Monday, June 13, 2011

Info Menarik : Antioksidan Di dalam Epal Tingkatkan Usia.

Assalamualaikum ...


Ramai yang sedia maklum bahawa buah epal mengandungi antioksidan, iaitu nutrisi yang mampu melambatkan proses penuaan serta beberapa penyakit seperti kanser. Selain itu, kerana antioksidan pada buah ini juga dikatakan boleh memanjangkan umur kira-kira 10 peratus.



Penyelidik dari Universiti China di Hong KOng, Zhen-Yu Chen dan rakan penyelidik yang lain mencatatkan bahawa radikal bebas, iaitu bahan berbahaya di dalam tubuh menyebabkan perubahan yang tidak diingini yang berkaitan dengan penuaan dan beberapa penyakit.  Hasil kajian terbaru ini menyokong beberapa hasil kajian lain oleh penyelidik sebelum ini, termasuklah bukti bahawa wanita yang sering memakan epal  memiliki 12-33% penurunan risiko penyakit jantung.


Buah-buahan dan sayur-sayuran, lebih-lebih lagi makanan yang berwarna cerah seperti tomato, brokoli, beri biru dan epal adalah sumber utama antioksidan yang dapat memerangi kerosakan sel akibat daripada radikal bebas di dalam tubuh.



Sumber Artikel : Mingguan Wanita.

 
Kalau korang nak rasa epal yang lebih sedap, buatlah jus epal hijau dengan saleri - siap blend dan letakkan asam boi! Perghhh terbaik tau ... tak caya sila cuba!! memang best . CK selalu minum ... ermmm yummie!



CK : Lepas nie, setiap harilah makan epal .... heeeeeeee

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!