Cerita setahun lepas. Tapi baru hampir sebulan berlalu. Disember 2015, hasben menunaikan janji nak bawa aku dan Iskandar jalan-jalan ke Johor. Alang-alang dah ada wedding kawan dia, so mari jenjalan Johor katanya. Lagipun, janji dan sekian lama cuma masa tak mengizinkan. Actually aku pernah sampai Johor tapi tak pernah explore Johor. Last pergi tahun 2013 ke Mersing, masa wedding kawan aku si Hani. Itu ajelah. Lepas tu, hasben follow trip office pergi Batu Pahat dan dia balik mengkhabarkan best jenjalan Johor. Nanti hubby bawa sayang. So, isteri tunggu je masanya! Bila menulis entry ni, terfikir dah lama giler aku tak share entry jalan-jalan. Termasuklah trip ke Medan dan Bandung tahun 2014 dulu tu. Ha ha ha, jadi pekasam sudah. Okeylah abaikan yang tu, meh aku share trip pi Johor aritu.
Alhamdulillah hasben ada rezeki lebih, maka kami bertiga jenjalanlah ke Johor. Hanya short trip 3 hari 2 malam yang amat menyeronokkan. Orang Johor sila bangga dengan negeri anda, bagi aku Johor terutama Johor Bahru memang best!
Akhirnya 18 Disember 2015 aku jejak Johor!
Lokasi pertama kami ke Muar, Bandar Diraja Johor. Jenjalan Muar. Menarik. Tapi adalah lebih best kalau dapat menginap di Muar. Sungai Muar bersih ... cantik kat mata aku. Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang terletak di tebing Sungai Muar tu cantik sangat. Sempat lepak sekejap sahaja di sini merasai angin-angin lebih daripada sepoi bahasa, memang sedap je rasa! Lepas tu lepak sekejap di tebing Sungai Muar untuk amek gambar kenangan. Haruslahkan! Satgi takda kenangan plak.
Inilah Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Masa aku sampai time tengahari. Panas berdenting. Nampak tak membirunya langit. Subhanallah cantiknya. Dari luar nampak masjid jamek ni bersih. Aku tak masuk pun, masa sampai dalam kul 11.00 pagi. Belum time Jumaat pun. Hasben aku solat Jumaat kat masjid Parit Raja ke Parit apa ntah ... sini banyak parit. Aku pun dah tak ingat.
Lepas singgah masjid, pergi lepak dekat Sungai Muar. Sekejap je pun dalam 20 minit, amek gambar ... hirup udara segar, rasa angin sepoi-sepoi terus gerak. Nampak tak, sebelah sanun tu masjid dekat Tangkak. Nampak macam dekat je kan? Lepas tu bergegas ke kedai Kopi 434. Hasben memang nak bawa aku ke sini .... janji hasben ni!
Kedai Kopi 434 terletak di Jalan Maharani berhadapan Terminal Bentayan Muar. Kedai kopi ni popular sangat dekat Muar. Kalau datang Muar, wajib singgah sini pekena kopinya. Sebelum ni, masa hasben datang Johor dia cuma beli kopi bungkus 434 bagi aku rasa. Memang sedap ... kaaaaw habis!
Masa sampai sini aku try Queen Coffee (recommended), hasben plak minum Elephant Bean Coffee. Queen coffee lagi sedap kot aku rasa. Pastu order roti bakar. Pun sedap jugak! Terus plan datang kepala hotak, wajib datang lagi sini. Total minum kat situ RM19.70 ... okeylah juga regenya. Mahal tapi sedap, boleh diterimalah kan ;p
Selesai minum kopi 434, terus bergerak ke Parit Raja. Nak cari asam pedas. Katanya asam pedas di situ sedap. Selepas hasben solat Jumaat barulah kami cari makan. Lewat juga la lunch hari tu. Perut memang lapar. Kepala fikir makan yang sedap-sedap je.

Dekat kawasan Parit Raja ni banyak kedai asam pedas. So, tak tahu yang mana satu sedap. Kedai Pak Yahya Asam Pedas yang masuk TV3 tu tengok ramai sangat. So, kami cari la kedai lain dengan harapan sedaplah hendaknya. Jalan punya jalan jumpa Kak Nor Asam Pedas ni. Bolehlah janji perut kenyang. Iskandar pun dah lapar.
Kami order asam pedas ikan merah, sayur kailan goreng, sup ayam dengan telur dadar dan 2 pinggan nasi putih. Asam pedas dia sedap, ikan merah tu fresh weh. Manis ikannya. Yang tak best nasi putih keras sket. Sian Iskandar, kenalah aku tenyeh nasi tu. Nasib gak la dia makan ngan sup ayam tuh. Ikan merah pun aku cubit part yang tak pedas. Takpelah Iskandar janji perut kenyang kan .... Total makan kat sini RM41.00. Okeylah ikan merah pun sedap, yang tak best nasi keras sikit je. Mungkin dah lewatkan....pasras2 kerak je la ko dapat. ha ha ha
Lepas makan kitaorang bergerak ke Yong Peng .... nanti sambung ya! Nak kuar pi cari makan jap, lapar plak perut ni.
Happy reading ya ;p
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!