Friday, July 4, 2014

RAJINNYE SUAMI SAYA

Assalamualaikum ...


Tajuk entry tak boleh blah. Tak yah la nak muntah sangat dengan tajuk aku tuh. Jujur pujian isteri buat sang suami. Suami aku pun tahu, kalau aku nak puji dia ... aku akan puji! Dan kalau rasa takde benda nak puji, senyum lebih baik supaya tiada hati yang terluka. Selalunye aku dengar ceramah agama bab rumahtangga, ustaz/ustazah selalu pesan ... "puji isteri selalu, sebab isteri ni bla bla bla bla ...". Aku sokong apa jua kata baik dari penceramah. Apa sahaja yang baik aku cuba untuk praktikkan.

Hari ni sekali sekala, apa salahnye memuji sang suami. Dia pun ada perasaan ... ada kelebihan dan kebaikan yang perlu sang isteri puji. Sepanjang aku kenal suami aku hampir 10 tahun dan baru 8 bulan dia menjadi suami buat diri aku, aku rasa dia jauh berbeza ... dulu kawan, sahabat dan kekasih. Sekarang ini, kawan, sahabat, kekasih, suami dan kadang-kadang musuh dalam selimut ... >p<

Suami aku ni rajin membantu aku menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang tak suruh pun dia buat. Bila tengok isteri tu macam malas-malas je kan. So, dia buatlah. Sejak dua menjak aku tak berapa sihat nie, rajin dia tolong aku sidai baju, vacum rumah dan kemas apa yang patut. Terima kasih sangat sayang! Isteri mana yang tak suka kalau suami tolong, of course la sangat suka. Nak-nak rumahtangga nie tak boleh nak handle sensorang ... kena berdua. Kena ada persefahaman. Bulan pertama kahwin, aku rasa agak penat jugalah ... dulu, nak masak tak masak ... tak kisah sangat sebab sorang. Kini tidak lagi, masak wajib sebab suami nak makan. Dulu, ion baju untuk sorang, sekarang untuk berdua .... buat itu buat ini. Mula tu aku stress jugalah, bab lama-lama aku cuba menerima keadaan ... inilah namanya rumahtangga. Ada bezanya bujang dan jadi isteri orang!

Sampai suami aku pernah tanya, "apa perasaan jadi isteri??". Aku pernah jawab kat dia, "seronok ... tapi penat!". Jawapan jujur, hidup aku takdelah nak selindung. Suami aku senyum je jawapan macam tu. Lepas tu dia explainlah itu ini supaya aku faham. Sekarang, penat tu dah macam biasa. Lama-lama kita akan lali. Sebab itulah aku bersyukur sangat, suami aku rajin membantu ... orang kata masa bercinta lain dan masa dah kahwin lain. Cuma aku merasa sekarang, kahwin itu lebih rasa tenang. Dan suami aku lebih baik dari masa berkawan-kawan dulu. Tempoh 8 bulan menjadi suami isteri ... masih lagi banyak perkara yang perlu difahami antara satu sama lain. Ada juga sikap pelik aku yang suami baru kenal dan begitu juga yang baru kenal beberapa sikap suami yang sebelum ini tak pernah pun aku terbayang!

Mungkin juga dengan baca entry ini, akan ada yang berkata ... alah, baru 8 bulan kahwin, bukannye 8 tahun atau 18 tahun kahwin. Masih bau bunga. Harum semerbak. Tunggulah lama lagi. Eh, mak ayah aku dah menjadi suami isteri selama 39 tahun, dan mereka masih bau harum semerbak sebagai suami isteri. Jadi aku mendoakan kebahagian rumahtangga aku jua begitu. Till jannah! Tak kisah apa la orang nak cakap, buruk baik pasangan ni hanya diri kita sahaja yang tahu. Bagi aku, saban hari aku mendoakan agak harum semerbak ini sampai ke syurga Allah. Aku doa, aku minta ... aku sentiasa berharap segala ketenangan, kebahagian, kemurahan rezeki menyebelahi kami suami isteri dan keluarga.

Siang tadi, suami aku tolong kopek ikan bilis. Hari ni dia buka puasa sorang-sorang kat rumah. Sedih hati aku. Minggu ni cuma 2 kali dapat buka puasa sama kat rumah. Rasanya Ramadan kali ni cukup bermakna, ada teman makan kat rumah. Suami tolong sama-sama kat dapur siapkan juadah. Ya-Allah rasa macam syurga!! Tak pernah aku ada perasaan sehappy sekarang ini. *rasa nak nangis*.

Tolong masak. Buka puasa sesama. Sahur pun suami kadang bangun tolong basuh pinggan. Masak. Pastu sahur sesama. Nikmat Allah yang mana satu aku nak dustakan lagi.

Kadang aku terfikir, mungkin ada sebab Allah beri aku masa yang panjang sebelum aku lalui kehidupan sebegini. Semuanya ada hikmah. Tapi kerajinan suami, bukan alasan untuk isteri menjadi manusia yang bermalasan sentiasa. Suami cuma membantu seadanya.



#terima kasih Ya-Allah ....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!