Showing posts with label Menu Simple. Show all posts
Showing posts with label Menu Simple. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

LEMPENG PEKAK @ LEMPENG GANDUM

Assalamualaikum....


Lempeng pekak? Aku tak tahu kenapa orang selalu panggil lempeng gandum ni sebagai lempeng pekak. Sebab apa yek? Kalau korang tahu kenapa boleh la share dengan aku. Setahu aku mak aku panggil lempeng gandum. Start dari minggu lepas, hasben aku dok request nak makan lempeng. Dia asyik dok cakap dah lama tak makan lempeng. Walhal sejak kahwin, mana pernah aku buat lempeng kat dia. Ulang-ulang cakap mak dia dulu rajin buat lempeng. wakakakaka. Isteri macam telan ailio jugalah sebab pernah buat tapi gagal. Jujur cakaplah, aku pernah sekali try buat lempeng nie. Tapi langsung tak menjadi. Melekat-lekat kat kuali. Sudahnye adunan tu aku campak dalam tong sampah. Kasi kenyang itu perut tong sampah makan tepung mentah. Kikikikiki ....

Bila hasben dok bersuara banyak kali, telinga isteri tak menahan mendengarnye. Ini satu cabaran. Buat lempeng je pun. Takkan tak bolehkan? Aku pun googlelah recipe untuk kali kedua dalam hidup aku. Orang lain buat lempeng gandum ni pejam mata je. Aku je sibuk dok google. Teruk sangat!!


Akhirnya, Alhamdulillah aku dapat resepi lempeng gandum yang simple dan super senang. Pastu sekali buat je dah jadi tau. Cun pula kejadiannye! Wah, dah start membongkak yek! Lempang kang ... Bila dah buat lempeng takkan nak cicah dengan gula je. Ingat hasben aku kanak-kanak yang boleh digula-gulakan? Mestilah tidak. Haruslah aku up dengan sambal ikan bilis. Pada petang kejadian, lempeng aku comel-comel je macam aku. Kecik molek. Dan aku agak hasben aku macam tak kenyang je makan .... hiks hiks hiks....


Adunan lempeng aku cuma guna 2 cawan tepung gandum. Saiz super comel. Sambal ikan bilis cuma buat semangkuk je. Asal cukup untuk 2 orang makan. Rasanya tak sampai 10 keping aku buat. Adalah dalam 8 keping kot. Aku cuma makan 2 keping je, sebab tengok hasben makan penuh selera. Tak sure sangat selera hasben ni sebab lapar atau memang lempeng aku memang sedap. he he he. Dapatlah pujian sikit, lempeng yang aku bikin tu lembut katanya. Kembang kempis hidung yang tak mancung nie bila kena puji. hahahahaha


Dan semalam, time lunch aku buat asam pedas ikan cencaru. Memandangkan aku cuti semalam, so lunch aku masak la. Hasben balik makan kat rumah. Bila dia tengok ada asam pedas, terus request nak makan lempeng lagi petang masa balik keje. Nak cicah dengan kuah asam pedas katanya. Siap pesan, "tolong buat lempeng lebih ya ... aritu punya sikit, tak cukup". Kul 6pm sebelum hasben balik aku dah blend adunan lempeng. 6.15pm dah start melempeng. 6.40pm dah siap ... Teruja dia makan. Aku plak jadi asyik tengok hasben makan lempeng cicah kuah asam pedas Yelah, aku dulu selalu masa mak buat dok cicah ngan gula je. Takdenye nak cicah dengan asam pedas bagai. Lagipun sebelah utara asam pedas tak femes sangat pun.


Buat lempeng semalam kira minum petang dan merangkap dinner sekali. Minum plak kopi 434 dari Batu Pahat. Disebabkan penangan kopi gamaknye, aku tak boleh tido malam tadi. Hasben sedap je mimpi, aku dekat kul 3am baru dapat tido. Haish mata .... degil nak tido sejak 2-3 menjak nie. Ntah kenapa ntah.


Semalam juga lepas makan lempeng, terus kira-kira syiling 2014 aku tu. Hari tu aku asing-asingkan ikut nilai je. Semalam baru ada chance nak mengira. Setakat nie duit syiling yang aku kira baru 200 lebih. Okeylah tu, nanti campur dengan duit seringgit yang dah kira tu, harap dapat dalam 800 pun dah okeh.

Sebelum aku stop entry nie, meh share recipe lempeng ngan korang. Aku tahu korang semua dah pandai buat lempeng. Anggaplah ia sebagai koleksi rujukan anak cucu aku nanti. Ewaaah....


RESEPI : LEMPENG GANDUM

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair) 
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 1 biji telur

Cara masak :
  1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter. 
  2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai. 
  3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas. 
  4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali. 
  5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.


Selamat melempeng ye!




p/s : Memang kena banyak belajar masak. Hasben aku selalu request masakan macam omaknye. heeeee

Saturday, September 13, 2014

PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum ...


Tajuk kenmain masuk bakul angkat sendiri. Itu memang dah standard. ha ha ha. Jangan uwek-uwek baca tajuk entry aku. Kalau nak uwek jugak sila pergi jauh-jauh ye. Minggu nie dah 2 kali aku buat pizza. Pizza yang tak cukup bahan, main hentam dan campak je. Resepi pizza nie aku dah lupa mana aku dapat. Biasalah, aku kalau petang-petang kat office sementara nak tunggu hasben datang jemput, memang keje aku godek blog masakan. Itu memang dah jadi hobi aku sejak dulu. Siap je keje office tak pun time rehat, mesti aku akan cuba khatam blog masakan. Sampai dah nak jadi mommy, pe'el ni masih tetap macam tu. Godek-godek jumpalah resepi pizza yang simple, sekelip mata dah siap! heh heh heh heh.

Kalau tak salah aku, pizza nie pestime aku cuba ... hari Rabu lepas. Then semalam, Jumaat aku repeat lagi buat pizza untuk bekal hasben pegi keje. Time tu aku malas nak goreng mee/bihun bagai sebab rasa takde mood sangat. Hati berkata, buat pizza lagi senang. Kenyang pun kenyang! Masa pestime nak buat pizza, hasben macam ragu-ragu dengan kebolehan aku. Macam caya tak caya dia ngan aku tau! Kecik sket hati mommy yang sudah sedia kecik nie. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ... kalau tak jadi of course aku akan cuba sampai jadi jugak! Itu prinsip aku dalam dunia masakan la. Kalau dunia lain aku taktau la aku boleh pertahankan ke tak prinsip cenggini.

Walaupun ragu-ragu akan kebolehan isterinye ini ... tapi akhirnya dia terkagum sendiri dengan hasilnye. ha ha ha! Siap makan berkeping-keping lagi tau. Mulut dok cakap, "sedap la ... lepas nie takyah lagi pi pizza hut! Baik buat sendiri!". Haaa ... kan ...!! Sembang je  tak guna, meh aku menceceh dengan buktinye sekali. Pizza main campak suka hati. Bahan pun tak cukup sangat tau. Apapun, yang pasti hasben aku suka sangat. Alhamdulillah. Senyum melebar isteri bila kena puji, nasib baik tak kembang setaman!!


Ini pizza yang aku buat hari Rabu untuk dinner. Sebiji pizza ni licin. Hasben je sorang makan lebih dari separuh. Aku guna cheese yang slice tu je janam Bega. Cheddar ada dalam fridge tapi malam tu tak rajin sangat nak bersagat cheese tu. So, guna je mana yang ada.


Resepi : PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE
Sumber : Internet


Bahan-bahan Doh;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 paket yis (mauripan) - bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit air

Bahan-bahan topping
  • Sos spaghetti (Aku guna brand kimball yang siap dengan cendawan)
  • Sosej dihiris nipis
  • Bawang holland (hiris nipis dan bulat)
  • Cheese (slice)
  • Serbuk oregano (kalau takda pun takpa)
  • Sedikit minyak zaitun)

Cara-cara;
  1. Campur semua bahan-bahan untuk doh
  2. Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
  3. Kalau rasa lembik tepung tu, tambah sedikit demi sedikit tepung dan terus uli 
  4. Tepung yang telah diuli, direhatkan. Pastikan adunan tepung ditutup dengan kain atau apa-apa penutup. Biarkan adunan naik 1-2 kali ganda.
  5. Apabila adunan telah naik, tumbuk adunan berkenaan untuk buang angin di dalamnya
  6. Oleskan pan pizza dengan sedikit minyak zaitun dan leperkan adunan tepung tadi di atas pan pizza.
  7. Kemudian oleskan dengan adunan yang telah dileperkan dengan sedikit minyak zaitun dan cucuk dengan garfu. Kemudian oleskan sos spagthetti di atasnya.
  8. Letakkan sosej, bawang holland dan cheese.
  9. Akhir sekali taburkan serbuk oregano.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150c-170c (bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  11. Siap dimasak...potong dan makan!


Yang ni pula pizza percubaan kali kedua yang aku buat semalam untuk bekal hasben pegi keje. Pizza nie aku up dengan daging burger ... aku hancurkan dan grill dulu daging tu 2-3 minit sebelum dijadikan topping. Untuk topping terpulang pada selera korang. Nak letak udang, ayam, sotong ... atau apa jua yang korang suka, takde masalah. Bergantung pada tekak masing-masing. Pizza simple yang aku buat nie, sekadar guna bahan-bahan yang memang dalam fridge kat rumah. 

Dah 2 kali buat pizza, barulah tahu ... tak susah sangat nak uli doh tu. Cuma antara rajin ngan tidak je. Lepas nie aku nak belajar buat roti dan pau pula. Usaha tangga kejayaan. he he he!


Selamat mencuba untuk korang semua! happy weekend.




p/s : Hari nie hasben cakap nak buat nasi lemak untuk lunch ... nak tunggu apa hasilnye. he he he

Thursday, July 17, 2014

MENU BERSAHUR

Assalamualaikum ...


Bulan puasa nie, sedap bercerita pasal menu berbuka dan bersahur. Macam aku, time berbuka puasa memang tak masak. Seperti sedia maklum, aku kan kene keje. Untuk bersahur, setiap kali sahur aku akan masak. Wajib. Puasa tahun ini cuma 3 kali sahur je aku tak masak. 2 kali sebab terbabas tidur dan yang sekali tu, hasben taknak makan ... dia nak makan buah je. So, takyah masak. 

Kalau ikut hati hasben dia taknak sangat makan berat time sahur. Tapi aku tak boleh, nanti aku lapar. Perut berdangdut je. So, baik aku masak nasi bila sahur. Kenyang pun makan. Boleh la perut bertahan sampai time berbuka. Lagipun, makan sahur tu kan sunat. Setiap kali sahur, hasben nak ada 2 menu je ... sup dan masak sambal. Tak kisahlah sup apapun dan sambal. Aku setuju je dengan cadangan menu hasben. Dan itulah yang aku selalu masak pun. Cuma, untuk sahur aku suka makan sambal ikan talang. Buat kasi pedas-pedas sikit. Sedapnye ... nak-nak dengan sup cendawan campur suhun. Slurrrpppp kesedapannye!


Ini menu sahur aku 3 hari lepas. Sayur bayam, bilis goreng dan sambal kerang ... kemudian buah-buahan. Menarik sikit sebab ada sambal kerang. Dah lama jugalah aku tak makan sambal kerang nie. Aritu ada pergi Pasar Borong Selangor. So, belilah kerang 1 1/2 kilo. Balik rumah, hasben basuh dan stimkan. Bab mengopek kerang pun hasben yang buat. Selalu dialah yang rajin, kopek segala kerang nie. Pastu siap simpan dalam fridge. Aku cuma masak je. Alhamdulillah, hasben rajin membantu. Cuma bab memasak, banyak akulah yang buat. Hasben pulak akan bagi komen pada setiap masakan aku. Ok ke tak ok ... so, aku memang agak terbuka dengan segala komen dia. Takde kecik hati. Aku rasa lagi berlapang dada jika dia komen dengan jujur. Pernah juga dia cakap, ada masanye masakan aku kurang sedap. So, kenalah terima .... >p<


Inilah sambal kerang untuk hasben dan isterinye! Pedas-pedas manis, kalau dapat makan dengan nasi lemak ... alahai sedapnye lah. Nak-nak nasi lemak daun pisang. Aku memang menggila dengan nasi lemak daun pisang. Pantang nampak asyik nak beli je. Tapi takdelah selalu, berlemak penuh lingkaran di perut nanti. kikikikiki.

Dan semalam adalah hari ke-3 aku tak masak sahur. Terbabas tidur .... hari ni kepala dah pening sebab perut kosong. Kenalah banyak bersabar sampai time berbuka nanti ..... sabar sabar sabar!



p/s : Hari nie tak tahu nak berbuka dengan menu apa .... sllu buntu.

Tuesday, April 22, 2014

BEKAL KE OFFICE

Assalamualaikum ...


Sejak sebulan ni, setiap pagi kecuali weekend aku bangun awal. Sebelum ni pun awal juga, tapi tak seawal sebulan ini lah. Macam pagi tadi, 5.00am aku dah bangun. Itupun sebab semalam kami suami isteri tertidur jam 9.30pm. Penat gamaknya! Yelah, aku sekarang keje dekat office dah bertingkek-tingkek. Hasben pula, dah kena tukar office ... mungkin keje dia pun sama banyak dengan aku.

Memandangkan hasben dah kena tukar office, sekarang ni setiap pagi aku masakkan bekal untuk hasben. Untuk breakfast dan juga lunch. Sekaligus! Hasben sendiri yang buat permintaan macam tu, masak simple-simple sudahlah katanya. Isteri akur yang mampu. Bangun pagi, mata pun antara pejam dengan celik ... susah jugalah nak siapkan masak lomak cili api, asam pedas ke ... ayam masak merah ke ... kan? Jadinya hasben minta menu simple tapi mengenyangkan. Office baru dia takde cafe. Sangat melecehkan. Nak keluar pula jauh sikit katanya, kena bawa kereta or motor. Itu yang dia rasa macam malas. Apa kata sayang je masak? he he he ... aku ok je kalau bangun awal. Kalau terbabas tidur, bye bye la bekal ke office tu! Pernah sekali aku terbabas tidur, sedar-sedar dah 6.45am. Mana sempat nak masakkan? Nak senang punya keje, aku beli je dekat kafeteria rumah aku. Balik malam aku tanya la hasben, sedap ke bekal breakfast kedai bawah tu? Jawapannya tidak sodap! Nampaknye kenalah masak hari-hari. hu hu hu



Ini bekalan untuk hasben aku pada hari Ahad dan semalam, Isnin. Hari Ahad hasben kena keje jugak. Aku cuma masakkan bihun goreng untuk breakfast dan juga lunch. Cumanya untuk breakfast aku letak segulung tortilla. Malas nak letak dalam banyak bekas, aku letak je tortilla tu sekali dengan bihun goreng untuk breakfast. Sonang kojo den. Untuk lunch pulak aku cuma tambah sambal sardin. Hasben aku suka makan bihun goreng dengan sambal sardin, isteri masaklah apa yang suami suke makan kan. Walau takdelah pandai sangat masak pun. Main campak je. Kadang hari ini sedap, esok pula kurang rasa .... uiks langsung tak konsisten!

Untuk hari Isnin pula aku cuma buatkan nasi goreng. Breakfast and lunch menu yang sama juga. Nasi goreng biasa + ikan bilis goreng dan telur dadar. Korang nampak 2 bekas nasi goreng tu ... bukannya satu untuk aku dan satu untuk dia. Tapi dua-duanye untuk dia. he he he. Aku masakkan untuk suami je, tapi aku sendiri breakfast dekat kafe office.  Aku kan makan nasi weekend je, itu pun kadang-kadang. Bihun goreng pun aku tak makan sangat sekarang nie. Kat office biasanya aku makan sup-sup tak pun kuih muih. Diet sangat kononnye! Tapi still bam bam .... hukhukhuk


Bekal hari ini pula, mee siput goreng for breakfast dan nasi putih berlauk sambal burger untuk tengahari! Simplekan? Biasanya tengahari buat satu lauk je, takdelah sampai 3-4 jenis lauk macam makan dekat rumah ataupun kedai. Yang mana mampu kita buatkan? Resepi mee goreng siput tu aku share kemudian yek. 

Harap hasben aku suke dengan menu hari ini. Isteri masih tengah nak belajar masak lagi. So, mesti ada kurang sana sini. Biasalah tu. Ada yang kurang kita lebihkan. Mana yang lebih kita kurangkan! Setiap kali masak, pastinya aku tanya hasben ... ok ke tak? Sedap ke tak?

Walaupun penat kadang, tapi aku rasa macam seronok pulak masak pagi2. Sekurang-kurangnya dapat ajarkan aku untuk lebih hargai masa .... kadang ada masanya dulu, aku tidur tak hengat doooonia! ekekekeke



p/s : Semua isteri mengejar title isteri mithali, tapi aku cuma mampu mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik. Itu sahaja!

Wednesday, April 16, 2014

NASI GORENG DAGING BURGER

Assalamualaikum ...


Malam tadi takde idea langsung nak masak apa. Ada nasi putih lebihan bekal hasben untuk lunch dia semalam. Sah-sah kena buat nasi gorengkan? Takkan nak buang ... membazir. Walaupun malam mood untuk menyediakan menu berasaskan nasi macam not good sikitkan. Bila hasben makan nasi dia cepat je nak lolap ... aku kat rumah sendiri memang tak makan nasi la. 

Disebabkan taknak membazir, maka malam tadi aku buat nasi goreng daging burger atas permintaan hasben. Mula nak buat nasi goreng ikan masin je, hasben taknak. Nasi pun ada sepinggan je pun, cukup untuk hasben sorang ... so takdelah rasa leceh sangat nak menggoreng. Nasi goreng daging burger pun ok gak le. Daging burger tu aku guna dua keping dan  hancurkan dulu, kemudian goreng sekali dengan cili boh. Macam nak buat kuah spaghetti tu. Bila cili boh dah masak, masukkkan mix vege then serbuk perasa ... mix vege tu dah masak lembut elok baru masukkan nasi putih, kemudian gorenglah macam biasa.


Ini adalah hasilnya, aku letak la popia sardin 2 ketui kat pinggan tu ... buat cam lauk sket. he he he. Dalam gambaq pinggan ada dua ... tapi sebenarnya sepinggan je pun. Satu ada sudu garfu dan satu lagi takde. Aku plak malam tadi makan popia 2 ketul dengan nescafe o takde gula. Cukuplah tu, nak tidur perut tak boleh kenyang sangat. Hasben aku macam mana pun malam memang kena makan juga. Perut dia jenis tak tahan lapar sangat. Aku risau kalau hasben tak makan kang, tak boleh tidur pulak.

Lepas je dinner dengan nasi goreng daging burger ni, hasben cakap mata dia dah berat. Agak dah, dia dah tak boleh makan nasi malam ... mata cepat sangat ngantuk. So, malam ni aku kena pikir nak masak apa dekat hasben selain nasi. Jenuh juga memikir.

Semalam ada juga bincang dengan hasben, aku bagi idea nak buat cucur atau kuih je memalam. Senang sikit, lagipun perut takkan terasa penuh sangat. Tunggulah aku rajin nak buat kuih frozen ... balik keje je terus goreng. Sonang kojo den! ekekekekek



p/s : sorang makan senang je, kalau dah berfamily nak masak apa pun pikir berjam-jam.