Sebelum aku makan bertoman siang malam pagi potang, 2 tahun lepas berat aku 65kg tau. Hidup aku time tu happy juga. Lepas tu aku diet sampai dapat 54kg. Kenaikan berat badan aku takde kaitan sangat dengan makan bertoman ko apo? Ini punconya den dah stop plan diet. Takyahlah ekau nak lotak ayat sindir kek den ni haaa. Den tahu la ekau tu kahwin awal sangat dari den, so tak perlulah nak menyindir begitu. Menyampah.

Nak cerita pasal tak makan nasi, tapi melalut ke lain sudah. Apalah aku neh .... haish, nak tulis entry pun takleh harap, ayat takde kesinambungan manjang. Pasrahlah korang baca entry aku ye. He he he




p/s : Apsal manusia suke sangat nak menyakitkan hati manusia lain dengan ayat-ayat sindir, rasa nak lempang pun ada. Geram!

PETUA ISTERI CANTIK

Assalamualaikum ...


Morning sayang2 sumer! Erk hari ini Monday. Jangan nak Monday blues sangat yek. Semangat sket dengan kerja-kerja di pagi Isnin. Moga kita dapat lalui minggu ini lebih baik dari minggu-minggu sebelumnya. In Shaa Allah ...

Pagi-pagi ni nak share petua untuk isteri sentiasa cantik di mata suami. Isteri nak cantik untuk siapa lagi kan, kalau bukan untuk suami. Ye dok?


Isteri je cantik tapi tahap kemalasan masak untuk suami adalah tinggi pun tiada gunanya. Cantik dan rajin biar seimbang. Masak tak pandai sangat tak apa, asalkan rajin masak. Lelama pandailah. Macam haku nie, learning process nye memanjang, pandainye idok ler lagi. Asal masak main campak, nak tunggu suami puji lambatlah. Kena masak penuh perasaan dan kesungguhan, baru boleh dapat hasil yang terbaik. Tak gitu?

Bila nak pandai neh?
 

Cukuplah dulu entry di pagi Isnin, ada masa aku sambung lagi. Skang ni update ikut sempat je, tak macam dulu. Ada time-time tertentu nak update blog. Bolehlah macam nie kan ... janji ade ... he he he he.






p/s : Bangun 4.30 pagi, ion baju keje berpasang-pasang ... pastu asyik ulang alik toilet, sakit perut. Entah apalah yang aku makan semalam?

Saturday, February 15, 2014

UBAH SELERA

Assalamualaikum ...


Dah masuk bulan ke-4 aku menjadi seorang isteri. Alhamdulillah, tapi belum lagi masak sodap-sodap kat suami. Ada masak pun 3-4 kali je, selebihnya masak menu biasa. Last week je masa omak mertua aku datang rumah melawat rumah menantu dia kemas ke idak, aku masakkan ikan patin masak tempoyak. Tak sempat langsung nak snap gambar. Habis licin, siap tapau kat omak bawa balik lagi. Harap omak den tu sukolah yo!

Hari ini memandangkan duduk kat rumah je, plan nak pergi tengok autoshow tak menjadi ... makanya aku masaklah. Suami ajak makan luar memang aku malas bebenor melainkan terpaksa. Entah kenapa tekak aku rasa loya nak makan kat luar. Nak kata petanda preggy belum pun ada tanyanye ... masih sabar menanti kami suami isteri. Harap-harap sebulan dua lagi adalah khabar indah. Ameeen. 

Suami aku merajinkan diri melipat segala baju berbakul-bakul ... aku pun masuk dapur masak. Suami aku sekarang ni agak kurang makan nasi. Hari ini pun dia request tak nak makan nasi. So, garu kepala sekejaplah nak masak apa. Dah lama tak masak yang heavy, skill memasak pun dah kelaut. Asal nak masak je kena google. Kalau nak melayan tekak dan perut aku sorang je tak makan nasi memang takda masalah. Sebabnya sebelum ini aku pengamal atkins diet. Kalau tak makan nasi berbulan-bulan aku memang takda masalah. Aku belasah je apa yang nak dimakan kecuali nasi, mee, bihun dan semua perkara berasaskan karbohidrat. Tapi untuk suami takkan main belasah je. 

Memang aku perasaan, suami aku makan nasi pun 3 kali je seminggu. kalau  terlebih sket 5 kali seminggu. Takdelah macam sebelum kahwin, lunch makan nasi ... dinner pun makan nasi goreng. Kengkadang pagi pun belasah nasi goreng. Lately aku perasan ... dia macam dah nak tinggalkan nasi pelan-pelan. Perut dia pun dah susut sikit. Petang tadi try t-shirt lama pun dah tak ketat tang perut. Almaklumlah, suami aku boroi comel ... so bila pakai baju memang nampak comel sangat tang perut. Bila timbang dah turun 2kg. Alhamdulillah, kuat semangat ye sayang!

Akhirnya, aku cakap kat suami ... nak try masak chicken grill. Mari mengubah selera. Dia bagi green lite, maka aku on la tugas masak memasak. Ketang ketung ketang ketung ... siap juga chicken grill aku yang tak seberapa. Tak pernah buat, so sambil buat hati berdoa agar menu tu sedap pada tekak suami. Risau weh .... suami aku masa makan tak complaint sangat, bila dah sudah makan baru dia komen. Tak gabra kau camtu. 


Ayam aku perap sekejap je, sejam ... so ramuan dia tak masuk sangat dalam isi ayam tu. Brocolli, kentang dan carrot tu gigih aku suruh suami pi beli kat Pasaraya Darussalam. Nasib baik dia nak pi, kalau tak ... mesti nampak cacat chicken grill aku tuh. Kuah blackpepper tu pun aku google je recipe dia. Tetibe eh suami aku cakap, "sayang tahu yek masak kuah blackpepper nie ... nape selama nie tak buat pun?". Selamba je aku jawab, "google ... semua di hujung jari!". Senyum je dia dengan jawapan aku yang tak semenggah langsung tapi ia adalah jawapan yang jujur sangat!


Chicken grill dipadankan dengan sirap ais ... kenyang tersandar. Alhamdulillah atas rezeki yang kau beri Ya-Allah. Berkatilah rezeki ini. Ameeen. Tengok pinggan bunga pink tu, suami aku yang pilih. Kalau harap isteri, jangan harap dalam rumah ada pinggan bunga-bunga. Suami aku jiwa klasik sikit muke je ganas. Suami lebih sibuk nak beli pinggan mangkuk, gelas cawan dan sebagainya ... tapi isteri dalam hati sibuk nak modified myvi. Tak berani cakap dengan suami, nanti dia bagi tazkirah. kah kah kah. Terbalik sudah. Cuma hati rasa berbunga bila suami bagi hint nak tukar sport rim myvi tu nanti-nanti .... ada harapan!


Sekian cerita di hujung minggu. Korang bacalah ... harap happy dengan entry aku yang biasa-biasa  .... tapi kalau korang baca banyak kali mesti rasa luar biasa. Eh, aku acah je!




p/s : Rasa bersyukur bila suami sanggup lipat baju berbakul2 tapi lepas ni dia kata aku kena lipat baju sendiri ... pheeeewwwww, mahu pengsan!

DUDUK RUMAH

Assalamualaikum ...


Happy weekend sayang2 sumer!

Hari ini aku ingat nak dok rumah je. Malas nau nak keluar. Nak-nak sekarang ni musim panas yang melekit membahang. Ish, tak bersyukur ... masa sejuk cakap sejuk sangat, dah panas pun nak bebel juga. Dasar!

Suami ajak pi tengok autoshow petang nie dekat Dataran Putrajaya, Presint 3. Kalau pergi bolehlah jadi bahan untuk entry aku malam nie. keh keh keh. Walhal dalam camera cap ayam aku banyak je gambar yang boleh dibuat modal entry. Bapak malas nak update dan edit gambar skang. Otak serabut je manjang dengan hal opis. Macam mana nak dapat feel ngarang citer kan?

Pagi tadi aku bangun lambat. Tidur tak nyenyak sebab mimpi macam-macam. Bila sedar dari tidur kepala sakit giler. Mimpi perihal kuarteslah ... sebab aku request untuk dapatkan rumah teres, tapi masih dalam Q lagi. Sabar menunggu. Lepas tu, mimpi hal opis plak. Tu yang bangun tidur terus berdenyut sakit kepala. Nasib baik ada suami, bolehlah merengek minta tolong picitkan, kalau tak dulu hantuk je kepala kat dinding ... hu hu hu.

Dah siap dua-dua bangun, aku tak masak pun breakfast pagi nie. Buatkan nescafe 'o' panas kat suami, pastu hidangkan roti gardenia yang suami beli semalam dekat Teras Jernang. Apa punya isterilah kan ... he he he itu je yang kau hidang kat suami. Manalah nak dapat title isteri solehah nie nak oi! Suami on je, katanya makan apa yang ada. Dia dah siap suruh aku masak untuk lunch terus. Tak perlu penat masak untuk breakfast. Sebab plan asalnye pagi ni kami breakfast kat luar, memandangkan kepala aku berdenyut ... breakfast kat rumah ajelah. 

Aku kemas dapur ... siap bahan untuk masak for lunch, suami tolong vacum rumah dan lipat kain baju yang berbakul tuh. Suami sapa tu rajin sangat? he he he he .... bukanlah aku mengarah suami melakukan semua itu, dia yang willing nak buat. Alhamdulillah! Tapi suami aku sudah sedia maklum dari sebelum kahwin aku amatlah gagal dalam usaha melipat kain baju cantik2. Aku pernah cakap kat suami aku dulu masa beberapa bulan sebelum nikah, bagilah aku semua benda seperti memasak, membasuh, sidai kain, jaga anak dan kemas rumah .... tapi lipat kain amatlah susah aku nak buat. Selama bujang kain baju aku semuanya ber'hanger'! Yang kecik-kecik je berlipat ;p

Jadi buat isteri-isteri di luar sana, sila jangan contohi sikap aku. Aku dalam proses untuk berubah jadi lebih baik ... amek masa. Suami aku kata ... pelan-pelanlah, jangan dilayan perasaan malas. In-Shaa-Allah lama-lama akan berubah juga. Aku sedang berusaha ... untuk menyukai apa yang aku tak suka dan untuk aku buat semua itu.

Lepas siap masak dan makan karang .... nak keluar la teman suami tengok autoshow. Kena berpayunglah, sebab sekarang ni panas sangat. Kepala aku tak tahan panas .... cepat je migrain datang!

Eh, korang buat apa kat rumah weekend camni?




p/s : Bila dah ada keluarga, weekend dok rumah ... sangatlah rasa syurganya!

TENGKU ADAM

Assalamualaikum ....



Drama Ariana Rose dah pun tamat. Mesti semua pulun layan drama tu sebelum ni. Aku dan suami je jarang sangat nak layan. Dah nak last episode barulah terhegeh-hegeh suami isteri melayan Ariana Rose. Hati isteri tengok Tengku Adam @ Keith Foo, "amboi hensemnye ...". Tak boleh cakap kuat-kuat nanti suami jeles. kikiki. Mesti dia akan cakap, "eh, bukan hubby lagi hensem dari pelakon nie kan .... ha ha ha ha!". Of course la suami hensem di mata dan hati isteri!

Last episode hari Khamis, suami aku pun layan sama. Aku layan episode last tu sambil curi curi pandang cara suami aku tengok cerita tu. Perghhh ... macam hayati bebenor. Nak-nak part dah nak habis tu, masa Ariana melarikan diri dari Tengku Adam then Tengku Adam terserempak isteri dia dengan Sam. Aku tengok feeling suami aku lain macam je. Bila part Ariana pergi dekat Tengku Adam nak minta maaf bagai, tup tup suami aku hulur tangan pelan-pelan then genggam tangan aku. ha ha ha. Pastu pandang aku senyum-senyum. Hye suami, ada perasaan menjiwai drama melayu juga awak rupanya. Nak gelak pun ada, tapi taknaklah spoilkan mood suami sendirik kan.

Aku dan suami tak follow cerita tu dari awal. Part-part tengah jalan baru kami layan. Suami aku macam suke je drama tu. Dia cakap best juga. Selalunya takdalah sangat dia nak layan drama cintan cintun ni. Lagi satu sebab drama Melayu ni jalan cerita lebih kurang je pun cuma pelakon je lain-lain katanya. Yang menjadikan dia tak berapa gemar sangat drama Melayu nie, sebab banyak berkisarkan sifat dengki, busuk hati, pecah belah, mengumpat .... ermmmm realiti kehidupan sebenar. Realitikan?

Tadi godek-godek kat google baru tahu, bahawa Tengku Adam yang dibawa watak oleh Keith Foo tu orang Nogori Sembilan, kek Bahau. Padanlah .... satu nogori dongan suami den. Padan suami den suko bonar nengok aih. Aku ingat dia pelakon Indonesia. Ish silap banyak, rupanya orang Malaysia. Cuma Keith Foo ni banyak berlakon kat Indonesia. Padanlah muka pun dah ada gaya orang-orang sana.


Terus teringat time sanding aku dan suami haritu ... macam nak berlakon naik pelamin sanding sekali lagi jek!

*wiiwiiiit*

Tengok gambar kahwin Tengku Adam dengan Ariana, terus terimbas sanding haritu. Macam nak pi sewa baju pengantin sekali lagi jek. Sanding sekali lagi. Kalau cakap ngan suami mesti dia cakap isteri buang tebiat. Perempuankan memang macam tu, suka sangat feel pelik-pelik. Kesian! ngeh ngeh ngeh.

Dengan berakhirnya episode Ariana Rose ni, tak perlulah tergopoh gapah balik office cepat. Tak perlulah nak tunggu 8.00pm baru nak masak. he he he. Teruk betul penangan Ariana Rose nie. Jangan layan drama sampai tinggal solat Maghrib sudahlah ye. Not good. TV3 pun satu, macam takde time lain nak slotkan drama dia. Time orang solat Maghrib juga dia nak letak drama. Ish, lagha lagha .... apapun kita ni sebagai muslim kenalah bijak, solat dulu baru sambung tengok drama. Tak gitu, anak-anak? Masak takpa, kemudian-kemudian boleh masak .... sebab suami pun layan drama juga, so ambil kesempatan di situ. Bijak tak isteri?? keh keh keh....





p/s : Aku bukan kaki layan drama bersiri sangat .... selalunya last2 baru nak layan. hu hu hu


Thursday, February 13, 2014

MENGHILANG

Assalamualaikum ....


Alhamdulillah, dapat juga aku berblog setelah menghilang 2 minggu kot rasanya. Maaflah kalau ada yang ternanti akan entry aku yang tak semenggah. Eh, ada ke yang dok tunggu? Ke aku perasan ... kikikiki.

Sejak melangkah kaki ke tahun 2014, tetiba aku terbusy lebih dari biasa. Pertama busy dengan kehidupan baru berumahtangga. Kedua busy dengan keadaan office. Ketiga busy melayan perasaan dengan ujian kerjaya yang melanda perjalanan hidup aku. Semua benda nie buatkan aku menyepi dari blogging. Nak membaca blog korang pun aku tak sempat apatah lagi nak update blog sendiri ... lagi lagilah tak kesempatan. Namun, jauh kat sudut hati....kat benak dan naluri aku nie, nak update blog ni hari-hari. Apakan daya ... semua tu hanyalah igauan sahaja buat masa tu. Ini pun aku update bila hasben aku tertidur awal. Kalau dia tak tidur awal, aku plak yang tertidur awal. Tak boleh harap aku nie, asal hasben ajak borak je aku dah berdengkur! Nak-nak bila dia asyik nak layan game bola, lagilah aku kuat nak dengkur. 

Bila menghilang lama nie, skills nak menaip dan merapu pun ke laut sket. Ntah kenapa nak mula blogging tu rasa susah je. Tapi takpe, aku merapu apa yang tercaya. Tugas korang cuma baca je ... ngeh ngeh ngeh. 

Selama aku menghilang, aku berhadapan dengan situasi yang memenatkan. Sampaikan aku tak mampu fikir nak cerita apalah kat korang dalam blog, walhal banyak je cerita yang ada ... cuma nak mengarang ayat tu yang aku takde idea.

Tempoh aku menghilang, aku sibuk bersujud kepada Tuhan. Menginsafi setiap kesilapan aku dalam kehidupan ini. Bertanya kepada Tuhan kenapa aku yang ditimpa ujian seberat ini walau baru di permulaan 2014. Sampaikan pernah beberapa kali aku menangis tanpa henti setiap kali sudah solat. Setiap kali aku sudah membaca surah yassin, aku menangis seolah ujian  yang Allah berikan pada aku terlalu berat. Hampir hari-hari aku baca surah yassin semata-mata untuk menenangkan hati aku. Kerna aku tahu, wa'ima suami sendiri pun tak mampu menenangkan jiwa aku dengan ujian ini. Suami aku hanya mampu berkata, "Sabar sayang ... pasti suatu masa Allah akan tunjukkan kebenaran .... doakan dan minta pada Allah agar orang yang melakukan fitnah itu diberi hidayah oleh Allah. Doa orang yang dizalimi biasanya dimakbulkan Allah".

Aku tahu, aku tak mampu meluahkan apa yang aku lalui di blog ini. Sebab setiap kali aku ingin mereka ayat berkongsi cerita tentang dugaan aku, pasti aku akan menangis seteruknya. Sampai aku aku pernah bercakap dengan Allah, meluahkan apa yang aku rasa .... hinggakan suami aku duduk di katil sebelah aku pun aku tak pedulikan. Suami aku akan tunggu aku sampai aku sudah meluahkan apa yang aku rasa pada Allah. Bila aku selesai, suami aku akan cium dahi aku dan minta aku sabar dengan ujian ini. 

Suami aku dan kawan-kawan selalu nasihatkan aku, "jangan stress ... kalau nak preggy cepat kena happy-happy!". Fhuuuuh, makanya hari-hari aku cuba gembirakan hati aku pergi kerja walau sebenarnya aku dah tak happy kerja kat situ. 

Ya-Allah ... sabarkan aku dan kuatkan semangat aku! Ameeen ....




p/s : Kalau korang tak faham sangat entry aku nie ... abaikan ajelah. Ianya hanya sekadar luahan perasaan je pun ;=) Biasalah emosi tak stabil, ayat pun takda kesinambungan.