Hoih rindu sangat kat blog ni, kat korang pun aku rindu jugak. Tapi nak buat macam mana kan ... busy, blog terabai la sekian waktu. Ada masa kita update, tiada kelapangan kita buat taktau je kat blog. Dah start nak update blog, keluar cerita makan-makan je. he he he. Saja nak kasi korang terliur dengan menu tak seberapa, sekian lama tak berblog ... banyak tau gambar makanan yang aku akan up kan untuk korang. Kasih menceceh ailio korang nanti. hu hu hu
Kita start cerita pada minggu Festival Belia aritu, dah lama ... basi dah kot. he he he. Tapi aku nak up juga cerita. Sabtu masa hari beli ritu, my adik dah roger nak datang rumah ... lepak sebelum pegi hari belia. That time aku plak busy mengemas dapur. Memang bersepah giler. Dah adik call cakap nak datang, aku on je. Dapur tu kejap je kemas, tapi nasib baik dia datang dalam tengahari camtu ... keje pun banyak siap. Time tu plak hasben aku sibuk pi uruskan roadtax kereta aku yang dah out of date. Sekali post office offline plak. Nasib baik time tu dia belum balik rumah, terus mesej kasi tau adik nak datang. Fridge memang takde bahan mentah sangat ... maklumlah hujung minggu, stok bahan mentah pun hujung-hujung ajelah.
Aku suruh hasben beli makanan siap. Sebab dah penat mengemas dapur .. dengan susun atur bagaikan, pastu campak kain baju dalam mesin lagi. Sidai baju lagi, seterusnya buat-buatlah penat. Adik aku sampai rumah hasben tak balik lagi dan aku pun dah siap kemas dapur bagai. Bila hasben balik, yang dibawanya adalah bahan mentah. So, ai okey je ... mari kita masak for lunch. Masak simple-simple aje. Menu macam gambar kat bawah tuh.
Semua menu ni terhasil dengan bantuan hasben. Yelah, aku ni kalau menerima tetamu jadi kelam kabut sket. Nak-nak masak for lunch kan. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Hasben sampai je rumah terus dia siang ikan dan sotong. Aku plak cuma potong kangkung dan masak nasi. Pastu tumis cili untuk buat ikan goreng sambal. Sayur kangkung tu pun hasben yang masak termasuklah sotong tu sekali. I love you hasben! Thanks sebab banyak tolong. Sotong tu aku cuma tumis je, penyudahnya di tangan hasben juga. Dia kan The Boss dalam rumah ini, sila kasi dia tunjuk skill memasak yang super duper tuh.
Menu untuk tetamu masa ari belia ritu adalah ikan goreng, ikan goreng sambal, sayur kangkung dan sotong goreng kunyit. Sebelum nak makan hasben suruh buat telur dadar untuk anak adik aku sekali. Telur dadar takde dalam gambar. Dah lapar. So makan dululah ye. Hasil gabungan air tangan suami dan isteri ... terus tetamu makan bertambah juga walaupun sebenarnya lunch pun dah dekat 2.30 petang. kikiki. Lambat bebenor!
Lepas je makan, adik and BIL rehat sekejap terus kul 5.00 petang dorang pergi ari belia. Tunggu tak panas sebab nak bawa anak kecikkan. Dan aku pulak terus tersandar kat sofa .... dan sepantas kilat ... Zzzzzzzz! Penat kot. Malam tuh sambung lagi buat 5s kat rumah sendiri. Gigih tapi sampai sekarang belum lagi settle sebab kehidupan dah start busy plak.
Okeh cau cin cau ... nak pi ion baju nak keje plak!
bersungguh2 kemas rumah..time ada mood tu mmg syok...kalo time sendu tu mampu memandang je..tp kalau da kawin..redho..
ReplyDeletetime semangat chot...sekang nie dah stop berkemas plak...dah sendu hehehehhe
DeleteNasib baiklah tetamu tu adik beradik sendiri. Kalau macam akak nie, selalu tetamu yg datang tu pakcik makcik atau kawan2...lagiiilah kelam kabut nak masak gulai bagai dik.
ReplyDeletesaya cepat panik kak...asal tetamu datang je resah sket. dlu bujang yg dtg kengkawan je...dan adik2. so makan je ape ada. skang dh berdua...kena buat cara dah berkeluarga la bile tetamu datang
Deletesedpa nyerrr..
ReplyDeletehehehehe...boleh laa. masuk lift tekan sendiri neh
Delete