Dah lama kan aku tak buat entry jalan, order dan makan. Hari nie ada lokasi makan baru yang best. Restoran nie takdelah baru sangat ... kurang dari setahun kot rasanya usia dia. Aku pernah makan pun masa opening dulu. Owner dia yang ajak, sebab dia ada buat majlis doa selamat dan kemudian ada makan-makan sket kat restoran tu. Dan ini kali kedua aku pergi ... diri sendiri yang ajak plak. Bukan diri sendiri sangatlah yang ajak, tapi si teman yang request nak makan dekat sini.
Restoran Thai Tomyam Kung! Lokasi di Presint 15, Putrajaya ... bersebelahan dengan Bank Muamalat dan berdepan dengan Restoran Mr. Kabab & Beryani. Nak cari tempat makan dekat Presint 15 taklah susah sangat. Sebab restoran memang berderet-deret. Cumanya nak cari yang sedap tu agak susah, sebab tekakkan memasing ... so citarasa adalah berbeza.
Makan di Restoran Thai Tomyam Kung, bagi lidah dan tekak aku memang super sedap. Sedap sangatlah tu. Cuma harganye agak 'keras'! Bagi geng kitaorang, kalau sebut harga 'keras' maksud dia mahal. So, bila mahal ... boleh pi makan pun maybe 3-4 bulan sekali. Maklumlah golongan sederhana, takleh membazir ikut suke dan sesedap rasa. Nak-nak pulak zaman harga barangan yang makin naik tanpa sedar nie .. tau tau dah mahal. Kalau dulu RM50 boleh beli 10 barang, sekarang maybe boleh beli 7 barang je ....
Restoran Thai Tomyam Kung nie, menarik jugalah kekemasan dia. Ada tempat berhawa dingin dan open space. So korang boleh pilih mana yang korang suke. Nak sejuk dok ajelah dalam aircond ... nak kena udara semulajadi dok je kat luar. Boleh je mana-mana pun. Caj adalah sama ...
Rege menu makanan kat sini bermula dari RM6.00 kalau tak salah aku ... sampailah harga pakej yang ratus-ratus. Harga pakej nie kalau korang bawa grouplah nak makan. Maybe leceh nak pesan satu-satu ... so pesan pakej terus. Sonang!
Layan gambar dari atas sebelah kiri dulu yek .... aku dan si teman order sotong bakar. Nak habaq kat korang, sotong bakar dia sedap. Sotong lembut. Sambal pedas-pedas sket. Nyummmmm ... yang ni aku suke sangat. Tak pernah lagi makan kat tempat lain yang sedap camnie sotong sambal dia. Harga cuma RM6.00 seekor. Kami makan berdua .. cukup je walau sekor. Saiz sederhana besau!
Gambar atas sebelah kanan tu ... telur goreng kungfu! Waaachaaaaaaaaaa .... jangan main-main ar! Telur nie cam biasa, rasa telur juga ;p ... cumanye dia letak udang. Yang kami amek nie telur goreng kungfu saiz kecik. Harga cuma RM5.90. Okeylah ... sedap juga, sebab ada udang di dalamnye.
Gambar bawah sebelah kiri tu ayam gajus. Yang nie pun sedap. Gajus dia boleh tahan banyak. Ini pun kami amek saiz kecik. Harga cuma RM7.90 sahaja ;p. Kalau setakat makan berdua tu, silalah amek saiz kecik je. Tak membazir. Melainkan korang nie memang jenis nak mencekik je ... better amek saiz besarlah lagu tu.
Gambar last sekali, baby kailan ikan masin saiz kecik juga. Rege RM7.90. Ikan masin dia banyak. Sayur dia pun segar. Macam sayur baru petik kat pokok je ;p
Pastu nasi putih untuk si teman. Aku pun kenalah makan nasi juga. Amek la 2 sudu. Lenlain melantak lauk je. Sebelum lupa ... ada satu lagi menu best! Kami order tomyam hadyai! Sedap ... macam-macam ada dalam tomyam nie. Ada udang besar, ketam dan sotong. Tomyam nie spesies tomyam putih. Rege memang boleh tahan keras jugaklah. RM19.90 bagi saiz kecik!! Nasib baik sedap sangat.
Nasi putih dia special ... dia guna beras wangi thai. Lembut dan wangi ;p
Kami makan mewah nie pun sebelum Kerajaan umum kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter. Lepas nie takdelah nak bermewah selalu. Kena simpan duit lebih dalam akaun. Jimat. Pasni datang kerja pun rasa nak naik beskal. Beskal dalam bilik tidur aku tu dah kurang angin tayar dia ;p
Kalau korang nak mencuba makan dekat restoran nie ... memang aku alu-alukan. Si teman dan melawat sampai ke dapur ... bersih jugak katanya. Boleh la book ... manalah tahu kot penuh ke hape nanti
RESTORAN THAI TOMYAM KUNG
NO. 8, JALAN DIPLOMATIK 2
PRESINT 15, 62050 PUTRAJAYA
TEL : 03-8861 3203
E-MAIL : tomyamkung@unifi.my
CK : Lepas nie rasa nak repeat sotong bakar tu ... sedap!
Semua nampak sedap ni....
ReplyDeleteye btl..dh mkn kt cni, mmg super duper sedap..
ReplyDeleteNak cuba La
ReplyDeletemenggiurkan..
ReplyDelete=)