Thursday, September 12, 2013

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA, TAPI AKU SEDIH

Assalamualaikum ...




Bila aku tak sibuk hal orang, aku diam. Buat hal aku sendiri. Ada sahaja orang yang dengkikan aku. Sampai aku dok fikir-fikir kat mana silap aku. Puas aku fikir, tapi tak jumpa. Lagi aku fikir, aku yang serabut dan stress. Lebih baik aku diam dan buat hal aku. Tak kacau hidup orang. Aku aman dan tenteram dengan cara aku sekarang ini. Biar kurang berkawan asal tiada musuh. Aku tak kisah orang nak layan aku dengan buruk. Takpe, aku terima je. Mungkin itu bahagian aku. Aku tak suka bermusuhan apatah lagi nak cari musuh. Bukan style dan cara hidup aku pun.

Rupanya baru aku sedar. Bukansemua manusia suke keadaan diri aku berdiam. Duduk di tempat sendiri. Dan buat hal sendiri. Yang paling tak best, dengan siapa aku berkawan ... ber ... ber ... segala ber ... semua orang nak tahu. Kenapa? Ada aku sibuk hal kamu?? Ada aku pandang kamu sampai senget sebelah mata? Takkan? Tak suka aku tak apa. Aku tak buruk pun hal kamu. Tak nak pandang aku pun tak apa, aku pun akan cuba tak akan pandang kamu. Bukan benci, bukan nak putuskan silaturrahim, tapi aku dah muak dengan sikap orang yang baik bersebab. Bila nak minta tolong, lembut gigi dari lidah segala ucapan. Bila dah dapat apa yang dinak ... kau pandang aku senget semacam. Apa dosa aku dekat kau?? 

Aku bahagia dengan keadaan aku sekarang. Aku ada kawan-kawan yang sememangnya kawan waktu susah dan senang .... mereka sudi menemani aku. Dulu, masa kau baik dengan aku ... amboi bergurau bukan main. Adik kakak bagai. Bila kau terkena hasutan makcik tua itu, jelingan kau maut je dekat aku. Sampai ke tahap aku malas nak pandang kau lagi. Boring! Ini entah kali ke berapa, so aku nekad ... tak yah lah panggil aku adik ke hape ... aku dah malas nak berbaik dengan kau lagi. Aku akan hadkan dan sempadankan diri aku dengan kau. 

Banyak benda yang aku belajar, aku ingat ... kau nie solat tonggang terbalik ... memang punya hati yang mulia .... tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu hati kau! Mulut kau semacam manis, tapi hati kau .... biarlah, malas lagi aku nak fikir. Kau tak worth it pun dalam hidup aku. 


Aku harap, suatu masa aku akan blah dari sini. Aku dah tak nak jumpa kau lagi. Aku nak hati aku senang., tenang dan gembira. Buat apa aku berbaik dengan manusia berpura-pura macam kau. 



#aku tak pernah lupa tentang diri kau yg pernah mendoakan aku dengan seseorang sentiasa bergaduh! dari situ aku tahu ... hati kau memang keji! aku sendiri tak pernah mendoakan seseorang putus silaturrahim, tapi kau tergamak mendoakan sedemikian rupa untuk aku. Pasti suatu masa Allah akan beri petunjuk kepada engkau!!






CK : Kau yang mula dulu, lepas tu kau burukkan orang lain. #hati-hati berbaik dengan orang. bukan semua yang berbaik dengan kita sukakan kita. tetapi mereka yang sukakan kita akan sentiasa berbaik dengan kita#

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!