Saturday, September 13, 2014

PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum ...


Tajuk kenmain masuk bakul angkat sendiri. Itu memang dah standard. ha ha ha. Jangan uwek-uwek baca tajuk entry aku. Kalau nak uwek jugak sila pergi jauh-jauh ye. Minggu nie dah 2 kali aku buat pizza. Pizza yang tak cukup bahan, main hentam dan campak je. Resepi pizza nie aku dah lupa mana aku dapat. Biasalah, aku kalau petang-petang kat office sementara nak tunggu hasben datang jemput, memang keje aku godek blog masakan. Itu memang dah jadi hobi aku sejak dulu. Siap je keje office tak pun time rehat, mesti aku akan cuba khatam blog masakan. Sampai dah nak jadi mommy, pe'el ni masih tetap macam tu. Godek-godek jumpalah resepi pizza yang simple, sekelip mata dah siap! heh heh heh heh.

Kalau tak salah aku, pizza nie pestime aku cuba ... hari Rabu lepas. Then semalam, Jumaat aku repeat lagi buat pizza untuk bekal hasben pegi keje. Time tu aku malas nak goreng mee/bihun bagai sebab rasa takde mood sangat. Hati berkata, buat pizza lagi senang. Kenyang pun kenyang! Masa pestime nak buat pizza, hasben macam ragu-ragu dengan kebolehan aku. Macam caya tak caya dia ngan aku tau! Kecik sket hati mommy yang sudah sedia kecik nie. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ... kalau tak jadi of course aku akan cuba sampai jadi jugak! Itu prinsip aku dalam dunia masakan la. Kalau dunia lain aku taktau la aku boleh pertahankan ke tak prinsip cenggini.

Walaupun ragu-ragu akan kebolehan isterinye ini ... tapi akhirnya dia terkagum sendiri dengan hasilnye. ha ha ha! Siap makan berkeping-keping lagi tau. Mulut dok cakap, "sedap la ... lepas nie takyah lagi pi pizza hut! Baik buat sendiri!". Haaa ... kan ...!! Sembang je  tak guna, meh aku menceceh dengan buktinye sekali. Pizza main campak suka hati. Bahan pun tak cukup sangat tau. Apapun, yang pasti hasben aku suka sangat. Alhamdulillah. Senyum melebar isteri bila kena puji, nasib baik tak kembang setaman!!


Ini pizza yang aku buat hari Rabu untuk dinner. Sebiji pizza ni licin. Hasben je sorang makan lebih dari separuh. Aku guna cheese yang slice tu je janam Bega. Cheddar ada dalam fridge tapi malam tu tak rajin sangat nak bersagat cheese tu. So, guna je mana yang ada.


Resepi : PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE
Sumber : Internet


Bahan-bahan Doh;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 paket yis (mauripan) - bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit air

Bahan-bahan topping
  • Sos spaghetti (Aku guna brand kimball yang siap dengan cendawan)
  • Sosej dihiris nipis
  • Bawang holland (hiris nipis dan bulat)
  • Cheese (slice)
  • Serbuk oregano (kalau takda pun takpa)
  • Sedikit minyak zaitun)

Cara-cara;
  1. Campur semua bahan-bahan untuk doh
  2. Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
  3. Kalau rasa lembik tepung tu, tambah sedikit demi sedikit tepung dan terus uli 
  4. Tepung yang telah diuli, direhatkan. Pastikan adunan tepung ditutup dengan kain atau apa-apa penutup. Biarkan adunan naik 1-2 kali ganda.
  5. Apabila adunan telah naik, tumbuk adunan berkenaan untuk buang angin di dalamnya
  6. Oleskan pan pizza dengan sedikit minyak zaitun dan leperkan adunan tepung tadi di atas pan pizza.
  7. Kemudian oleskan dengan adunan yang telah dileperkan dengan sedikit minyak zaitun dan cucuk dengan garfu. Kemudian oleskan sos spagthetti di atasnya.
  8. Letakkan sosej, bawang holland dan cheese.
  9. Akhir sekali taburkan serbuk oregano.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150c-170c (bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  11. Siap dimasak...potong dan makan!


Yang ni pula pizza percubaan kali kedua yang aku buat semalam untuk bekal hasben pegi keje. Pizza nie aku up dengan daging burger ... aku hancurkan dan grill dulu daging tu 2-3 minit sebelum dijadikan topping. Untuk topping terpulang pada selera korang. Nak letak udang, ayam, sotong ... atau apa jua yang korang suka, takde masalah. Bergantung pada tekak masing-masing. Pizza simple yang aku buat nie, sekadar guna bahan-bahan yang memang dalam fridge kat rumah. 

Dah 2 kali buat pizza, barulah tahu ... tak susah sangat nak uli doh tu. Cuma antara rajin ngan tidak je. Lepas nie aku nak belajar buat roti dan pau pula. Usaha tangga kejayaan. he he he!


Selamat mencuba untuk korang semua! happy weekend.




p/s : Hari nie hasben cakap nak buat nasi lemak untuk lunch ... nak tunggu apa hasilnye. he he he

2 comments:

  1. Lepas ni tu kne tukar niche blog..rempit masakan..ngeee.
    Satu hari sy harus buat ni jugakkk..senang melampau tgknya

    ReplyDelete
  2. kene cuba buat ini...

    sedap itu sis

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!