Dah tua-tua masih sibuk dengan exam. Dulu taknak belajar kasi cerdik dan pandai. Senang je boleh jadi pegawai. Ini tak, dah keje baru sibuk nak baca buku pastu sibuk nak jawab exam. Otak pun dah setengah beku dan setengah lagi berkarat. wakakakaka! Aku ingat bila dah masuk bulan Jun dah tak sesibuk bulan Mei. Rupanya ia cuma angan-angan. Aku masih tak sempat nak rehat. Dengan exam pun last minute baru aku sedar yang aku dah daftar untuk KPSL N41. Exam kompetensi perkhidmatan awam. Saja syok-syok register untuk exam nie awal tahun aritu. Tambah plak hasben dok support suruh amek. Dia kata manatau rezeki kot lulus. Alahai sayang, buku pun tak baca tau. Selak buku pastu terus tidur. Hasben plak dok risau isterinye perangai pelik ... tidur je manjang.
Aku start exam dari 10 Jun hingga 12 Jun 2014. Baru tengahari tadi last paper. Hari pertama dan kedua, Alhamdulillah boleh jawab 5 soalan yang dia suruh pilih dari 7 soalan. Malangnye hari ini, aku jawab tak sampai 5 pun. Sebabnye susah! Soalan undang-undang. Siap plak dengan kajian kes, memang menggelupurlah nak jawab. Dewan exam plak sejuk giler cadbury, rasa mau beku je. Nak pergi exam pun hasben yang tolong masukkan buku dalam beg bagai, dia siap cakap macam jaga anak nak sekolah plak. hu hu hu. Saje nak manja-manjaan dengan hasben tercinta.... Bukan pernah pun lalui keadaan nie, so apa salahnye T__T
First day nak exam, aku rasa malasnye la nak pergi. Exam start 9.30am dekat MAEPS Serdang, rasa macam blur pun ada. Yelah, malam tu selak buku sikit-sikit je pun. Tanda pun tak! Kalau korang nak tau, exam Kerajaan ni boleh tengok buku, tapi kalau tak paham kajian kes ... bawa buku sebeban pun tak guna. Pemahaman adalah penting dalam menjawab exam. Buku tu cuma guidelines sahaja. Jangan nak rasa syok dan perasan boleh lulus dengan cemerlang sebab boleh tengok buku ... kalau tak paham sepatah haram kajian kes, say bye bye ajelah. Sure dapat kandos macam hasben aku cakap. Kandos adalah kandas ye! Bukan coklat kandos yang korang makan masa sekolah-sekolah dulu tu!
Untuk hari pertama, bolehlah jawab. Paham jugalah soalan dan kajian kesnye. Nak berharap lulus tu 50-50 kot. Sebab aku dah lama tak jawab soalan kajian kes nie. Untuk korang yang berhasrat untuk ambil Peperiksaan Memasuki Skim Pegawai Tadbir Gred N41, sewajarnya bacalah buku berikut. Exam ini ada 3 bahagian dan satu hari untuk satu bahagian. Jawab 5 soalan dari 7 soalan dalam masa 3 jam. Meh aku explain sikit kat korang dan buku yang perlu korang baca ....
BAHAGIAN A atau 1
- Perintah Am
- Arahan Perbendaharaan; dan
- Pengurusan Stor
BAHAGIAN B atau 2
- Panduan Pengurusan Pejabat
- Arahan Keselamatan
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
BAHAGIAN C atau 3
- Undang-undang Umum
- Akta Pencen
- Akta KWSP
- Akta Kanun Tanah Negra
- Akta Pengambilan Tanah
- Akta KOntrak
- Akta SPRM
- Akta Pilihanraya
Aku tak baca pun semua buku nie. Tak mampu nak ingat. nak plak pasal akta-akta nie, boleh migrain nak ingat. Nasib baik la boleh tengok buku. Korang sila faham-fahamkan jalan cerita tu je, pastu kaitkan dengan akta dalam buku. Tips dari aku, sila tanda buku siap-siap bab yang berkaitan. Jangan jadi macam aku, tak tande pun. Main redah je pi jawab exam. Bila nak menjawab terkial-kial nak mencari.
Yang menjadi gerun, aku tengok ada yang bawa buku tebal bertingkek-tingkek. Dah rupa keje library dah. Pastu, bertanda tak hengat ... warna warni macam lampu isyarat dah. Aku relaks je masuk dewan exam dengan buku 1-2 je. Tak bertanda. Takda kawan. Nampak je tempat kosong terus duduk. Bila jawab dah habis, aku pun kemas-kemas balik. Takdenye nak tunggu sampai habis masa pun. Buat apa nak beku dalam dewan tu kalau tak boleh jawab kan ... buang karan je! Hari pertama dan kedua aku keluar lambat ... tapi hari ini sebab exam undang-undang, susah plak tu ... jawab 1 1/2 terus aku blah balik. Tunggu pun bukan ada jawapan turun dari langit. he he he.
Hasben aku cakap, kalau kandos ... tahun depan ambek lagi. Bukan kena bayar pun ... he he he he. Boleh plak macam tu!
Untuk korang yang kerja dalam perkhidmatan awam dan berminat untuk meningkatkan kerjaya bolehlah ambil exam yang berkaitan. Boleh daftar dekat laman web kompetensi JPA. Selamat mencuba dan selamat maju jaya okeh.
p/s : Tak salah kalau nak berusaha ke arah yang lebih baik. Apapun semangat kena kuat
semoga berjaya jawab exam !!!!
ReplyDelete