Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menunggu dan entah berapa kali cabutan ... akhirnya permohonan aku mendapatkan rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berjaya jua akhirnya. Memang rezeki anak sungguh!. Masa aku isi permohonan PPA1M, aku belum pun kahwin. Dan takda perancangan pun nak kahwin sebab masa tu aku sendiri tak pasti haluan hubungan aku dengan si dia. Taknak berharap takut kecewa lagi kan. Aku ni sensitif bab kecewa-kecewa neh. ngeh ngeh ngeh. Muka je ganas, hati macam agar-agar ... lembik!
Bila tak fikir sangat soal nikah kahwin nie, aku decided merancang kehidupan sendiri. Of course la nak sangat ada rumah sendiri masa tu. Bila Perbadanan Putrajaya buka permohonan PPA1M, aku adalah antara yang terawal hantar borang. Kalau tengok pada list masa hantar borang, aku orang yang bawah 20 no. penghantaran borang tak salah aku. Kat area Selangor ... Putrajaya ... rumah adalah mahal. Bila PPj dan Kerajaan decided buat rumah PPA1M dengan harga yang boleh dikatakan agak berbaloi, why not aku memohonkan. Dengan harapan, Inshaa Allah ada rezeki aku, memang tak ke mana. Aku pun selesa menjalani kehidupan di Putrajaya. Salah satu sebabnya, Putrajaya nie sunyi ... suasana macam kat UUM tempat aku pernah cedok ilmu selama hampir 4 tahun. Lagi satu, boleh dikatakan Putrajaya agar selamat dan bandar dia tersusun. Sebab itulah aku pernah letak azam dan impian untuk ada rumah di Putrajaya. Alhamdulillah, segalanya bakal jadi kenyataan ... walaupun sekadar mampu beli apartment!
Untuk korang yang pernah memohon PPA1M nie bolehlah buat semakan di laman web PPA1M atau di laman web PPj. Cuma masukkan no. i/c sahaja. Hari ni dah boleh start print surat tawaran bagi pemohon yang berjaya untuk cabutan Fasa 1/Siri 5 macam aku.
Dah semak tu, kalau berjaya jangan lupa print surat makluman keputusan undian. Lepas tu hantar maklumbalas persetujuan sebelum 12 Mac 2015. Kalau tak hantar persetujuan tu, bermakna korang ni menolak tawaranlah. Kira tak berminat.
Apartment PPA1M yang aku dapat nie akan siap dalam masa 2 tahun. Inshaa Allah. Sebelum dapat rumah nie, aku dah bincang dengan hasben nak cari rumah area Sendayan atau Seremban. Nak rumah teres sebab senang aku nak bercucuk tanam. Pernah juga merancang nak beli tanah dekat kampung mertua, senang boleh design rumah atas citarasa sendiri. Bila dah dapat rumah PPA1M nie, rasa hilang satu permasalahan dan pencarian kami. Bercucuk tanam dalam pasu lah jawabnya macam sekarang. Apapun, kami suami isteri tetap berazam nak beli rumah teres atau semi-D juga suatu masa nanti. So, apartment nie sebagai permulaan hiduplah kiranya. Kita merancang dan usaha, selebihnya Allah jua menentukan. Harap-harap diperkenankan Allah swt hendakNya, Ameen.
Korang yang mohon PPA1M jangan lupa semak ye.....Bagi yang belum memohon, permohonan bagi Fasa 2 akan mula dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. Jika berminat, silalah mohon ye.
p/s : Rumah sekarang makin lama makin mahal.
Salam..
ReplyDeleteTahniah puan. My wife pun dapat baru ni. Dapat blok F. tak sangka kan?sbb macam dah putus harapan. Alhamdulillah.
Mudahnya ada skim ini.
ReplyDelete