Monday, January 4, 2016

SELAMAT TINGGAL 2015, SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2016

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah swt bernafas di tahun 2016. SELAMAT TAHUN BARU 2016. Alhamdulillah syukur sangat! 2015 telah berlalu, yang tinggal hanyalah kenangan. Sukaduka, pahitmanis, menangkalah dan sebagainya yang tersimpan rapi di hati dan ingatan. Jika Allah izinkan kenangan akan kekal sampai bila-bila.

2015 penuh bermakna, bagi aku ia berlalu dengan baik dan sempurna bagi aku. Kalau ada terjatuh sedikit, tetiba tergigit itu adalah benda biasa. Resam hidup orang kata. Hidup tak selalunya lurus dan indah. Namun, yang indah akan terus hidup. 2015 penuh keceriaan dengan kelahiran Iskandar sebagai penyeri kehidupan dan rumahtangga aku dan hasben. Dari hanya berstatus isteri bertukar kepada ibu. Alhamdulillah. Allah pinjamkan anugerah yang tiada terhingga. Hingga bangun pagi sentiasa merindui senyuman anak soleh nan satu ini. Seolah dialah nyawa! Sedar tak sedar, Iskandar bakal mengjangkaui usia setahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Walhal macam baru semalam aku kena tolak masuk OT Hospital Putraaya. Rasa macam baru je Iskandar keluar dari perut. Wahai anak mommy, jadilah kamu anak yang soleh, baik budi pekerti dan indah akhlakmu. Mommy doakan selalu.

Selain dengan kehadiran Iskandar, 2015 berlalu tanpa banyak masalah dengan kewangan. Walaupun ada gst yang seakan perit, aku dan suami memilih untuk bersahaja dan bersederhana. Bila sesak, kami belajar berdikit-dikit. Keutamaan letak pada Iskandar, keperluan anak soleh ini lebih penting.  Aku tak banyak berhabis duit untuk diri sendiri seperti selalu. Target 2016 harap kewangan akan lebih baik bagi aku dan keluarga. Moga rezeki dimurahkan.

2015, dari segi kerja. Berlalu macam biasa. Dah dapat APC, Alhamdulillah ... rezeki anak soleh juga. Suasana kerja biasa-biasa sahaja. Sebab 2015 aku mula kerja pada Mei ... sebelumnya aku cuti bersalin. Kalau nak diikutkan aku cuma kerja 7-8 bulan je. hu hu. Sebab tu sampai penghujung tahun cuti aku seakan berlonggok. Hujung tahun lepas terus cuti sakan! Best dok rumah. 2016, aku akan listkan niat asal datang kerja. Nak bina matlamat jelas dari sebelumnya. 

2015, Aku belum kira lagi berapa banyak duit dalam tabung tin biskut aku tu. Rasanya tak banyak sangat kot. Sebab selalu juga korek buat topup mana yang kurang. Tahun 2016 plan nak menabung ikut color duit tak pun ikut jenis tabung ... contoh tabung subuh, tabung kecemasan, tabung travel ... bla bla bla. Harap menjadi. Kepala hotak memang kena positif memanjang. 2016 tak banyak sangat wishlist yang perlu keluarkan duit banyak ... cuma dalam kepala otak ni nak beli pasta machine, rak untuk pokok di balkoni, tv led/lcd dan hias bilik untuk Iskandar. Tu je kot yang bermain kat fikiran. Lenlain datang kemudian kot. he he he. Fikir mana yang mampu je. So, bend ayang ada dalam kepala memang aku akan listdown supaya ia tercapai. Dengan harapan!

2015, travel? Aku dengan hasben kan suka sangat travel tapi memandangkan tahun lepas hati memasing suka sangat dan bergumbira dengan kehadiran anak soleh Iskandar, maka takdelah travel luar Malaysia pun. Dalam Malaysia pun setakat pergi Johor Disember 2015. Seronok pergi Johor, serius cakap memang best ... aku kagum dengan JB! Dapat jugalah jenjalankan. Cuma hasben aku ajelah ikut trip office dia pi Singapore, aku dok rumah je jaga Iskandar ... ai okey je. Lagi suka! 2016, tak plan pun nak travel ke tak. Lebih sibuk nak settlekan hal akikah Iskandar. Buat yang wajib dulu. Travel tahun ni memang tengok bajet yang ada. Tak buat list lokasi ke mana nak pergi seperti tahun sebelumnya. Apapun harapan tetap ada! he he he.

2015, kemahiran diri. Aku belajar menjahit. Tapi baru siap baju ... kain belum lagi, haahhahahahahha. Dan tahun 2015 juga aku join tadarus quran melalui wassap grup. Ini adalah satu kebanggaan buat diri sendiri. Terima kasih sangat buat kawan sekolah menengah aku tu. Alhamdulillah dalam tempoh 2 bulan aku dah baca hingga juzuk 5. Selama ni fikir kerja, abai segala ibadah. Jujur pengakuan aku ni. Harap baca surah Yassin je. Itu pun skip kadang tu. Bila start balik baca Al-Quran, merangkak bacaan aku lebih teruk dari kura-kura merangkak. Malu sangat! Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah buka pintu hati aku untuk melakukan kebaikan ini. Rasa diri lebih kecil dari hama!

SELAMAT DATANG 2016.

Aku pun tak tahu sebenarnya apa yang aku nak list bagi tahun 2016 untuk ...
  • Diri sendiri
  • Keluarga
  • Kerjaya
  • Masyarakat
Cuma yang ada dalam kepala nak masuk kelas ngaji Al-Quran dekat Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi. Borang ada depan mata, tunggu nak isi je. Hasben pun dah bagi keizinan ... so biarlah aku mantapkan diri sendiri sebelum menjadi guru pada Iskandar nanti. Insha Allah. Aku harap niat aku dapat dilaksanakan dengan perbuatan. Bukan nak riak ye. Aku tahu tahap kesedaran ni lambat sangat. Mungkin orang lain semua dah pandai-pandai. Aku baru je nak gilap balik apa yang mak ayah ajar. Salah aku. Silap aku. Terpesona dengan dunia ;(

Azam 2016? Nanti aku update. Aku belum susun ayat dalam kepala pasal azam lagi. he he he he. Azam korang mesti gempakkan .....






No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!