Selamat hari minggu! Tapi tak best hari minggu aku ... jerebu plus kena keje! Tinggallah hasben dan Iskandar bergolek kat rumah. Jeles aku. Pagi tadi bangun awal. 6.30 am dah sedar diri. Sekarang ni tak payah guna jam loceng dah. Iskandar adalah jam loceng yang tak menentu masa. Weekend pun kadang kul 5.00am dia bangun, baeeek je main. Mommy ngn Babah macam nak buntang mata. Suruh buat tahajjud ka apa nie anak oi!
Pagi ni bangun je, bila dah cukup 7am aku jenguk pokok-pokok aku dekat balkoni dulu. Kasi minum air, sembang-sembang dengan pokok dulu baru la pergi dapur. Belek apa yang ada kat dapur untuk buat breakfast. Terpandang la pisang yang mak kirim dari kampung. Naik hitam dah kulit dia, tapi isi dalam cantik lagi. Terus zas zus terfikir nak buat cekodok pisang paling sedap. hak hak hak ... tersedak aku tulis kat sini paling sedap! Kalau hangpa semua nak tau, ni adalah kali kedua percubaan aku buat cekodok pisang. Dan ini yang paling sedap bagi tekak hasben aku. hahahaha. Sebelum ni aku buat keras nak mam! Tepung lebih....pagi tadi buat memang ngam ngam cun, sedap baq hang!!
Tengok gambar kat bawah ni pun nampak sedapkan .... kan...kan .... hahahaha macam minta kena lempang je aku ni nak suruh hangpa kata sedap.
Memandangkan weekend aku tak diet atkins sangat, so ... marilah curi-curi makan 5-6 ketui. Kasi tekak rasa sedap sikit. ha ha ha. Korang kalau serius atkins jaangan dok tiru perangai aku, kang berat lambat turun. Terus dok gemuk je macam anak gajah. Aku ni dah jadi spesies anak gajah sakit kaki dah, tu yang dok kontrol makan je. Kesudahannya hasben aku juga la yang habiskan. Walaupun cekodok pisang paling sedap adalah peberet aku, tapi aku tak la boleh makan beriya sangat. Cukup setakat melepas kempunan sudahlah. Tu pun hasben aku dok tegoq, "awat macam tak makan ja .....!"
Sipu-sipu nak jawab. Walhal dia tau ja aku dok pulun diet baq hang! Saja nak buat aku peneman makan dan penambah selera makan la tu. Demi hasben, weekend takleh la aku straight sangat diet. Kesian gak kat dia takda teman makan nanti. So, makan berpada-pada la. Hari Isnin sampai Jumaat ko diet ajelah sampai lebam kan.
Okeh, sekian cerita hari minggu aku. Bosan sebab kena keje. Kesian hasben kena jaga anak. Thanks hubby sayang jagakan Iskandar. errrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
p/s : Putrajaya jerebu terlampau sangat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!