Mood raya dah datang. Tapi tak beriya sangatlah. Sebab nak hadapi beraya jauh ngan mak ayah dan ia merupakan pengalaman pertama. Seronok ada. Sedih pun ada. Seronok sebab tahun ni beraya bertiga. Tahun lepas beraya berdua dengan hasben, dan masa tu Iskandar baru 2 bulan dalam tummy. Tahun nie, beraya dengan Iskandar ... dan usia Iskandar pun dah 5 bulan.
Persiapan raya? Tak semeriah mana. Tahun ini aku dan hasben banyak juga berjimat berbanding tahun lepas. Persiapan raya lebih tertumpu pada Iskandar. Memang excited juga shopping baju raya Iskandar. Anak lelaki soleh, takdelah nak fashion2 sangat. Setakat seluar dengan baju je. Kalau rezeki dapat anak dara solehah, of course rambang mata ... semuanya nak beli, dari skirt, baju kembang, baju kurung ... headband ... segala mak nenek perhiasan nak hadap kat anak tu. Harap next dapat anak dara lah pula. Ahaks! Doa bulan Ramadan yg mulia. Mana tau rezeki lagi kan.
Kuih raya tahun ni satu hapa pun tak buat. Asyik keje balik lambat je. Sampai rumah dah letih. Nasib baik hasben banyak cover jaga Iskandar. Thanks ye hubby! So, aku beli je kuih 2 jenis kat kawan then beli kerepek. Cukuplah tu. Hari tu dah balik Kedah, bawa balik kuih dan kerepek kat mak ayah. Selalunya aku buat je kuih, paling koman pun cornflakes madu kesukaan aku dan kanak-kanak. Cornflakes madu aku tu agak laris di pasaran, memang kesukaan bebudak je. Raya pertama je dah habis. Popia nestum gorjes pun aku tak buat, apatah lagi nak jual. Memang takdelah.
Tinggal 2 hari lagi nak raya, datang office pun buat syarat tunjuk muke je. Orang lain semua dah dalam perjalanan ke kampong. Memandangkan tahun ni balik kampong dokek ... so, petang karang lepas kerja baru gerak. Tengahari kejap lagi nak balik rumah kejap, nak ion baju raya. Dah sampai rumah omak mertua aku, ramai-ramai ipar duai kang berebut ion plak kan. Baik aku ion siap-siap. Nanti boleh relaks sikit. ha ha ha. Tahun ni bajet takde keje banyak sangat. Maklumlah sejak ada Iskandar, aktiviti dapur di rumah mertua agak kurang. Melainkan ada anak-anak buah tolong tengokkan Iskandar, aku masuklah dapur tolong omak mertua potong and basuh sayur. Masak? Omak mertua den yooo yang masak. Den tahu makan yooo! Bukan taknak masak, aku takut selera masak aku tu tak kena dengan tekak dorang. Cukuplah hasben aku je puji-pujian dan keji-kejian masakan aku tuh. ha ha ha ha. Setakat dok rumah omak mertua goreng ikan dengan ayam bolehlah. Janji ringan tangan menolong dan ringan mulut bertanya itu ini. Jangan ringan mulut nak makan je .... kena hamun plak kang. wakakawaka .....
Tahun nie pestime buat lemang bagi aku. Ini yang buat aku tak sabar sikit dan nak merasai kemeriahan bakar lemang. Tengoklah, lemang hangus ke atau aku yang hangus dek api nanti. Kalau kat kampong aku, mak buat ketupat palas je. Mak ayah tak reti buat lomang bagai. Ketupat palas kat rumah mertua pasti ada tahun ni walaupun bukan raya kat Kedah. Mak aku dah frozen siap-siap ketupat palas yang dia buat tu. Gigih hangkut ketupat palas naik flight. Siap dengan serunding ikan kegemaran lagi. Balik Kedah baru ni, ikan kembung segar baru 3 hengget sekilo. Borong 4 kilo dapat 10 hengget je. Terus request kat mak nak serunding ikan. Pulunlah mak aku buat untuk anak kemanjaannya ini ;). Tu pun gigih hangkut naik flight, sampai sakit2lah pinggang aku nie. Nasib baik hasben yang dukung Iskandar. Lega sket tangan mommy! hohoho.
Nak cerita apa lagi yek? Macam dah takde idea plak. Sambung nanti lah ....
Rantau dokek yo lah. Selamat membakar lemang dan pasti Iskandar akan asyik bertukar tangan. Confirm berebut nak dukung. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)