Stress betul aku dengan line internet dekat rumah nie. Kejap ok. Kejap k.o. Stress mak tau! Saja je nak suruh belek hp yang kecik cenonet. Asal on pc, tenet mesti buat hal. Dah kena jadi pomen seketika. huks!
Nak cerita apa? Blur sekejap. ekekekeke. Sekarangkan mood beraya, lagi tak habis 30 hari semua orang sibuk bercerita pasal raya, makan .. open house, raya, makan...open house. Itu ajelah topik yg hot seketika ini. Ada lagi hot, tapi semua cerita pasal orang...orang...orang. Tak syok la kan. Baru je #kosongkosong dah nak mengumpat di sudut sana. Takmo-takmo. #kosongkosong terus sampai akhirat tau. Nanti dah takyah nak cari-cari u ntuk salam #kosongkosong lagi dah ;)
Terus kepada cerita raya. Semalam aku pi beraya rumah June. Dia kan bff aku. Tahun lepas tak pergi pun beraya rumah dia, sebab jadual hasben aku full! Jadinya sebelum jadual hasben aku full, baik aku book terus tarikh kosong dia. Awal-awal lagi dah ajak hasben aku pergi ziarah raya rumah June. Ish, lama giler la tak pergi rumah bff nan satu nie. Dulu, ada juga la pi. Sejak kahwin, rasanya dah tak jejak kot rumah dia. Bukan buang kawan kesayangan nan satu nie, tapi masa tu tengah betulkan diri dengan title isteri orang. So, tak bleh la nak sesuka hati ke sana sini tanpa izin. Mau hijau muka hasben aku kang! Apapun. aku ada juga la berjumpa comolot ngan June kat ofis. Cuma tak selalu sebab June department lain. Panjang plak intro pasal hubungan aku dan June. huuuuu
Kiranya, rumah June adalah rumah pertama ziarah raya aku tahun ini selain daripada saudara mara. Rajin si June semalam masakkan lontong, ayam masak merah, mee goreng, karipap ikan, nasi impit, kuah kacang ... bla bla bla. Semua sedap-sedap tau. Memandangkan lepas puasa ni nafsu makan aku dah umpama nafsu buaya, main pelahap je apa ada depan mata. Balik rumah naik penimbang ... rasa nak tercabut jarum. Cheeeh dah gemuk! June plak siap bekalkan makanan balik lagi. Adeeeeh bff aku ni, saja la nak gebu kan aku. Jadi bonsai aku nanti tau! Hari ni terus aku tak masak sebab dok hadap lontong dengan ayam masak merah si June. Hasben plak takde kat rumah, sebab pergi beraya rumah MB Nismilan. Aku tak ikut, lepak rumah je ngan Iskandar. Last year aku join juga hasben aku pergi beraya rumah MB. Kawan hasben aku 2-3 kerat je yang bawa isteri. Yang lenlain datang bawa diri. Dah tu borak tak ingat kiri kanan. Baik dok rumah layan anak soleh aku tu. Kalau anak soleh tido, aku pun boleh tido sama. Alasan kan! Walhal hari ni langsung tak tido pun. Dok basuh baju ja dengan dok rebus belimbing buluh nak buat sambal hitam.
Sorry la, entry aku sekarang dah kurang gambar. Kadang kalau ada gambar banyak plak. Sejak ada Iskandar, dah tak rajin sangat nak amek gambar. Selalunya hasben la amek. Semalam pi rumah June lupa plak nak snap masakan June yng sedap tu. Kalau tak boleh tayang sini kasi korang menceceh ailio kan....hehehehehe
Esok ingat nak pergi ziarah raya rumah abang aku. Minggu depan nak penuhkan minggu beraya rumah ipar duai. Nasib ibar duai dekat Putrajaya juga. So, bolehlah ziarah raya memalam. Dah ziarah raya nie, mahu makan je. Aku harap nafsu buaya aku ni sekejap je la. Aku belum puasa 6 lagi nie.
Korang dah ziarah raya mana dah??
#kosongkosong tau!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!