Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts

Friday, August 30, 2013

MERDEKA!

Assalamualaikum ...



Salam Jumaat ... aish, kejap je dah hari Jumaat. Begitu cepat masa  berlaku. Hari ini dah 30 Ogos. Malam nie ada sambutan Ambang Merdeka dekat Marina Putrajaya (Pusat Maritim) Presint 5 yang berdekatan dengan Pullman Lakeside Putrajaya tu. Jalan kat Putrajaya pun dah banyak tutup, Nasib baik tadi datang kerja senang je ... tunggu petang nie mesti dah banyak tutup rasanya.


Esok dah 31 Ogos. Kita dah Merdeka 56 Tahun. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Tema kemerdekaan tahun ini ... Malaysiaku Berdaulat ; Tanah Tumpahnya Darahku. Tapi esok Sabtu. Takdelah cuti umum bagai. Kalau 31 Ogos jatuh hari Ahad, hari Isnin tu dah boleh cuti. Iloike! 

Sapa-sapa yang rajin nak datang Putrajaya malam nie boleh la datang. Sambut Ambang Merdeka kat Presint 5. Majlis Ambang start jam 8.00 malam. Tetamu VVIP, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia....


Besok plak korang boleh pergi ke Dataran Merdeka KL. Tengok perarakan hari merdeka nie. Aku tak pernah pergi. Selalu je terbangun lambat. So, layan tv ajelah. Nak tahu maklumat lanjut mengenai hari kemerdekaan nie, korang boleh rujuk kat sini <-----





CK : Harap kekallah kemerdekaan di Malaysia nie. Amin ...

Tuesday, March 19, 2013

1MILLION WOMEN PURPLE WALK @ PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Aktiviti aku di hujung minggu
Join acara-acara mengeluarkan peluh di Putrajaya
Ahad lepas join 1Million Women Purple Walk
Ahad akan datang nak join Jom Ceria bersama PM @ Putrajaya










Purple Walk ... tp ada juga Red Walk. Eh ....
















Ramai yang datang. Meriah!





CK : Malas dah edit gambar...huhu

Tuesday, March 5, 2013

SENANG NAK PEGANG

Assalamualaikum ....







1st time jumpa cup yang boleh masukkan pemegang plastik macam dalam gambar
So, menjakun sekejap aku. Senang nak pegang lepas nie.
Peniaga yang jual air dekat event-event Putrajaya pun tak bagi pemegang plastik macam nie
Tapi, peniaga dekat pasar malam Desa Pinggiran boleh sediakan pemegang plastik nie


Senanglah nak jinjing pasnie ... takdelah berlengas tangan lagi. he he he




 
CK : Teknologi adakalanye memudahkan, adamasanya merosakkan!

Wednesday, February 20, 2013

I WANT URBAN X-ERCISE

Assalamualaikum ...




In Shaa Allah, hujung minggu aku bakal terisi lagi dengan aktiviti menyihatkan. Aku rasa nak join 'I Want Urban X-Ercise' anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Acara berlangsung pada 23 Februari 2013 (Sabtu). Masa dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Lokasi Dataran Putrajaya Presint 3!


Ada cabutan bertuah lagi. Mana tahu minggu nie aku bertuah. Minggu lepas tak bertuah lagi. Sipi-sipi je dengan no. cabutan yang menang basikal tu. Belum rezeki lagilah nampaknye ;=)




Kalau korang nak join, jomlah! Meramaikan ... mana tahu kite leh salam semut! he he he




CK : Semakin sihatlah orang Putrajaya .... macam-maca aktiviti ada. 28 Februari 2013 nie ada Karnival WOW! Putrajaya ....

Tuesday, February 19, 2013

KAYUHAN CERIA

Assalamualaikum ...









Untuk sape2 yang ada basikal ajelah ....







CK : Mengharapkan cabutan bertuah Langkah  Ceria baru-baru nie dapat basikal, tapi belum bertuah lagilah!

Friday, January 11, 2013

SAPA NAK JUMPA DENGAN ELLA DAN NAJWA LATIFF??

Assalamualaikum ....




Masa untuk keluarga! Esok sesape yang rasa nak jumpa dengan Ratu Rock Ella, Najwa Latiff, Ito Blues Gang and Shiro  ... serta adik-adik yang nak bersalaman dengan Upin Ipin jom ke FUN @ PPj Square di Dataran Putrajaya (Berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya) Presint 3 Putrajaya pada 12 Januari 2013 (Sabtu) Jam 8.30 malam!!




Semua dijemput hadir. Free je ko! Selalu kalau nak pergi konsert kena bayar bagaikan? Ini konsert santai bersama keluarga tanpa sebarang bayaran. Boleh le ko bawa anak-anak untuk berkejaran di depan padang yang hijau dekat gerbang Kompleks PPj tuh. Jangan kena gigit dek cekenit udah la. Dan jangan sampai anak hilang dah le. Jenuh nak mencari! Kang mak ayah leka dok melangut tengok konsert .... anak ntah ke ntah pergi!!


Esok malam tuh, kalau rasa tak tahu pergi mana dah ... kering kepala nak memikir pergi mana ... nak pi shopping kompleks rasa bazir duit ... bolehlah datang kat Fun @ PPj Square nie ye!


Bukan setakat artis je ada .... wayang pacak pun ada! Pernah ke tengok wayang pacak?? Aku pun tak pernah ... he he he ... so, tatau nk komen best ke idak benda alah nie. 


Jom jumpa kat Fun @ Square PPj ye .... kalau jumpa dan kenallah .... hu hu





CK : Perit tekak sebab batuk nie berlarutan la plak ....

Thursday, March 1, 2012

SELERA LAMAN PERDANA, PRESINT 1 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



1 Mac 2012, Selera Laman Perdana Presint 1 Putrajaya telah dibuka kepada pengunjung! Waktu operasi dari 4 petang hingga 11 malam setiap hari. Kerana aku baik hati, aku dah cari info dan copy paste info berkenaan untuk tatapan korang semua! Info aku ambil dari laman web Perbadanan Putrajaya sendiri tanpa sebarang edit. he he he!


Aku rasa nak pergi merasmikan roti canai yang ada kat Selera Laman Perdana, sedap ke idak ... nanti aku story mory dekat korang later-laterlah ye!





Sukacita dimaklumkan bahawa operasi perniagaan di Selera Laman Perdana, Presint 1, Putrajaya akan bermula pada 1 Mac 2012 dan beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari. Terletak secara strategik di antara Bangunan Putra Perdana dan Kompeks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selera Laman Perdana adalah lokasi terbaik untuk pengunjung menjamu selera dalam suasana yang relaks dan santai.


Medan Selera berkonsep outdoor-café ini menempatkan 8 unit kios F&B yang menawarkan pelbagai hidangan termasuklah Char Kuey Teow Mutiara, Nasi Ayam Berempah, Sup Urat Ketin, Burger, Roti Canai, Masakan Barat, Sate Special dan pelbagai menu istimewa lain.




Okeh la, untuk korang yang dekat-dekat Putrajaya ... nanti datanglah ye! Kot-kot dapat jumpa aku kat sana nanti. Rasanya kalau menarik boleh jadi port baik untuk aku menjamu selera!





CK : Makan dan makan ...

Monday, June 13, 2011

Info Menarik : Antioksidan Di dalam Epal Tingkatkan Usia.

Assalamualaikum ...


Ramai yang sedia maklum bahawa buah epal mengandungi antioksidan, iaitu nutrisi yang mampu melambatkan proses penuaan serta beberapa penyakit seperti kanser. Selain itu, kerana antioksidan pada buah ini juga dikatakan boleh memanjangkan umur kira-kira 10 peratus.



Penyelidik dari Universiti China di Hong KOng, Zhen-Yu Chen dan rakan penyelidik yang lain mencatatkan bahawa radikal bebas, iaitu bahan berbahaya di dalam tubuh menyebabkan perubahan yang tidak diingini yang berkaitan dengan penuaan dan beberapa penyakit.  Hasil kajian terbaru ini menyokong beberapa hasil kajian lain oleh penyelidik sebelum ini, termasuklah bukti bahawa wanita yang sering memakan epal  memiliki 12-33% penurunan risiko penyakit jantung.


Buah-buahan dan sayur-sayuran, lebih-lebih lagi makanan yang berwarna cerah seperti tomato, brokoli, beri biru dan epal adalah sumber utama antioksidan yang dapat memerangi kerosakan sel akibat daripada radikal bebas di dalam tubuh.



Sumber Artikel : Mingguan Wanita.

 
Kalau korang nak rasa epal yang lebih sedap, buatlah jus epal hijau dengan saleri - siap blend dan letakkan asam boi! Perghhh terbaik tau ... tak caya sila cuba!! memang best . CK selalu minum ... ermmm yummie!



CK : Lepas nie, setiap harilah makan epal .... heeeeeeee