Wednesday, July 23, 2014

MINGGU AKHIR PUASA ... MOOD RAYA MENJELMA

Assalamualaikum …



Minggu akhir kerja sebelum menyambut Aidilfitri. Office lengang walaupun belum ada yang bercuti. Kebiasaannya, minggu akhir inilah sibuk nak pergi servis kereta, basuh kereta … beli persiapan raya yang belum sempat dibeli. Aku rasa masing-masing sibuk fikir nak raya. Soal kerja tolak tepi. Lepas raya nanti kita fikir. Dan aku pulak, sejak dari dulu lagi … minggu akhir di bulan Ramadan nie, dah takda semangat nak datang kerja. Datang kerja pun macam nak kena tolak belakang. Mana taknye, hati asyik ingat kampung. Nak-nak inilah pertama kali dalam sejarah hidup aku yang berjauhan dengan mak ayah tak balik di bulan Ramadan. Masa bujang, bulan Ramadan aku akan balik untuk sambut puasa dan puasa dengan mak ayah. Heaven! Tapi kali nie, kerapkali berulang alik ke rumah omak (mertua). Takpelah, buat hilang rindu kat mak sendiri. Omak pun mak aku juga. Apapun nasib baik hasben aku memilih nak beraya di sebelah aku. Seronoknye! Tahun depan belah Seremban la pulakkan …

Untuk balik raya sebelah mana, aku tak bincang sangat dengan hasben. Dia yang nak balik beraya kampung aku. Bukanlah aku nie jenis tak kisah … cuma mak aku sendiri dah pesan, bila dah berkahwin … bab beraya ke hape yang kecik-kecik tak perlu besar-besar. Kalau tak boleh raya pertama … mungkin raya kedua .. ketiga boleh balik kampung aku. Asalkan balik jenguk mak ayah. Itu yang penting. Bila hasben sendiri yang pilih nak balik kampung aku, Alhamdulillah … sebab puasakan aku tak balik tengok mak ayah pun. So, tahun depan raya dekat Seremban, bulan puasa aku kenalah balik berpuasa dengan mak ayah aku seminggu sebelum raya. Boleh hantar kuih raya sekali.

Tahun nie merupakan tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri. Excited! Dia dah plan nak pegi mana … nak buat apa kat kampung aku nanti. Nak masak apa raya nanti. Hasben aku sangat sistematik orangnya dalam pelaksanaan kerja, so aku tak banyak pening kepala. Banyak perkara dia yang fikirkan. So, kepala aku agak lapang sikit. Soal duit raya, servis kereta, persiapan raya (pakaian), kuih muih … hasben yang banyak uruskan. Aku top up mana yang hasben tak sempat urus dan tolong mana yang patut. Kira membantulah. Macam malam tadi, aku buat sejenis je kuih untuk orang yang tak berapa rajin … cornflakes madu. Hasben kata buat top up kerepek yang dah dibeli.

Untuk raya pertama nanti, hasben suruh aku masak rendang ayam Negeri Sembilan. Barang nak beli semua aku dah listkan. Cuma nak beli je nanti. Lepas tu, raya kedua … hasben request untuk buat soto. Sedapnye. Resepi pun aku dah siap print. He he he. Raya pertama ni kena pulun sikitlah buat kerja sebab adik aku yang berdua tu memasing beraya rumah mertua dekat Penang. Abang aku pula sehari sebelum raya kot baru sampai kampung. So, aku dengan hasben kenalah pulun cari barang awal-awal. Kalau raya kedua baru terhegeh nak ke Tesco ke Giant beli barangan soto … memang meloponglah. Barang banyak dah habis.

Aku risau sebenarnya nak balik kampung Jumaat nie, menghala ke utara sah-sah la akan melalui kesesakan lalulintas. Banyak-banyak bersabarlah jawabnya. Untuk korang yang nak balik beraya tu, hati-hati memandu di jalanraya. Pastikan cukup rehat sebelum memulakan perjalanan. Jangan memandu dengan laju dan berbahaya. Ingat, kampung tu tak lari ke mana. Moga korang semua selamat sampai.

Dan kesempatan ini juga, aku ingin mohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang aku menulis di blog kedaung ini, korang ada terasa hati dan tersimpan kata-kata buruk aku dalam hati korang. Andai ada salah silap itu, mohonlah maafkan aku dunia dan akhirat. Kosong-Kosong. Aku harap korang semua dapat maafkan aku sempena bulan Ramadan yang mulia ini.




“Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri ….!






p/s : Sama-samalah kita bermaafan

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!