Semalam aku dah khabar dalam entry nak publish and reply semua komen. Tapi sebagai manusia kita cuma merancang sahaja. Tak sampai separuh pun komen tu aku publish and reply. Aku bajet semalam akan sampai rumah awal. Nak rehat! Itu yang utama .... rehat ;=)
Tapi lepas habis kerja, pergi makan dengan darling aku tu ... my BIL call, anak buah aku masuk kecemasan kat Hospital Putrajaya. Apa lagi memecutlah aku ke sana. Sampai je kecemasan adik aku plak sms bagi tahu benda yang sama walhal aku dah sampai depan pintu kecemasan dah. Rupanya, my anak buah yang 4 bulan tu semput. Adik beradik asthma gaklah tu. So, kena amek nep. Dah pergi klinik kesihatan, tapi sebab dah teruk sangat kena masuk kecemasan.
Uihs, kesian .... kesian bila baby besar tu nak kena nep bagai. Hari sebelum tu masa aku jaga dia, memang dah nampak tanda-tanda semput nak kritikal dah. Sebelum nie aku beberapa kali ajak adik aku pergi nap baby dia. Tapi dia nak tunggul husband dia datang juga. So, semalam teruslah dia kena tazkirah dengan aku depan kecemasan. Takdelah nk tazkirah seserius mana ... sambil lalu je tazkirah supaya after this dia alert tentang her baby! Kesihatan baby penting .... sebab muda dijangkiti penyakit.
Dari kecemasan aku gerak agak awal balik rumah. Bawa anak-anak dia yang lain. Sampai rumah cam dah penatlah sangat. Mandi then layan tv ... buka lappy kejap, skype dengan darling pastu mulut dah terkuap kuap. Tengok blog ... ingatkan nak usahalah publish dan reply komen sampai habis. Takdenya mampu .... mata dah takleh tongkat lagi dah. Sudahnya, masuk tidur ajelah! he he he
Malam nie nak cuba lagi publish ... and reply!! Lagi tak buat, tak senang hati ;=)
CK : Hari nie darling aku dapat APC! Dia kata rezeki kahwin ... lately aku memang perasan, rezeki kami berdua makin murah. Rezeki nak kahwin kot gamaknya. Nak saving pun dah senang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!