Monday, July 14, 2014

SAHUR PERTAMA DI RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum ...


Oih, dah berapa hari puasa dah nie baru nak cerita pasal sahur pertama. Takpelah, nak cerita juga. Biarpun puasa dah masuk setengah bulah dah pun. Orang dah sibuk dengan persiapan nak raya aku dok nak jaja cerita sahur pertama. Apada ...

Sahur pertama bagi kami hasben n wife di rumah mertua, tapi yang aku nak cerita neh, sahur pertama di rumah sendiri. Menu super simple permintaan hasben aku. Dia dah pesan awal-awal, kalau sahur sebolehnye ada sambal dan sup. Cukuplah tu untuk pekena dengan nasi panas. So, aku pun menurut perintah. Senang keje aku. Tak payah nak pening fikir menu itu dan ini. Kita layan segala permintaan sedaya dan semampu yang boleh.

Menu sahur pertama dekat rumah kami, sup suhun dan bebola, sambal ikan bilis, telur asin dan mangga. Awal puasa memang semuanya rasa sedap. Teruja nak makan. Ini dah pertengahan puasa, nak makan sahur pun malas. Bangun setakat teguk air ajelah. Kemudian tidur balik. Apadaaaaaaaaa ....


Sebelum menjamah sahur pertama di rumah kami, hasben tanya apa yang menarik sahur tahun ini. Akupun jawablah, " ini sahur pertama di rumah sendiri sebagai suami isteri!". Hasben pun, " ermmmm tau pun, ingat nak buat tatau tadi!". Lawakkan ... sebelum makan pun kena jawab soalan kuiz hasben dulu. Pastu baca doa then baru jamah. Dapat pekena sambal ikan bilis, mak aih sedapnye la hai. Tengah menaip ni menceceh ailio aku tau. Terus rasa macam ... laaaaaap***r. he he he

Untuk sahur hari seterusnya aku dah malas nak ambil gambar makanan. Eh, ngantuklah ... nak gambar-gambar apanye kan. Dah siap masak, kejut hasben ... jom bismillah, meh makan. Senang keje. Pastu kalau tak larat sambung lah tidur balik. Selalu camtulah .... ekekekeke




p/s : Dah tak tahu sahur nak masak apa?

1 comment:

  1. Wah, sedapnya sahur makan macam tu..panas-panas lagi...
    sambal tu kan, kalau tak habis..buleh jadikan cicah untuk cekodok bawang masa buka pulak..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!