Hari Rabu last week lepas balik keje, plan nak pergi Desa Pinggiran Putra (DPP). Sebabnya nak cari santan nak buat masak lomak cili api ikan parang. Jam 5.30 pm hasben datang jemput aku kek opis ar, kemudian ... terus nak ke DPP lalu ikut Jabatan Peguam Presint 4. Sekali nampak banyak sangat karavan dekat belakang Kementerian Wanita dan KPKT Presint 4. Rupa dah macam pasar tani, tapi nampak pulak macam bukan. Haish takkan lokasi pasar tani Putrajaya sampai dua walhal hari Selasa dah ada pasar tani ... takkan tetiap hari ada pasar tani kot. Rajin betul orang Putrajaya berbelanja dekat pasar tani.
Kerana gigih nak tahu ada jualan ape ... hasben ajak singgah. Katanya kalau ada jual santan kek sini tak perlu pergi DPP lagi. Aku setuju je. Mana-mana pun boleh asal jangan balik rumah lambat. Aku sekarang dah tak suka nak balik keje malam. Kecuali terpaksa. Kalau boleh 6.30 petang aku nak ada kat rumah dah sambil layan tv tak pun masak. Lecehlah kalau sampai rumah malam, mulalah penat ... dan rasa masa nak rehat macam tak cukup plak.
Rupa-rupanya dekat parking KPKT dekat dengan tasik tu ada Program My Besy Buy. Baru boss aku cerita pasal program ni 2-3 minggu lepas. Tup tup dah terjumpa. Masa aku singgah tu, program ini baru hari pertama di buka dekat parking KPKT, Presint 4 Putrajaya. Dibuka pada setiap hari Rabu dari jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. Okeylah tu.
Apa yang aku tahu, program ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tujuan dia untuk kurangkan kos sara hidup penduduk bandar dengan jualan harga barang yang berpatutan. Aku harap berpatutanlah harga barangnye. Jangan mahal melampau sudahlah. Bukan apa barang mentah dekat pasar tani Putrajaya tu bapak mahal. FAMA tak pantau harga ke?? Melampau-lampau mahalnye! Agaknye peniaga pasar tani ni ingat semua orang yang kerja dan tinggal di Putrajaya gaji 4-5 ribu kot. Walhal dia tak tahu ramai golongan sederhana kat sini, ramai kerani dari pegawai besar. Letak harga agak-agak la.!
Aku mengharapkan bila ada program ini, Kerajaan ambil langkah memantau harga yang ditawarkan oleh pembeli. Janganlah melampau sangat sampai cekik darah. Ikan kembung sekilo 9-10 ringgit. Agak-agak kot! Pihak yang berkenaan kena kerap buat pemantauan dan penguatkuasaan serta ambil tindakan kepada peniaga yang meletakkan harga yang melampau. Kerajaan kena tegas, kalau tak sampai bila-bila golongan sederhana tertindas. Semua benda mahal! Ini bukan soal tak bersyukur, tapi apa pun yang dibuat biarlah berpada-pada dan tidak membebankan golongan lain.
Orang tak ramai sangat ... sebab masa ni dah nak tutup. Dah nak dekat jam 7.00 malam
Peniaga atas lori je. Senang. Dah sudah, kemas, tutup lori ... start engine terus jalan.
Deretan gerai yang ada di Program My Best Buy
Air buah campur. Macam-macam orang kite .... kretip. 1 bekas cuma 2 ringgit je. Sedap juga la
Adik ni cakap 1st day ... rege yang diberi adalah rege promosi
Senang meniaga guna caravan. Susun kemas.
Suasana
Khemah yang ada. Minggu ni kite datang lagi ... best ke idak?
p/s : Ramai yang mengharapkan agar Kerajaan dapat memantau dan mengawal harga barangan mentah. Jangan ada peniaga yang cekik darah. Dia je nak untung, sampai nak bebankan pengguna!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!