Monday, August 3, 2015

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalamualaikum...


Seminggu pendam diri. Sibuk beraya rumah sanak saudara sebelah hasben. Tapi nak up cerita pasai raya macam tak best la pulak sebab raya tahun ni aku tak gigih sangat nak ambek gambar. Harap hasben ja dok snap gambar sana sini. Tu pun belum transfer lagi gambar dari hp dia. Cerita raya takdak, kita cerita pasai makan. Menu baru yang jadi kegemaran aku dan hasben. Bukan menu ciptaan sendiri ye, menu cilok dari orang Pahang. Sambal hitam! Hitam-hitam menawan. Betoi ka sambal hitam ni memang original dari Pahang? Jangan tanya aku ... aku pun tatau ye! Aku tau makan je.

Tertimbulnya keinginan nak makan sambal hitam ni sebab dok tengok kawan aku juai kat fb. Dok teringin la sangat, lebih pada orang mengidam habaq hang. Memang teringin la. Berjanji nak pi beli kat dia, tp tak pi pun sebab masa tu hasben demam. Nak order lagi kang takut tak terambil. So, time tu telah la ailio bergelen sebab teringin bebenor! Dan satu hari tu, pi ofis hasben then nampak la pokok belimbing buluh dengan buah yang lebat. Terus suruh hasben bawa balik buah belimbing buluh sebab nak try buat sambal hitam ni sendiri. Tak pernah buat tau. Sebab teringin punya pasai sanggup berpayahan. Nampak tak ... kuat melantak aku ni kadang, tu sanggup berusah payah kalau bab makan. Time rajin ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Kalau time malas rebuih megi ja la. ahaks!



Rupanya susah juga buat sambal hitam ni. Makan sedap. Nak tunggu siap berjenuh jugak la. Meleleh peluh habis satu badan tau. Baru dapat sejemput. Susah payah juga aku google recipe sambal hitam ni. Walaupun agak susah nak buat, tapi aku puas hati la .... sebab sambal hitam ni memang sedap rupanya. Padanla kawan fb aku tu jual memang laku keras sambal hitam dia! Hilang penat buat sambal hitam ni bila hasben puji ..."sedap la!". Terus kembang kucup hidung aku yang tak mancung nie. ahaks!

Recipe aku gugel je. Nanti aku share update pasal recipe ni ye. Manatau kot hangpa pun teringin nak buat. Nak balik dah, hasben dah call...ngeh ngeh ngeh ....


UPDATE :

Nak share recipe yang aku gugel tu. Untuk tatapan korang.

Sambal Hitam Pahang

Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : Blog Madihaa


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus 
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.



PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
 #terima kasih akak madihaa!!


p/s : Susah betul nak update blog kat rumah. Tenet macam hape je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

1 comment:

  1. Sy pernah makan sambal ni dalam pelbagai version..semua sedap tapi ada yg kering, basah berminyak sket tapi tak tau yg mana satu asli..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!