Saturday, October 3, 2015

TRAGEDI VINCCI WAREHOUSE SALE GLENAMARIE SHAH ALAM

Assalamualaikum...


Penangan Vincci Warehouse Sale di Glenmarie Shah Alam .... dengan Flat Price RM15, sampai ada yang sanggup sinsing kain panjat pagar. Aku takde la nak publishkan gambar sinsing kain tu. Memalukan si pemangsa sahaja. Memang dasyat sangat korang kan cik kak cik kak ... mak cik mak cik ... adik-adik ... berkerumun bagai nak rak camtu. Ngeri aku tengok.

Nasib baik aku spesies yang tak pergi sangat ke warehouse macam ni, takut dompet aku haus. Susah aku nanti. Hahahahah. Kalau dah berkerumun macam dalam gambar then siap panjat pagar, iuh dah kira dasyat sangat kot.Yang bawa anak kecik tu la yang kesian. Sebab kasut dan barangan seangkatan je kot. Tapi berkerumun tak hengat. 





Sumber gambar : FB Cempedak Cheese


Disebabkan keadaan yang sukar dikawal, akhirnya pihak Padini Holdings telah batalkan event nie yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok. Eloklah tu .... kang ada yang koma tersepit kan dah susah. Kita pun agak-agak la nak pergi warehouse sale pun. Jangan la sampai memalukan diri sendiri. Selama ni tak berkasut ka kita ni?? Kadang-kadang kita taksub pada sale yang bukan-bukan. Kalau difikirkan balik, semua benda kita dah ada ... mungkin cuma nak tambah koleksi. Apapun biarlah bersederhana. 

Aku setakat nie pergi sale barangan baby ajelah. Itupun pergi time2 orang tak ramai sangat. Kerana barang yang tak seberapa aku tak suka sikit nak bersesak. Penat satu ... menahan bau satu hal. Kadang barang yang dapat pun ntah pape. Nak berebut tu yang tak sanggup. Belum nak beratur untuk bayar lagi. Baik dok rumah ... ye dok!



p/s : Apa nak jadi dunia sekarang. Fikir sekejap.

2 comments:

  1. berebut org nak pergi sebab semunya rm15 ...
    ta[i last2 cancel
    ade smpai panjat pagar =.=
    nasib MG dpt tahan nafsu kasut ...hihii

    ReplyDelete
  2. Kita pun plan nak pegi gak tapi bila dpt berita cmni tewus cancel. Xsanggup nak redah. Tapi elok lah sales tu cancel pun. Mendatangkan cedera

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!