Last
nite, hasben aku request untuk makan pizza lagi macam sebelum ni. Hu hu hu, Tapi malangnye, sos pizza
aku dah habis sebab masa cuti Hari Malaysia aku dah guna sos pizza tu untuk buat
makaroni bolognese. Masa cuti Hari Malaysia, punyalah malas hasben n wife nak
keluar rumah. Melepak baring je depan tv. Pagi buat cucur ikan bilis for brekafast
and lunch aku buat makaroni goreng style olio (sebenarnye style orang malas) tu. Then petang, perut cepat je
melapar sebab dok rumah je kan. Harus la perut asyik minta makan. terus pergi dapur masak pula makaroni bolognese. Plan asal nak buat
spaghetti, sekali kuah bagai siap … spaghettinye enggak ada dalam stok. Takpe,
tiada rotan akar pun berguna. Belasah je pakai makaroni. Asal boleh makan dan
mengenyangkan perut hasben n wife udah le.
Makaroni untuk lunch di Hari Malaysia ... 16 September 2014.
Makaroni untuk minum petang .... 16 September 2014.
#sila terliur. ha ha ha
Sian
hasben aku semalam tak dapat makan pizza. Sekarang dia dah pandai request
western food tau. Yang pasti homemade. Kalau tak, takdenye dia nak layan sangat
western food nie. Asal aku sebut nak buat spaghetti ke .. makaroni ke … pizza
ke … taknaknye dia! Pasti dia akan cakap, “makan nasi lagi kenyang sayang!”.
Isteri menurut perintah je masa tu. Asal hasben happykan. Now, dah terbalik …
hasben dah pandai request western food tu kiranya dah bagusla. Lagipun sekarang
nie dia sendiri nak kurangkan makan nasi. Cuma, sejak aku preggy …. sang isteri
plak tak boleh berenggang dgn nasi. Nasi je yang diterima tekak. SO, nasiblah
hasben kheeeennnn….
Hujung
bulan nie nak shopping barang dapur bolehlah aku borong segala mak nenek
barang-barang/bahan untuk menu western food. Tak terkata suka hati aku.
Akhirnya berjaya juga meracuni hasben untuk fall in love dengan menu pelik-pelik
nie. Alah, bukan selalu pun kan. Weekend kte masak la malay food. Asam pedas
ke, kari kepala ikan ke … masak lemak cili api omak den ke …. Kan kan kan …
Dan malam tadi, walaupun hasben kecewa sebab tak dapat makan pizza. Tapi aku tetap masak menu peberet dia. Bakal mommy kan tekak nak nasi je kan ... so, lepas Isyak aku masak nasi ... buat sambal telur pecah then goreng ikan sardin yg segar beli kat pasar tani.Sepinggan RM3 je, adalah dalam 10 ekor. Siap masak dekat 10.30pm. Hoih, malam-malam makan nasi hoih .... gemuklah bakal mommy neh. hikhikhikhik. Hasben aku makan bertambah ... siap tanya, "ada lagi ke nasik??". Yelah, masa hari cuti tak makan nasi sangat kan ... sekali dapat nasi, bertambah dia. Aku senyum penuh bangga. Aku memang jenis suka tengok hasben makan. Bila hasben makan penuh selera, hati rasa gembira dan penat memasak hilang macam tu je. Heaven!!
Kesimpulannya,
penangan pizza yang aku buatlah menyebabkan hasben aku dah terjatuh cinta
dengan makanan barat. Jatuh cinta dengan makanan takpe bang … jangan sesekali
dengan yang berperasaan tau!! Kecik hati isteri nanti.
p/s : dulu masak sorang-sorang makan. sekarang masak dah ada teman. kenmain selera!!
hamboih! western sajerrr ye.mmg nampak sedap kak.terliur dh ni.
ReplyDeletewaa...sweetnya.. azie pon suka tengok si dia makan.. hope one day dapat tengok dia makan makanan air tangan azie dengan berselera nya..
ReplyDelete