Showing posts with label Promosi Blog. Show all posts
Showing posts with label Promosi Blog. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Hati Aku Kadang-Kadang Macam Agar-Agar ....

Assalamualaikum ...

Salam good people! Have a nice weekend ... bangun awal terus blogwalking. Kejap lagi nak pergi office kejap, lepas tu tengahari nak pergi kenduri kahwin kat Paroi, NS. Hati masih happy macam ada rama-rama kecil tengah terbang dalam perut dengan kemenangan SEPAH sebagai juara Maharaja Lawak malam tadi. Masih teringat lawak-lawak mereka .... "manisnya kurma itu ...." heeeeee

Tengah buka semua blog yang saya nak BW ... ada pulak belog yang pasang lagu buat hati nie terus rasa lembik macam agar-agar! Saya nie kadang-kadang sensitif juga. Duduk sorang-sorang teringat lagu-lagu yang jadi kenangan pun boleh bergenang airmata tiba-tiba. Orang lain kalau nampak saya nie macam garang benor ... cam serius habis "tapi comel" .... tapi ada masanya hati macam agar-agar bak kata Incik Babah .... "nampak keras kat luar, tapi lembut di dalam!".

Lagu Afgan "Dalam Mihrab Cinta" memang buat hati nie tersentuh jer pagi-pagi yang dingin. Syahdu tiba-tiba. 

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa kepadaNYA

Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadaNya



Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa kepadaNYA semoga semoga ...

Rupanya baru saya tahu AFGAN nie ada banyak lagu-lagu yang best dan menarik untuk didengar. Lagu yang menyentuh hati kecil nie ... huk huk huk. Terima kasih kepada Si BLOGGER INI yang sudi letak lagu yang menarik untuk di dengar kat belog dia. Korang boleh terjah belog dia kasi support dan up traffic dia ya!! Nama blogger ni Pieka ... belog dia simple jer!

Kalau letak lagu-lagu macam ini takdalah sakit telinga saya setiap kali nak bw! Ini kalau letak lagu-lagu yang ntah pape ... hingaq bingaq bak kata oghang Kedah ... baik tekan button pangkah cepat-cepat. Satgi mood nak blogwalking pun down je tiba-tiba.



Kata-kata law of attraction khas untuk pembaca belog ini ... "Sebaik-baiknya syukur dan sabar perlu seiring. Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, besar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran setanding!".



CK : Asak celik mata jer perut mula minta di isi ... alahai ....

Thursday, May 26, 2011

Hari Yang Macam-Macam

Assalamualaikum...

Online dari office. Bukan takda kerja nak buat. Tapi ramai yang tak ada di office sekarang nie. Ada yang meeting, ada yang pergi taklimat, ada yang cuti, ada yang pergi site ... so, tinggallah CK dan beberapa orang penghuni jer kat office nie. 

Kerja CK pun dah separuh siap. Sebab tu nak alih mata dan kepala nie untuk blogging pulak.  Kepala pulak sakit sejak 2-3 hari nie. Malam tadi tidur sambil 'jelum' kepala dengan air asam jawa. Siap membengkak tengkuk CK sebab menahan sakit. Hari ini pun masih sakit-sakit lagi. Malas nak ambil MC sebab malas nak makan ubat lagi. hu hu hu.

Tengah sakit-sakit kepala nie kalau dapat makan nasi putih dengan sotong benggala Kak Ayu Singapore pun sedap jugak! Lepas tu petang dapat pula layan kuih serimuka gula merah dengan kopi 'o'. Perghh pasti layan punya!. Tak pun dapat american cheese cake ni pun ok jugak apa! Ermm mesti yummie nie! Sambil tu bolehlah layan TV Online kat sini ... mesti bestkan! KAMIHIDUP...terima kasihlah share info bermakna nie.

Seronoknya ... tak sabar nak tunggu petang! he he he. Sebelum petang tu bolehlah kita jenguk kawan kita yang dah tukar pintu baru. Kan Maya kan?! Cantik pintu rumah Maya! Sebelum tu jangan lupa ada cerita hot dan sensasi pasal mereka yang letak otak kat lutut dengan menukar jantina kat SINI. Ish! Tak bersyukur ke dengan anugerah Allah?? Apa kenalah dengan Mohd Ashraf bin Abdul Aziz ni yang beria sangat nak tukar nama dia kat Mykad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz.

Bersyukurlah dengan anugerah Allah ... cuba jenguk SINI! Sedih cerita pasal Mohd Raqid yang dibaham anjing bapa saudaranya ...

Macam-macam yang berlaku hari ini. Dari yang gembira hingga yang sedih! Jangan lupa korang klik dan jenguk di sana ... 



CK : Kalau ada yang nak CK promote blog sila tinggalkan link ya! CK akan berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kalian kerana selalu melawat blog CK! Harap maklum.