Friday, March 15, 2013

CALL 8 JUTA KALI

Assalamualaikum ....




Aku nie tak tahu spesies ape ... kalau call si teman dia tak pick up, memang aku akan call berkali-kali sampai hilang sakit hati aku dan dia sakit hati pulak! Itu perangai dulu-dulu, masa mula-mula bercinta, selepas aku clash dan bercinta semula sampai sekarang ... aku dah ubah sket perangai tu


Dulu, kalau aku call tak berjawab ... aku akan call dia sampai 8 juta kali! Eh, terdaya ke? he he he takdelah maksud aku sampai 15 - 20 kali ajelah misscalled kat enpon dia. Lepas tu dia jumpa aku bebel-bebel. "Kalau sy tak jawab call, smslah! Nie dok call juga ...". Hah, nampak tak aku gedik sket kat situ. Eh suka hatilah! Aku lagi suka call dari sms, kalau sms nie manjang salahfaham je. Selalunya dialah salah faham, aku sms lain ... benda lain dia faham. Sebab nak cepat, baca sms sepintas lalu je.



Setelah sekian lama aku melupakan tabiat itu, entah Jumaat bila entah ... tabiat call 8 juta kali kembali lagi. hah! Kena marahlah ... apa lagi. SMS je lain kali katanye! Hari Jumaat yang entah bila, lepas solat Jumaat segala, aku ingat dia bawa enpon. Rupanya dia silence dan tinggal enpon kat drawer office. Yang aku nie galaklah dok call dia bertalu-talu. Orang lain dah balik solat Jumaat, ko ke mana? Aku plak lapaq time tu, nak lah ajak dia makan. Sudahnye ... makan hatilah Jumaat entah bila tu.



Hari nie plak, dia siap-siap bagitahu ... kot aku lupa pesanannya sebelum nie, Dia kate, "saya simpan enpon dalam drawer, nanti jangan call sampai 8 juta kali pulak ye ;=)"


Ha ha ha ha, kena sebijik ... untuk cover kesilapan lampau aku jawablah, "eh, saya memang suke call banyak kali sebab saya nie spesies cepat rindu kekasih ... ha ha ha, nak gi solat Jumaat doakan kesejahteraan saye ye ;=)"




In Shaa Allah, lepas nie takkan ada lagilah call sampai 8 juta kali kecuali KECEMASAN sahaja. Aku akan call sampai dia jawab jugak-jugak!!!



#call mak ayah aku lagi senang, sekali dua je ringing dah jawab. kalau mak ayah aku tak jawab ... pagi petang siang malam aku call sampai dapat bercakap juga juga.




CK : Hebatkan, call sampai 8 juta kali .... hu hu hu

2 comments:

  1. hahaha..samalah jugak ngan saya. selagi hubby x angkat phone, saya akan call sampai dpt. kalau by call x dpt, saya try sms pulak. begitulah berulang2 kali saya akan buat. dari zaman bercintan cintun, sampailah dah kawen ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. kite pon suke kol byk kali. hahaha skit hati nye pasal XD

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!