Showing posts with label Menu Untuk Suami. Show all posts
Showing posts with label Menu Untuk Suami. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

LEMPENG PEKAK @ LEMPENG GANDUM

Assalamualaikum....


Lempeng pekak? Aku tak tahu kenapa orang selalu panggil lempeng gandum ni sebagai lempeng pekak. Sebab apa yek? Kalau korang tahu kenapa boleh la share dengan aku. Setahu aku mak aku panggil lempeng gandum. Start dari minggu lepas, hasben aku dok request nak makan lempeng. Dia asyik dok cakap dah lama tak makan lempeng. Walhal sejak kahwin, mana pernah aku buat lempeng kat dia. Ulang-ulang cakap mak dia dulu rajin buat lempeng. wakakakaka. Isteri macam telan ailio jugalah sebab pernah buat tapi gagal. Jujur cakaplah, aku pernah sekali try buat lempeng nie. Tapi langsung tak menjadi. Melekat-lekat kat kuali. Sudahnye adunan tu aku campak dalam tong sampah. Kasi kenyang itu perut tong sampah makan tepung mentah. Kikikikiki ....

Bila hasben dok bersuara banyak kali, telinga isteri tak menahan mendengarnye. Ini satu cabaran. Buat lempeng je pun. Takkan tak bolehkan? Aku pun googlelah recipe untuk kali kedua dalam hidup aku. Orang lain buat lempeng gandum ni pejam mata je. Aku je sibuk dok google. Teruk sangat!!


Akhirnya, Alhamdulillah aku dapat resepi lempeng gandum yang simple dan super senang. Pastu sekali buat je dah jadi tau. Cun pula kejadiannye! Wah, dah start membongkak yek! Lempang kang ... Bila dah buat lempeng takkan nak cicah dengan gula je. Ingat hasben aku kanak-kanak yang boleh digula-gulakan? Mestilah tidak. Haruslah aku up dengan sambal ikan bilis. Pada petang kejadian, lempeng aku comel-comel je macam aku. Kecik molek. Dan aku agak hasben aku macam tak kenyang je makan .... hiks hiks hiks....


Adunan lempeng aku cuma guna 2 cawan tepung gandum. Saiz super comel. Sambal ikan bilis cuma buat semangkuk je. Asal cukup untuk 2 orang makan. Rasanya tak sampai 10 keping aku buat. Adalah dalam 8 keping kot. Aku cuma makan 2 keping je, sebab tengok hasben makan penuh selera. Tak sure sangat selera hasben ni sebab lapar atau memang lempeng aku memang sedap. he he he. Dapatlah pujian sikit, lempeng yang aku bikin tu lembut katanya. Kembang kempis hidung yang tak mancung nie bila kena puji. hahahahaha


Dan semalam, time lunch aku buat asam pedas ikan cencaru. Memandangkan aku cuti semalam, so lunch aku masak la. Hasben balik makan kat rumah. Bila dia tengok ada asam pedas, terus request nak makan lempeng lagi petang masa balik keje. Nak cicah dengan kuah asam pedas katanya. Siap pesan, "tolong buat lempeng lebih ya ... aritu punya sikit, tak cukup". Kul 6pm sebelum hasben balik aku dah blend adunan lempeng. 6.15pm dah start melempeng. 6.40pm dah siap ... Teruja dia makan. Aku plak jadi asyik tengok hasben makan lempeng cicah kuah asam pedas Yelah, aku dulu selalu masa mak buat dok cicah ngan gula je. Takdenye nak cicah dengan asam pedas bagai. Lagipun sebelah utara asam pedas tak femes sangat pun.


Buat lempeng semalam kira minum petang dan merangkap dinner sekali. Minum plak kopi 434 dari Batu Pahat. Disebabkan penangan kopi gamaknye, aku tak boleh tido malam tadi. Hasben sedap je mimpi, aku dekat kul 3am baru dapat tido. Haish mata .... degil nak tido sejak 2-3 menjak nie. Ntah kenapa ntah.


Semalam juga lepas makan lempeng, terus kira-kira syiling 2014 aku tu. Hari tu aku asing-asingkan ikut nilai je. Semalam baru ada chance nak mengira. Setakat nie duit syiling yang aku kira baru 200 lebih. Okeylah tu, nanti campur dengan duit seringgit yang dah kira tu, harap dapat dalam 800 pun dah okeh.

Sebelum aku stop entry nie, meh share recipe lempeng ngan korang. Aku tahu korang semua dah pandai buat lempeng. Anggaplah ia sebagai koleksi rujukan anak cucu aku nanti. Ewaaah....


RESEPI : LEMPENG GANDUM

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair) 
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 1 biji telur

Cara masak :
  1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter. 
  2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai. 
  3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas. 
  4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali. 
  5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.


Selamat melempeng ye!




p/s : Memang kena banyak belajar masak. Hasben aku selalu request masakan macam omaknye. heeeee

Wednesday, January 7, 2015

KETAM

Assalamualaikum ...


Sebelum korang meneruskan pembacaan, aku minta maaf atas segala gangguan hawa nafsu di entry ini. Maaf sangat-sangat kalau ailio korang meleleh tanpa sedar. he he he. Maafkan aku jika tetiba buat korang rasa teringin. Sesekali ku rasa teringin .... ! Eh, macam akak Shima la plak. Bila buat entry masak-masak makan-makan nie, memang buat aku jadi lapar je manjang. Terus rasa nak makan sekali lagi apa yang dientrykan ini. Terus rasa, bila siap menaip nie ... carilah menu ni sekali lagi. Hah, sampai begitu sekali perasaan ibu ngandung nie. Ngada lah sangat!

Sekarang nie, aku suke sangat makan ketam. Ntah kenapa jatuh suka pula pada binatang laut yang jalan ngereng nie. Bila kandungan nak masuk 8 bulan, terus pandang ketam tu nampak sedap je manjang. Asal pergi pasar borong Selangor, mesti nak beli 2-3 ekor ketam. Nasib baiklah rege ketam tengah murah jugalah. Kalau mahai, ketam frozen pun aku belasah, janji korang kena pandai pilih. Di pasar borong Selangor, harga sekilo ketam baru dalam 15-20 ringgit sekilo. Kat pasar tani Putrajaya, memang tak dapatlah harga tu. Kaki ketam mungkin kot dapat ....


Menu pertama masakan ketam aku. Mengidam punya pasal, aku beli 2 ekor ketam. Buat masak lemak cili api dengan kentang. Pedas kasi up sikit. Geleng kepala hasben tengok aku makan ketam. Dia memang dah tahu, aku ni peminat ketam dan udang. Dan hasben pula peminat sotong macam mak aku tuh. Dah ada lauk yang heavy, ketam masak lemak tu ... aku up dengan ikan bilis goreng je pastu buat kangkung goreng belacan. Hye, laju je makan. Ngan hasben pun makan tak panggung kepala. Ketam dah sepit kepala dia .... ha ha ha


Lepas seminggu makan ketam masak lemak cili api, aku ajak hasben pi lagi pasar borong Selangor tu. Beli ketam lagi. Sampai hasben pun tegur, ape kena la plak asyik nak makan ketam je kan. Anak yang nak ke mommy yang melebeh-lebeh nie ;p. Aku yang nak makan, bukan anak aku ... kang keluar, hari-hari minta makan ketam ... pengsan mommy ngan babah nak oi! Ketam mahal jugak. he he he. Selalu beli 2 ekor takdelah sampai sekilo. Kira masih mampu beli la. 

Kali kedua beli ketam, amek 3 ekor ... hasben request nak makan ketam bercili aka chilli crab. Amboi, hasben request menu dia plak. Ingat mommy je nak makan, rupanya babah pun ngidam ketam gak yek. Diam-diam yek! Setiap kali masak ketam, menu sampingan dia semua yang simple dan cepat dimakan. Aku buat sup bayam dengan goreng ikan pekasam. Ikan pekasam tu dah berkurun dalam fridge, bila dah goreng tak sedap la plak. Nasib baik ada lauk ketam. Pulun ketam ajelah laki binik. ha ha ha


Ketam kali ketiga nie, baru lepas makan minggu lepas. Beli 2 ekor je. Aku sendiri yang nak makan masak lemak cili api. Terbaik kali nie sebab ketam dia banyak sangat isi. Manis. Terlebih segar. Masa beli sekilo baru 20 hengget. Beli 2 ekor tak sampai sekilo pun, dapatlah 12 ringgit. Okeylah tu. Minggu lepas aku cuma masak ketam je. Sayur dengan telur dadar tu hasben aku yang masakkan. Aku dah tak larat sangat. Memang tekak nak makan je. Letih bebenor sebab siang tu aku keje. Menu ketam tu pepagi lagi aku dah masak. So, bila time dinner cuma panaskan je. Yang lenlain hasben aku masak malam tuh. Lepas dinner dengan ketam yang sangat sedap tu, melantak plak kek secret recipe! Memang buruk lantak sikit hujung-hujung ngandung neh. he he he. Hasben aku layan je.

Tunggu masa kena sepit dengan ketam neh! ha ha ha ha. Rasa nak ikat kaki pi pasar borong Selangor, kang terbeli plak ketam lagi. ha ha ha. Geleng kepala hasben aku nanti. 



p/s : Nanti dah berpantang, tak merasa la nak makan ketam camnie sebenarnya. pandang ajelah kot.

Monday, September 15, 2014

KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK YANG MABELES

Assalamualaikum ...


Sila terliur bila baca tajuk. Lepas tu, sila menceceh ailio kalau tengok gambar kari kepala ikan nyok-nyok yang mabeles untuk bakal mommy neh. Menu 2 minggu lepas, sebelum aku hilang selera makan. Masak untuk lunch di hari minggu sebab suami isteri tak plan pun nak keluar jenjalan. Takde mood. Dan bakal mommy macam tak larat nak jenjalan sangat pun. Baik dok rumah, masak sendiri dan rehat lepas tu. 

Tekak aku masa tu teringin sangat nak makan kari kepala ikan. Orang utara dan kari susah nak pisahkan. Aku memang penggemar kari. Nak-nak kalau guna rempah basah. Rasa nikmat sangat makan. Selalu kat kampung, mak akan buat rempah sendiri ... itu yang kari mak sangat sedap bagi tekak anak-anak dia. Aku pun dah siap simpan rempah kari basah dalam fridge. Nak masak terus bancuh. Tekak aku tak suka sangat kari serbuk tuh. Sampaikan aku siap minta resepi nak buat rempah kari sendiri dari mak dan juga makcik aku yang dok sebelah rumah. Kari ikan puyu makcik aku pun sedap jugak. Dia pun giling rempah sendiri. 


Ini adalah hasil air tangan aku. KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK. Sambil type entry nie, rasa terliur pula. Mulalah rasa macam nak repeat buat kari kepala ikan. Tapi nanti-nantilah, nak kena buat rempah basah dulu simpan, nanti nak masak senang. Tak perlulah terkial-kial masa nak masak.


Kari kepala ikan nyok-nyok nie aku regukan dengan kubis masak kicap. Kubis masak kicap nie memang peberet aku. Tak pun kubis nie aku buat masak lemak putih. Dah ada kari, so tak perlulah semua menu nak berlemak santan bagai kan. Not good untuk jantung ok. Menu lunch aku dan hasben weekend ritu kiranya memang simplelah, kari kepala ikan nyok-nyok, sayur kubis goreng kicap, ulam pegaga dan sambal belacan. Menu simple camnielah selalunya makan bertambah. Tak pandang kiri kanan dah, makan pun diam je .... menghayatilah katakan! he he he. 

Nanti ada masa aku update entry ni dengan resepi kari kepala ikan ye. Skang nie update mana yang mampu dulu. he he he. Nanti aku akan update juga lokasi kari kepala ikan yang aku pernah makan dengan hasben sebelum aku termengidam nak makan kari kepala ikan air tangan sendiri. mahal giler makan kat situ .... tapi kari dia tak best sangat bagi tekak aku. 

Citer tu later-later yek!




p/s : Mood memasak semakin meresap dalam jiwa. Dan baru aku sedar, aku lebih serasi masak menu kampung-kampungan sahaja.

Saturday, September 13, 2014

PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum ...


Tajuk kenmain masuk bakul angkat sendiri. Itu memang dah standard. ha ha ha. Jangan uwek-uwek baca tajuk entry aku. Kalau nak uwek jugak sila pergi jauh-jauh ye. Minggu nie dah 2 kali aku buat pizza. Pizza yang tak cukup bahan, main hentam dan campak je. Resepi pizza nie aku dah lupa mana aku dapat. Biasalah, aku kalau petang-petang kat office sementara nak tunggu hasben datang jemput, memang keje aku godek blog masakan. Itu memang dah jadi hobi aku sejak dulu. Siap je keje office tak pun time rehat, mesti aku akan cuba khatam blog masakan. Sampai dah nak jadi mommy, pe'el ni masih tetap macam tu. Godek-godek jumpalah resepi pizza yang simple, sekelip mata dah siap! heh heh heh heh.

Kalau tak salah aku, pizza nie pestime aku cuba ... hari Rabu lepas. Then semalam, Jumaat aku repeat lagi buat pizza untuk bekal hasben pegi keje. Time tu aku malas nak goreng mee/bihun bagai sebab rasa takde mood sangat. Hati berkata, buat pizza lagi senang. Kenyang pun kenyang! Masa pestime nak buat pizza, hasben macam ragu-ragu dengan kebolehan aku. Macam caya tak caya dia ngan aku tau! Kecik sket hati mommy yang sudah sedia kecik nie. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ... kalau tak jadi of course aku akan cuba sampai jadi jugak! Itu prinsip aku dalam dunia masakan la. Kalau dunia lain aku taktau la aku boleh pertahankan ke tak prinsip cenggini.

Walaupun ragu-ragu akan kebolehan isterinye ini ... tapi akhirnya dia terkagum sendiri dengan hasilnye. ha ha ha! Siap makan berkeping-keping lagi tau. Mulut dok cakap, "sedap la ... lepas nie takyah lagi pi pizza hut! Baik buat sendiri!". Haaa ... kan ...!! Sembang je  tak guna, meh aku menceceh dengan buktinye sekali. Pizza main campak suka hati. Bahan pun tak cukup sangat tau. Apapun, yang pasti hasben aku suka sangat. Alhamdulillah. Senyum melebar isteri bila kena puji, nasib baik tak kembang setaman!!


Ini pizza yang aku buat hari Rabu untuk dinner. Sebiji pizza ni licin. Hasben je sorang makan lebih dari separuh. Aku guna cheese yang slice tu je janam Bega. Cheddar ada dalam fridge tapi malam tu tak rajin sangat nak bersagat cheese tu. So, guna je mana yang ada.


Resepi : PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE
Sumber : Internet


Bahan-bahan Doh;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 paket yis (mauripan) - bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit air

Bahan-bahan topping
  • Sos spaghetti (Aku guna brand kimball yang siap dengan cendawan)
  • Sosej dihiris nipis
  • Bawang holland (hiris nipis dan bulat)
  • Cheese (slice)
  • Serbuk oregano (kalau takda pun takpa)
  • Sedikit minyak zaitun)

Cara-cara;
  1. Campur semua bahan-bahan untuk doh
  2. Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
  3. Kalau rasa lembik tepung tu, tambah sedikit demi sedikit tepung dan terus uli 
  4. Tepung yang telah diuli, direhatkan. Pastikan adunan tepung ditutup dengan kain atau apa-apa penutup. Biarkan adunan naik 1-2 kali ganda.
  5. Apabila adunan telah naik, tumbuk adunan berkenaan untuk buang angin di dalamnya
  6. Oleskan pan pizza dengan sedikit minyak zaitun dan leperkan adunan tepung tadi di atas pan pizza.
  7. Kemudian oleskan dengan adunan yang telah dileperkan dengan sedikit minyak zaitun dan cucuk dengan garfu. Kemudian oleskan sos spagthetti di atasnya.
  8. Letakkan sosej, bawang holland dan cheese.
  9. Akhir sekali taburkan serbuk oregano.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150c-170c (bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  11. Siap dimasak...potong dan makan!


Yang ni pula pizza percubaan kali kedua yang aku buat semalam untuk bekal hasben pegi keje. Pizza nie aku up dengan daging burger ... aku hancurkan dan grill dulu daging tu 2-3 minit sebelum dijadikan topping. Untuk topping terpulang pada selera korang. Nak letak udang, ayam, sotong ... atau apa jua yang korang suka, takde masalah. Bergantung pada tekak masing-masing. Pizza simple yang aku buat nie, sekadar guna bahan-bahan yang memang dalam fridge kat rumah. 

Dah 2 kali buat pizza, barulah tahu ... tak susah sangat nak uli doh tu. Cuma antara rajin ngan tidak je. Lepas nie aku nak belajar buat roti dan pau pula. Usaha tangga kejayaan. he he he!


Selamat mencuba untuk korang semua! happy weekend.




p/s : Hari nie hasben cakap nak buat nasi lemak untuk lunch ... nak tunggu apa hasilnye. he he he

Thursday, June 19, 2014

SUAM-SUAM KUKU

Assalamualaikum ...


Peringatan awal! Blog aku ni akan jadi blog suam-suam kuku. Nak update pun mood turun naik. Sape yang selalu singgah kat blog cik puan kedaung nie, terima kasihlah. Cik puan kedaung sekarang ni tak stabil sikit tahap kesihatannye. Asyik demam malam. Demam malam ni style zaman study dulu, siang sihat ... malam mulalah badan panas. Dah seminggu dah jadi camnie, masa wedding jiran sebelah rumah omak mertua Ahad baru nie, tak lepak lama pun rumah kenduri tu. Mood tak menentu, dengan panas ... rasa penat, rimas plak tengok orang ramai-ramai. Lepas makan je terus balik rumah omak ... tidur!

Begitu juga dengan blog ini. Turun naik macam mood nak update blog juga. Dulu, update blog ada dah time-time tertentu, sekarang ni update ikut rasa tekak je. Aku dah perasan, entry makin kurang. Bila nak start tulis belog, tangan menggeletis je tapi akai tak tahu nak karang mende. So, baik diam-diam dulu. Kalau setakat letak gambar tapi takde cerita pun macam tak best, balik-balik gambar makanan ... lagilah korang rasa, "apalah blogger neh ... makan je tak berenti!". Ya .. cik puan blog sekarang ni makan tanpa sempadan. Asal perut minta makan, tengah malam pun cik puan akan masak nasi. Hasben yang dah start diet nasi pun terpaksa telah juga makan nasi. Kesian dia, baru turun berat 2-3 kilo, dah kena stop diet. Sorry ye sayang!

Sebelum cik puan habis merapu tulis blog arini, meh kasi tayang pad thai buatan cik puan. Hasben cik puan suke makan pad thai buatan air tangan isteri dia. Dan ini pestime cik puan masak pad thai. Itu pun sebab kawan-kawan opis cakap, kuewteow pad thai ni ada jual kat pasaraya, versi kering. Kita cuma balik rebus, then toskan dan goreng. Cara goreng cam buat bihun/mee goreng cam biasa tuh ... cuma pad thai nie pedas-pedas dan rasa macam tomyam. Sedap!


Pad thai sotong versi cik puan. Pernah makan pad thai ni masa pergi Bandung tahun lepas. Rupanya versi kering ada je jual dekat Mydin. Satu pek pad thai nie, rege dia RM7.00 tak salah cik puan, boleh makan 4 orang. Tapi kalau aku dengan hasben ... cuma berdua je lah. Hasben cik puan makan untuk 2 orang ... sama gak isteri dia, makan untuk 2 orang gak. he he he he. Lately, cik puan tak selera makan dekat luar, tekak rasa geli plak. Kecuali malas masak ... makan jugaklah, itu pun tak habis. Kang singgah kedai mana-mana beli roti plak. he he he 

Tengok tu, nak update pasai blog yang suam suam kuku, dah tercerita pasal makan. Eh, terpanjang plak entry neh.... he he he he! Adatlah, nama pun blogger kan ....




p/s : Tengok makanan terus rasa lapar sangat

Tuesday, April 8, 2014

ISTERI BELAJAR MASAK SUP TULANG YANG SEDAP

Assalamualaikum ...


Hasben minta isteri masak sup tulang macam dekat kedai tomyam tu. Sup yang ada rasa masam-masam dan manis kuah daging. Sebenarnya isteri ni manalah pandai  masak sup tulang walaupun sup tulang adalah menu femes di sebelah utara sana. Orang kata kalau nak makan sup sedap, try makan kat sebelah utara sana. Sup dia super duper sedap. Ala Thai ko! Masam-masam yang nikmat.

Satu hari tu hasben singgah Pasar Tani dan belikan daging serta tulang. Dengan harapan nak isteri dia masakkan sup tulang ala utara. Siap dengan arahan, "sayang kena masak sedap macam dekat kedai tu ... sup yang ada rasa masam-masam!". Pheeewww menitik peluh isteri dengar arahan suami. Ekau nak menguji skill memasak den ke hape suami? Isteri lalu pasrah. Cuba sebaik mungkin untuk mencuba yang terbaik. Sedang rasa kusut memikirkan macam mana nak buat sup tulang yang sedap, tupp tupp ... terlintas ingatan dekat petua memasak biras aku yang lelaki tu. Dia kata kalau nak masak sup yang sedap, sukat air siap-siap ... renehkan sehingga paras mana kuah yang kita nak. Jangan tambah air lagi dah masa tengah masak. Nanti tak sedap. 

Apa lagi isteri pun terus bersilat kat dapur dan follow petua dari biras lelaki ku itteww! Lepas tu teringat pulak pesan mak aku, kalau nak masak sup tulang ... terus masak dalam rice cooker sebab ia akan cepat empuk dan rasa lebih sedap. Petua lagi! Terima kasih mak. Sayang mak. Saat-saat genting camnie muncul macam-macam petua. Good! Dua-dua petua ini aku follow, letak lah segala ramuan ... dan segala peratuan yang telah dipetuakan.

Dan Alhamdulillah, hasil membanggakan ... walaupun takdelah rasa sebijik dengan kedai tomyam yang kami selalu makan, tapi sedikit sebanyak rasa dia hampir sama. Hasben cuma komen, masam sup tu agak kurang sikit. Masam kurang takde hal, meh kita amek limau nipis kita perahkan. Nak berapa bijik limau ... satu, dua .... seploh??


Sup tulang camni sesuai untuk menu diet atkins. Kuah tu tak perlu pulun hirup sangatlah. Kalau diet ko buat cara diet. Sebabnye kuah dah campur rempah ratus yang aku sendiri tak kira berapa karb nye! Aku masak ni pun atas permintaan suami je. Dia tak diet. Isteri je gigih nak mendiet.


Kuah dia nampak macam pekat-pekat sikit sebab aku letak 2 biji kentang. Kentang tu korang kupas-kupas, basuh dan terus campak dalam kuah sup masa dah nak masak. Tak perlu potong bagai ye. Kita cuma nak manis kentang bercampur dengan manis kuah daging dan bagi ia memekatkan kuah sahaja.

Full recipe nanti aku share ye. Ada kelapangan kita share. Seriously aku rasa teruja bila berjaya masak sup tulang ini dan dapat memenuhi permintaan dia. Cuma aku ada lagi satu menu yang masih menjadi hutang pada hasben. Nanti yek sayang masakkan .....



p/s : Hasben sibuk suruh aku belajar buat kuih muih tradisional. Tapi isteri belum ada kesempatan. Hasben dah nak makan, kenalah belajar. hu hu hu