Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Monday, January 19, 2015

MARI MENJADI CANTIK

Assalamualaikum ....

Ewah, tajuk taknak kalah. Macamlah cantik sangatkan. He he he. Nak cerita pasai pregnancy nanti ada yang bosan pulakkan. Mentang-mentang 1st time ngandungkan semua benda nak story plak. Later-laterlah story pasal pregnancy yek sebab aku nak sambung lagi story pasai BSP tuh. Stop bab pregnancy seketika. Mari kita bercerita hal kecantikan pula. Sesekali, nak juga cun melecun, cantik gebu walaupun kulit ai takdelah mulus pun cam orang lain. Sedih pori-pori muke nie banyak plak. Haish, camnelah nak kecikkan pori-pori muka yek? Kalau ada recipe marilah share bersama. Sharing is caringkan? …

Actually, aku nak share dengan korang cara membuat scrub dan facial mask di rumah. Guna bahan yang ada kat rumah je. Tak pun bahan yang mudah didapati di kedai runcit seberang jalan sana. Recipe nak buat facial scrub dan face mask nie aku dapat daripada Puan Murshidah masa pergi seminar MyFemina last month. Bukan recipe asal dari aku ye. Aku pun dapat ilmu ni dari penceramah berkenaan. Seronok tau pergi seminar MyFemina. Aku dapat jumpa dengan Ally Iskandar … Abang Luq, eh … Fahrin Ahmad, pastu hasben Sazzy Falak tuh ….Nazril Idrus. Korang nak tau Abang Luq tu, punyalah handsome. Muke senyum happy je, tapi luka kecewa bercinta dia yang dulu-dulu hanya Allah yang tahu yek. Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Sape yang layan drama petang-petang neh kat TV3 mesti kenal dengan Abang Luq itu. Ada sorang lagi penceramah yang paling aku suke masa seminar tu. Dr. Kamril Juraidi. Dia nie pun comel. Umur dah 40-an, tapi muke awet muda sangat. Ilmu dalam seminar tu nanti aku share kemudian jika mood rajin berganda. Berbalik pada niat asal, aku cuma nak share cara buat scrub muka dan face mask je tau. Sila bersedia semua. Ambil pen dan kertas, sila tulis. Kalau malas, copy paste dan print. Siap~

Homemade Facial Scrub
  • ·         1 sudu madu
  • ·         1 sudu olive oil
  • ·         ½ sudu lemon juice
  • ·         2 sudu gula halus (fine sugar)

*Kalau korang just nak buat cleanser je, tak perlu masukkan fine sugar tau. Mixedkan semuanya dan sapu kat muka. Biarkan kering seketika baru bersihkan dengan air suam.

Itu je recipenye. Homemade face mask aku share next entrylah ye. Korang cuba dulu buat facial scrub neh. Biar muke cun melecun. Yang penting rajin dan konsisten. Aku nie tak rajin sangat. Mood turun naik memanjang. Kan best kalau mood rajin tu je yang memanjang. Mesti semua benda boleh jadi. Kan kan kan! Hasben aku scrub-scrub muke nie memang dia suke sangat. Nak-nak kalau dia tengok aku macam free je kan, mesti dia request suh scrub muke dia. Dah siap scrub, sedap je dia tidur macam pergi spa tu. 

Sebelum nie, aku ada amek package kat True Harmony Putrajaya untuk 8 kali buat facial bagai. Dekat RM1K jugalah rege package tu. Pastu rasa macam rugi sangat, sebab hasil dia tak seberapa pu. Package tu aku share ngan hasben, So sekali pergi untuk 2 oranglah. Sekarang nie tinggal sekali lagi facial kat True Harmony, tapi aku malas dah nak pergi. Kang dia pujuk macam-macam suh amek package dia. Walhal langsung tak berbaloi aku rasa. Baik simpan duit untuk baby soleh/solehah nie. Nak facial ke .. scrub ke baik buat sendiri kat rumah. Jimat duit time-time rege minyak dah naik 20sen neh. Kikikiki.

Untuk korang yang nak feeling-feeling shantekkan, jomlah try homemade facial scrub nie. Manalah tau serasi dan serasa dengan kulit muke korangkan. Mesti bertambah-tambah seri muke korang tuh nanti. Selamat mencuba tau!



p/s : Jadi ibu mengandung nak juga jaga kecantikan. Biar comel selalu. wakakaka

Saturday, September 13, 2014

PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum ...


Tajuk kenmain masuk bakul angkat sendiri. Itu memang dah standard. ha ha ha. Jangan uwek-uwek baca tajuk entry aku. Kalau nak uwek jugak sila pergi jauh-jauh ye. Minggu nie dah 2 kali aku buat pizza. Pizza yang tak cukup bahan, main hentam dan campak je. Resepi pizza nie aku dah lupa mana aku dapat. Biasalah, aku kalau petang-petang kat office sementara nak tunggu hasben datang jemput, memang keje aku godek blog masakan. Itu memang dah jadi hobi aku sejak dulu. Siap je keje office tak pun time rehat, mesti aku akan cuba khatam blog masakan. Sampai dah nak jadi mommy, pe'el ni masih tetap macam tu. Godek-godek jumpalah resepi pizza yang simple, sekelip mata dah siap! heh heh heh heh.

Kalau tak salah aku, pizza nie pestime aku cuba ... hari Rabu lepas. Then semalam, Jumaat aku repeat lagi buat pizza untuk bekal hasben pegi keje. Time tu aku malas nak goreng mee/bihun bagai sebab rasa takde mood sangat. Hati berkata, buat pizza lagi senang. Kenyang pun kenyang! Masa pestime nak buat pizza, hasben macam ragu-ragu dengan kebolehan aku. Macam caya tak caya dia ngan aku tau! Kecik sket hati mommy yang sudah sedia kecik nie. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ... kalau tak jadi of course aku akan cuba sampai jadi jugak! Itu prinsip aku dalam dunia masakan la. Kalau dunia lain aku taktau la aku boleh pertahankan ke tak prinsip cenggini.

Walaupun ragu-ragu akan kebolehan isterinye ini ... tapi akhirnya dia terkagum sendiri dengan hasilnye. ha ha ha! Siap makan berkeping-keping lagi tau. Mulut dok cakap, "sedap la ... lepas nie takyah lagi pi pizza hut! Baik buat sendiri!". Haaa ... kan ...!! Sembang je  tak guna, meh aku menceceh dengan buktinye sekali. Pizza main campak suka hati. Bahan pun tak cukup sangat tau. Apapun, yang pasti hasben aku suka sangat. Alhamdulillah. Senyum melebar isteri bila kena puji, nasib baik tak kembang setaman!!


Ini pizza yang aku buat hari Rabu untuk dinner. Sebiji pizza ni licin. Hasben je sorang makan lebih dari separuh. Aku guna cheese yang slice tu je janam Bega. Cheddar ada dalam fridge tapi malam tu tak rajin sangat nak bersagat cheese tu. So, guna je mana yang ada.


Resepi : PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE
Sumber : Internet


Bahan-bahan Doh;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 paket yis (mauripan) - bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit air

Bahan-bahan topping
  • Sos spaghetti (Aku guna brand kimball yang siap dengan cendawan)
  • Sosej dihiris nipis
  • Bawang holland (hiris nipis dan bulat)
  • Cheese (slice)
  • Serbuk oregano (kalau takda pun takpa)
  • Sedikit minyak zaitun)

Cara-cara;
  1. Campur semua bahan-bahan untuk doh
  2. Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
  3. Kalau rasa lembik tepung tu, tambah sedikit demi sedikit tepung dan terus uli 
  4. Tepung yang telah diuli, direhatkan. Pastikan adunan tepung ditutup dengan kain atau apa-apa penutup. Biarkan adunan naik 1-2 kali ganda.
  5. Apabila adunan telah naik, tumbuk adunan berkenaan untuk buang angin di dalamnya
  6. Oleskan pan pizza dengan sedikit minyak zaitun dan leperkan adunan tepung tadi di atas pan pizza.
  7. Kemudian oleskan dengan adunan yang telah dileperkan dengan sedikit minyak zaitun dan cucuk dengan garfu. Kemudian oleskan sos spagthetti di atasnya.
  8. Letakkan sosej, bawang holland dan cheese.
  9. Akhir sekali taburkan serbuk oregano.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150c-170c (bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  11. Siap dimasak...potong dan makan!


Yang ni pula pizza percubaan kali kedua yang aku buat semalam untuk bekal hasben pegi keje. Pizza nie aku up dengan daging burger ... aku hancurkan dan grill dulu daging tu 2-3 minit sebelum dijadikan topping. Untuk topping terpulang pada selera korang. Nak letak udang, ayam, sotong ... atau apa jua yang korang suka, takde masalah. Bergantung pada tekak masing-masing. Pizza simple yang aku buat nie, sekadar guna bahan-bahan yang memang dalam fridge kat rumah. 

Dah 2 kali buat pizza, barulah tahu ... tak susah sangat nak uli doh tu. Cuma antara rajin ngan tidak je. Lepas nie aku nak belajar buat roti dan pau pula. Usaha tangga kejayaan. he he he!


Selamat mencuba untuk korang semua! happy weekend.




p/s : Hari nie hasben cakap nak buat nasi lemak untuk lunch ... nak tunggu apa hasilnye. he he he

Tuesday, April 1, 2014

RESEPI MEMBUAT MEE KUNING

Assalamualaikum ...


Adik-adik, hari ini ahkak nak ajar buat mee kuning. Nak share recipe. Tapi ahkak nak maklumkan awal-awal ye ... recipe ini ahkak pun cilok. ha ha ha. Ahkak sendiri pun belum try. Suka tak suka ahkak kena cilok recipe ini sebagai koleksi. Sebab nanti bila nak guna senang. Tak perlu lagi nak google sana-sini. Terima kasih kepada yang sudi share recipe mee kuning ini. Nanti bila ahkak dah beli mesin mee kuning tu, ahkak buat dan jual sekali ye. ekekekeke. Mee kuning kat kedai kadang tak sedap. Rasa kapur! Nasib-nasiblah dapat yang tak rasa kapur.


Resepi : Mee Kuning

Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
2 biji telor
Air secukup nya (supaya jgn lembik)
Kunyit sedikit jika nk berwarna kuning

Cara-caranya:


Masukkan telur dan kunyit dalam air - anggaran je
Kemudian kacau
Tuang sedikit demi sedikit tepung - agak-agak boleh kepal dan dicanaikan
Kemudian mesinkan adunan tepung berkenaan - rujuk gambar ke-2
Rebuskan air dan campurkan dengan sedikit minyak masak (untuk tidak bagi melekat)
Kemudian masukkan mee yang telah dimesin.
Bila dah masak, angkat dan toskan kemudian bolehlah digaulkan dengan minyak masak. Minyak zaitun pun ok.
Lepas tu boleh disimpan.

Sumber resepi dari Liza Sulaiman ... rujuk di sini ye <------




Dulu, masak kecik-kecik ... mak aku memang buat mee kuning sendiri. Anak dia tukang mesin mee berkenaan. Semua jenis mee la dia buat. Tak payah sibuk-sibuk nak membeli dekat kedai lagi. Jimatkan? Memandangkan zaman skang nie semua benda mahal, mari kita buat sendiri mana yang mampu. Bolehlah saving duwet pergi travel ... ekekekeke





p/s : Hati aku ni nak travel je manjang ....