Salam Jumaat ... aish, kejap je dah hari Jumaat. Begitu cepat masa berlaku. Hari ini dah 30 Ogos. Malam nie ada sambutan Ambang Merdeka dekat Marina Putrajaya (Pusat Maritim) Presint 5 yang berdekatan dengan Pullman Lakeside Putrajaya tu. Jalan kat Putrajaya pun dah banyak tutup, Nasib baik tadi datang kerja senang je ... tunggu petang nie mesti dah banyak tutup rasanya.
Esok dah 31 Ogos. Kita dah Merdeka 56 Tahun. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Tema kemerdekaan tahun ini ... Malaysiaku Berdaulat ; Tanah Tumpahnya Darahku. Tapi esok Sabtu. Takdelah cuti umum bagai. Kalau 31 Ogos jatuh hari Ahad, hari Isnin tu dah boleh cuti. Iloike!
Sapa-sapa yang rajin nak datang Putrajaya malam nie boleh la datang. Sambut Ambang Merdeka kat Presint 5. Majlis Ambang start jam 8.00 malam. Tetamu VVIP, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia....
Besok plak korang boleh pergi ke Dataran Merdeka KL. Tengok perarakan hari merdeka nie. Aku tak pernah pergi. Selalu je terbangun lambat. So, layan tv ajelah. Nak tahu maklumat lanjut mengenai hari kemerdekaan nie, korang boleh rujuk kat sini <-----
CK : Harap kekallah kemerdekaan di Malaysia nie. Amin ...
Selamat hari merdeka. Nak pergi Dataran Merdeka, tapi jauh. Hanya dapat tengok kat tv jelah. Hik.
ReplyDelete