MAKAN! MAKAN! MAKAN!
Kan best kalau makan banyak tapi badan tak gemuk-gemuk .. he he he he
Masak lemak cili api ketam ... kali kedua aku masak rasanya! Sedap sebab dapat ketam baru, manis dan isi banyak. Yang pasti, aku dah belajar cara-cara nak beli ketam yang berkualiti dan tidak mengecewakan!
Mee goreng seafood. Berlambak kerang, udang dan sotong. Sapa yang ada penyakit gout sila jangan makan. Bahaya tahu seafood untuk pesakit ini. Aku suka mee goreng style melayu ... sendiri bikin, sendiri cakap sedap. Barulah rasa selera nak makan. he he he
Mee kari ketam. First time masak nie. Terujalah sangat dengan mee kari nie. Tak payah dah makan kat kedai luar. Masak sendiri je, lebih jimat! Nak-nak Ron95 dan naik 20sen, kurangkan makan di luar, lebihkan masak di rumah. Boleh eratkan silaturrahim dengan family. Lepas makan lepak depan TV. Bestkan ...
Sambal tumis telur puyuh. First time juga masak .. nampak merah tapi pedas kurang.
Budak-budak sesuai makan.
Makan memang best ... perkara yang best dalam hidup
Tapi jangan lupa ... kita dapat penyakit pun sebab makan juga.
So, hati-hati dengan apa yang nak dimakan tu ....
#makansampailebam
CK : Masak dan makan. Kenyang tido ... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
ya Allah kak...terliur sgt nengok ketam tu...
ReplyDelete