Wednesday, May 1, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA - 1 MEI 2013

Assalamualaikum ...




Selamat Hari Pekerja buat semua! Cuti umum ... rehat-rehat dan santai kat rumah. Bagi aku, cuti ke keja ke lebih kurang sama je. Walau cuti tu sebenarnya lagi best. he he he. Cuti dari pergi office je, kat rumah kena kerja juga. Kalau tak buat kerja kat rumah, kang bersepah ... pastu nak makan ape kan? Sempena cuti umum, aku ameklah kesempatan untuk masak untuk adik-adik and anak buah aku. Bangun awal jugalah pagi nie. Keletang keletung kat dapur sensorang. Yang lenlain masih lagi beradu dan dibuai mimpi, but masa entry nie ditaip, dorang semua dah bangun. Dah riuh rendah kat ruang tamu tu ...



Pagi nie aku buat nasi goreng petai ayam dan laksa. Merajin tetiba. Laksa actually untuk lunch karang, tapi buat kuah siap-siap pepagi. Nanti dah sampai lunch time, just rebus urat laksa kasi lembut ajelah. Kul 9.00am aku dah siap masak semuanya ;=) Sejak rumah aku nie ramai penghuni, selera makan aku dah lain macam. Nak atkins pun susah. Sampaikan one time aku kena paksa diri dan pejam mata pada makanan-makanan yang dilarang dalam atkins. Kadang terpejam mata sebelah je, tu pasal yang atkins asyik karam di lautan dalam! ha ha ha


Disebabkan dah tak tahu nak update apa. No Idea. No cerita jalan-jalan sebab busy dengan kerja dan PRU13 sepertimana yang aku war-warkan sebelum ini, today update resepi simple udahlah. Amek mood musim Masterchef Malaysia skang  nie. Semalam Sathiya aka Baby Face yang keluarkan? Aku tengok celup-celup je ... malam tadi balik kerja tidur awal. Penat!


My Nasi Goreng Petai. Mood Masterchef sebab tu kasi lawooo sket! ngeh ngeh


Resepi : Nasi Goreng Petai Ayam
Sumber : Cik Kamoo



Bahan-bahannye ;

  • 3 cawan nasi sejuk - nasi semalam adik aku masak terlebih banyak
  • 1 papan petai - dihiris halus sekali dengan kulit
  • Sedikit hirisan ayam - potong dadu
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • 2-3 labu bawang merah - mayang halus
  • Minyak untuk menumis


Cara-caranye ;

  • Panaskan minyak dan tumis bawang
  • Masukkan cili boh, sos tiram dan sos ikan - masak sehingga cili garing
  • Masukkan garam dan serbuk perasa
  • Kemudian masukkan ayam, kacau sebentar sehingga ayam masak
  • Masukkan petai, kacau 1-2 minit kemudian masukkan nasi sejuk
  • Goreng nasi sehingga sediki garing dalam 10-15 minit.
  • Try la rasa dah okey ke belum, kalau belum terasa ... tambahlah apa yang patut ye ;=)
  • Tutup api. Siap untuk dihidang!



Jemput makan anak-anak! Kalau tengah diet atkins. Sila jangan ambil nasi. Makan ayam je. Aku jadi tukang masak. Makan juga nasi nie 2-3 sudu. Pantang nampak petai, mesti ada je selera nak makan. Nak bubye dekat atkins belum masanye sebab asyik on off je. So berat pun macam malu dah nak turun. ha ha ha. Padan muke aku!



Selamat mencuba resepi yang aku yang simple sesangat. Pejam mata pun dah siap .... he he he nampak sangat tipu! Adik-adik di rumah yang  baru nak belajar masak, bolehlah mencuba.








CK : Bila dah dok rumah rasa cam best je .... malas pulak nak pi jenjalan.

2 comments:

  1. bila dah ada petai jangan harap la nak buat2 tak nampak nasik..kan..hhaha

    ReplyDelete
  2. petai..sodapnye....menyelerokan :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!