Thursday, March 7, 2013

OH! UNIFI ....

Assalamualaikum ...






Sekarang ni aku perasan, Telekom macam nak paksa pula semua pelanggan streamyx dia upgrade kepada unifi. Kalau bil steamyx aku tertunggak sebulan, pihak Telekom takkan call. Tapi, bila payment bil dah settle, bertalu talu customer service Telekom call....sampai aku dah tension sekarang.


Pagi orang ni call, petang orang lain plak call. Maksud dan tujuan sama je. Kadang bila call terus terjah je bagi promosi. Tak tanya aku tengah sibuk ke hape. Ish, geramnye rasa! Aku dah bagitahu banyak kali yang aku masih belum berminat nak upgrade kepada unifi. Belum minat!


Streamyx tu pun dah ok. Loading masih terbaik. Aku sorang je guna. Apa kejadah nak upgrade. Aku bukan guna internet 24jam. Aku bukan full time blogger yang perlu hadap internet sepanjang masa. Kalau aku full time blogger aku tak pakai streamyx la.  Lagi satu, buat apa aku nak tambah beban perbelanjaan bulanan ... kalau guna pun tak seberapa. Sekarang nie, aku lagi la kurang guna internet. Balik keje je, mandi aku dah tidur. Kebanyakan entry aku kena autopublish, kalau aku rasa akan ada masa-masa sibuk di masa hadapan.


Aku lagi nak berjimat, korang nak suruh aku membazir. Apa kejadahnye?? Orang ada internet, aku pun ada ... Walaupun aku tak langgan unifi, Alhamdulillah aku boleh je blogging. Senang cakap, orang ada kereta ... aku pun ada kereta walaupun made in Malaysia. Orang nak pakai Volkswagon Passat biarlah dia, dia mampu! Kan ... kan ... kan ...


Tengoklah, bila ada duit lebih ... Aku langgan la unifi nie. Itupun kalau aku nak la. If streamyx nie masih tip top utk aku, perlu ke nak upgrade dan tambah duit. Sedangkan fungsi lebih kurang sama je.....


Setakat ini, aku bukan hamba internet .... 





CK : Dah jangan call aku lagi, tak reti-reti!!

11 comments:

  1. Betul, streamyx pun ok je lagi sebenarnya. Saya upgrade hari tu sebab dah penat kena offer, dan nak ada lagi satu tv je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah....ada 2-3 org guna. sy sorang je guna dan bukan pengguna tegar plak tu. tak berbaloi nk upgrade lagi

      Delete
  2. tak suka bila customer service dok call call. kekadang ganggu je. tak jawab salah jawab pun salah.

    siap mention pelanggan bertuah le. terpilih la. nyamfah ayat membodek la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah asyik call ckp benda yg sama...dorang nie call ikut suke je. time keja pun nk call. uh

      Delete
  3. hehehehe sbr je,kalau susah jgn angkat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebabnye tatau sape call rara...skang nie dorang dh guna no. hp dah....so, susah nk trace

      Delete
  4. saja nak tambah kos kite la tu....walhal streamyx skang dh cukup baik

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!