Monday, March 25, 2013

SALAH KIRA BAJET

Assalamualaikum ...






Hari nie gomen dah gaji. Yeayyy Alhamdulillah. Sonok sukehati. Datang office pepagi terus listkan segala hutang piutang dan bil yang perlu dijelaskan terutamanya bil letrik. Aku tak perasaan last month tak bayar bil letrik. Sudahnye tertunggak. Mencik kot kalau ada bil tertunggak nie, boleh buat bajet bulan hadapan tu lari, sebabnya nak kena bayar double! Pffffffff


Walaupun hari nie gaji, sempat senyum 30 minit ajelah depan Maybank2u. ha ha ha, lepas tu dah start transfer itu ini dan bayar bil. Dekat 30 hari baru dapat sejumlah sekian-sekian tapi tak sampai 30 minit sudah habis sekian-sekian jumlah. Huuuuuuuuuuuuuu!! Makan gaji camnielah gayanye, but Alhamdulillah aku masih ada peruntukan untuk saving. Especially saving untuk kahwinlah. Alhamdulillah juga bulan nie dapat saving 4 angka. Suke! Tak pernah-pernah, nak kahwin punya pasal kenalah saving lelebih. Makan sikit-sikit je. He he he


Tapi ntah camne tadi, dok sibuk buat bajet pagi tadi. Boleh pulak tinggal satu item. Duit KUTU aku boleh plak lupa. Har har har. Dah la RM200 plak tuh. Eh, banyak! Yang lenlain semua aku dah key in. Dah save file bagai, tetiba member aku tanya, “kutu bulan nie sapa dapat?”


Hah! Duit kutu???? Sila perhatikan arrow merah dalam perkiraan bajet bulanan aku tuh. Row paling last, row warna kuning … sebab lupalah tu. Mentang-mentang dah dapat duit kutu. Sesuka hati boleh lupa!!!!!!


Tengok arrow biru, aku kena bayar bil elektrik double! Tension ... kes lupa juga nie!


Alamak camne leh terlepas duit kutu nie. Kutu berahak betul!! Kalau RM50 aku hokehlah lagi, ini RM200.00. Larik sudah bajet hora horay aku! Aku dah kira ngam-ngam dah tadi. Akhirnya suka tak suka kenalah aku potong bajet untuk hora horay aku. Kenalah pendam perasaan nak shopping lagi. Haish!! Nasib baiklah weekend baru nie teman si teman shopping baju kemeja kerja, aku pun apa lagi pow kasut kerja aku skali. Ha ha ha. Bengang je dia! Jangan marah sayang, nanti cepat tua … ha ha ha


Next month aku kena hati-hati buat bajet bulanan …. Nanti kejung lagi tak dapat shopping!! Perempuan memang camtu, asal tak dapat shopping je kejung manjang. Dapat beli t-shirt selai pun kira shopping jugaklah kan … janji ada yang ‘baru’ bulan tu. Ha ha ha



Jangan ikut perangai buruk aku!! Sila kira bajet betul-betul ye kengkawan … but jangan lupa saving 10% daripada jumlah income anda. Saving untuk masa depan ;=)
 





CK : Bila langsai sumer bil dan komitmen mana yang patut, baru lega rasa hati ;=)

12 comments:

  1. hehehe btl tu, nk tgu gj punyela lame, nk prabih kan cepat je!

    hahaha kutu berahak tu la nt akn jd blnja shopping kan ;)

    sori dear sy xjual PMC tu, jd pengguna je..

    #done follow ur blog :)

    ReplyDelete
  2. setuju tu cik kamoo...at least lah, 10% each month, tapi masa nak kahwin dulu, sanggup ikat perut tu, hehe...

    ReplyDelete
  3. betul tu..saya pun buat bajet cam awk jugak. nak2 bila dah beranak pinak ni. kiranya saya ni kem kewangan keluarga la, semua urusan kewangan saya akan uruskan. apa yg penting, kena ada wang simpanan. x dpt bnyk sikit pun jadilah :D

    ReplyDelete
  4. eh.. dah lama la kita tak main kutu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun nk stop main dah....cm susah plak rasanye...hahaha

      Delete
  5. hurm tgk bajet awak ni sama cam bajet akak, 23hb aritu dh masuk gaji . 8am pagi sedar gaji dh masuk. kurang dr pukul 10am, gaji dh tinggal beberapa ringgit sahaja. sedey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah,,,,itulah, rasa cam nk wat bisnes kecilan sahaja...biar sentiasa ada duit

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!