Showing posts with label Rumah Idaman. Show all posts
Showing posts with label Rumah Idaman. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

DEKORASI RUANG TAMU DAN WALL TV IDAMAN

Assalamualaikum....

Sebelum ni aku pernah share tentang permohonan rumah PPA1M yang aku mohon dalam entry ni.  Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya permohonan aku berjaya. Memang rezeki Iskandar. Dan Alhamdulillah impian aku untuk ada rumah sendiri tercapai, walau orang cakap 'rumah burung'! Okey la kan dari takda langsung. Wajib bersyukur dengan rezki yang Allah beri. Nak lebih, kita usaha lebih ... untuk rumah idaman seterusnya, banglo setingkat ...aaauuuuuwwww! Bak kata adik aku, 'dream high'! Takpe, kita merancang dan berusaha, Allah yang menentukan. Bukan kena bayar pun berimpian nie. kan kan kan ....

Memandangkan akan ada rumah sendiri nanti, Insha Allah dalam tempoh 2 tahun lagi rumah tu akan siap, apakata kita berimpian dengan dekorasi dalaman. Dok rumah sendiri nak dekorasi macam mana pun rasa puas dan berbaloi. Dok kuarters kerajaan nak deko pun rasa malas bebenor. Tapi prinsip aku, deko setakat kemampuan je. Best tengok orang deko dorang punya ruang tamu, bilik tidor, dapur ... tapi ada aku tak semampu mana pun nak deko tahap gaban. Aim utama aku sekarang ni untuk rumah baru tu nanti, nak deko sikit-sikit dekat ruang tamu. Aku nak konsep moden yang simple. Tak tau la tercapai ke tak hasrat aku, kadang berlaga angin juga dengan hasben bab2 ni. Citarasa kitaorang tak sama weh! hohohoho bertabah la! Meh aku share antara deko ruang tamu dan wall tv yang menjadi idaman aku. Nampak simple dan smart. Macam-macam deko ada, aku dapat dari facebook.

Macam ni nampak simple. Tapi smart.

Camni elegen juga. Boleh Iskandar main panjat2 ..haahhahaha

Ini pulak nampak luas. Lagi simple. Ini adalah salah satu pilihan aku. Tak semak mata memandang ;)

Yang ni pulak simple sangat, kalau rumah bujang sesuai sangat nie. Takyah kemas banyak2.

Ini pun ok juga untuk rumah bujang atau yang baru berkahwin. Simple but nice.

Ini deko pilihan kedua aku. Menarik tertarik .... okeh boleh masuk dalam list dah. Kalau rumah aku sekarang macam ni, petang2 boleh la layan Syurga Nur kat TV3 tu. Korang layan tak drama neh? Aku 7.30pm baru dapat tengok. Sebelum tu kena bagi laluan kat  hasben aku layan berita kat NTV7 dulu...erghhhhhhh

Yang pilihan ke3. Masuk list juga ...heheheheh

Ruang tamu untuk bersantai2. Putih bersih. Aku prefer kaler merah, hitam atau hijau pucuk pisang. Kalau putih suci murni ni tak sanggup nak jaga ...ngeeeeeeeeeeeee

Ini pun ok juga. Siap rak buku dan hiasan lagi.

Warna menawan!

Ruang tamu macam nie memang aku suka sangat! Deko ruang tamu pilihan juga.

Ini pun okey. Nampak tenang. Cuma kaler sofa tu je kena tukar. Putih memang cantik cuma aku je tak sanggup nak jaga ....hahahhahaha

Ini pun boleh la....


Rumah yang ada sekarang ni memang takda deko langsung. Rasa macam bazir je nak deko kat rumah kerajaan nie. hehehehe. Walhal takde lah kretip, deko ni banyak juga pakai duit. Tapi kalau kretip boleh diy je banyak benda. Aku ni keras tangan ... idea deko pun ciplak orang je, barulah nak timbul idea sendiri. hahahhahaha

Apapun aku harap suatu masa impian aku nak ada dekorasi ruang tamu dan wall tv idaman ini menjadi kenyataan. Dari sekarang dah kena start menyimpan nie .... yang dah ada tu kita lelong, bleh? hahahhaha



p/s : Mengidam je lebey!

Friday, February 6, 2015

SEMAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menunggu dan entah berapa kali cabutan ... akhirnya permohonan aku mendapatkan rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berjaya jua akhirnya. Memang rezeki anak sungguh!. Masa aku isi permohonan PPA1M, aku belum pun kahwin. Dan takda perancangan pun nak kahwin sebab masa tu aku sendiri tak pasti haluan hubungan aku dengan si dia. Taknak berharap takut kecewa lagi kan. Aku ni sensitif bab kecewa-kecewa neh. ngeh ngeh ngeh. Muka je ganas, hati macam agar-agar ... lembik!

Bila tak fikir sangat soal nikah kahwin nie, aku decided merancang kehidupan sendiri. Of course la nak sangat ada rumah sendiri masa tu. Bila Perbadanan Putrajaya buka permohonan PPA1M, aku adalah antara yang terawal hantar borang. Kalau tengok pada list masa hantar borang, aku orang yang bawah 20 no. penghantaran borang tak salah aku. Kat area Selangor ... Putrajaya ... rumah adalah mahal. Bila PPj dan Kerajaan decided buat rumah PPA1M dengan harga yang boleh dikatakan agak berbaloi, why not aku memohonkan. Dengan harapan, Inshaa Allah ada rezeki aku, memang tak ke mana. Aku pun selesa menjalani kehidupan di Putrajaya. Salah satu sebabnya, Putrajaya nie sunyi ... suasana macam kat UUM tempat aku pernah cedok ilmu selama hampir 4 tahun. Lagi satu, boleh dikatakan Putrajaya agar selamat dan bandar dia tersusun. Sebab itulah aku pernah letak azam dan impian untuk ada rumah di Putrajaya. Alhamdulillah, segalanya bakal jadi kenyataan ... walaupun sekadar mampu beli apartment! 

Untuk korang yang pernah memohon PPA1M nie bolehlah buat semakan di laman web PPA1M atau di laman web PPj. Cuma masukkan no. i/c sahaja. Hari ni dah boleh start print surat tawaran bagi pemohon yang berjaya untuk cabutan Fasa 1/Siri 5 macam aku.

Dah semak tu, kalau berjaya jangan lupa print surat makluman keputusan undian. Lepas tu hantar maklumbalas persetujuan sebelum 12 Mac 2015. Kalau tak hantar persetujuan tu, bermakna korang ni menolak tawaranlah. Kira tak berminat. 

Apartment PPA1M yang aku dapat nie akan siap dalam masa 2 tahun. Inshaa Allah. Sebelum dapat rumah nie, aku dah bincang dengan hasben nak cari rumah area Sendayan atau Seremban. Nak rumah teres sebab senang aku nak bercucuk tanam. Pernah juga merancang nak beli tanah dekat kampung mertua, senang boleh design rumah atas citarasa sendiri. Bila dah dapat rumah PPA1M nie, rasa hilang satu permasalahan dan pencarian kami. Bercucuk tanam dalam pasu lah jawabnya macam sekarang. Apapun, kami suami isteri tetap berazam nak beli rumah teres atau semi-D juga suatu masa nanti. So, apartment nie sebagai permulaan hiduplah kiranya. Kita merancang dan usaha, selebihnya Allah jua menentukan. Harap-harap diperkenankan Allah swt hendakNya, Ameen.

Korang yang mohon PPA1M jangan lupa semak ye.....Bagi yang belum memohon, permohonan bagi Fasa 2 akan mula dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. Jika berminat, silalah mohon ye.



p/s : Rumah sekarang makin lama makin mahal.



Friday, April 4, 2014

RUMAH FARA FAUZANA

Assalamualaikum ...



Hari Jumaat, time lunch hari ini aku tak balik. Malas. Hasben kata dia nak solat kat Masjid Besi ja. So, marilah lepak sorang-sorang dekat opis sambil bw dari blog ke blog sampai lebam. Pulun bw terberkenan plak dengan gambar rumah Fara Fauzana seorang DJ yang hot ini. Mari kita melawat rumah FF apa adanya. Nak pergi rumah dia, of course la dia tak jemput kheeen. Dia pun tak kenal ko sape, takkan sibuk nak jemput pulak. Tengok gambar pun hokeh juga.



Kalaulah aku dapat sebuah rumah macam nie, syukur sangat. Skang menumpang rumah Kerajaan je. Masih berusaha mengumpul wang untuk miliki rumah sendiri. Tapi aku dan hasben sedang ushar tanah kat kampung hasben. Kalau dapatlah .... (harap-harap dapat!)


Cantikkan? Potang-potang bolehlah minum sini. Buat cekodok seketui dua plus plak ayaq kopi 2-3 cawan ... oh hooooi layan!! Tau tau dah terlelap kat sini, sedar-sedar dah malam. Eekekekekeke. Aku suke konsep yang FF pilih untuk mini garden dia nie. Simple tapi nice sangat.


Ruang tamu rumah FF. Simple! Aku suke. Aku nie suke konsep moden dan simple. But hasben aku pulak dia suka konsep yang vantage sket. Berlawanan kami ni. Konsep yang FF pilih ni nampak kemas tapi smart. Kalau penat balik keje pun kepala tak pening!


 Ai ollsss suke dengan sofa merah ini. Merah aku punya peberet color. So, bila pandang merah sentiasa aku terpesona memanjang! Memang sangat nampak santai dan tenang.


Bilik tidur yang luas dan ringkas. Boleh main kejar-kejar kalau dapat bilik tiru macam nie. Sekali pandang macam bilik tidur lelaki je. Simple bebenor. Tapi aku tetap suka ... tak nampak serabut.


Pandang bilik tidur dari arah lain pulak. Inilah design bilik tidur yang hasben aku suke sebab dia tak attach terus dengan bilik air. So, nampak la tak kusut sangat. Menarik-menarik. Kalau berjaya dapat tanah rumah yang kami suami isteri idamkan tu, sudah pasti design bilik tidur camni aku pilih. 


Bilalah nak ada rumah sendiri? Tak sabar nak hias ikut sedap hati sendiri.

Sumber gambar : zamrispoon.blogspot.com
 




p/s : Asyik google tengok design rumah ajelah keje aku nie.