Saturday, February 28, 2015

JADI MAK MAK

Assalamualaikum...

Tadi anak soleh aku buat perangai sikit sebab perut kembung. Menangis tak ingat, dengan aku menangis sekali. Aku ni nampak je muka kental, hati macam tisu. Hahahaha. Luluh hati oi tgk anak nangis mcm kena dera je. Walhal perut kembung. Biasala baby baru luruh pusat mulalah perut kembung. Bertabahlah aku dan tok dia skali. Sejak pegang title mak mak ni, takda istilah tido cukup. Siang berjaga, malam pun berjaga. Sampai tersenguk kat bucu bantal anak soleh aku tu. Dgn mak aku sekali terpaksa bangun 1-2 pagi tuam perut anak soleh bagi kentut buang angin.

Sejak jadi mommy, aku mmg cepat je berair mata. Tengok anak nangis kuat sikit, aku nangis sama. Anak tido, bila dok usha wajah anak soleh, meleleh lagi air mata. Time preggy berhati waja betul aku, nak nangis pun susah. Nangis time anak soleh tak gerak dlm tummy dan time baru tau kena czer....itu memang aku tangkap leleh habis! Dah ada anak baru tau bukan senang jd ibu. Hati kena kuat. Jiwa kena tabah. Semangat kena jitu.

Nasib baik berpantang kat kg. Mak la yg tolong ajar itu ini. Yelah aku kan zero pengalaman jaga baby baru lahir. Nak mandikan anak soleh sendiri pun takut sbb kecik sangat lagi. Nak mandi kena la minta tolong mak aku pegangkan. Pernah sekali je la aku mandikan anak soleh sendiri sebab mak aku pegi checkup utk warga emas. Kalau dah 6-7 bulan ke atas baby tu pernahlah aku jaga...jaga anak abang dan adik aku. Betullah apa yg collegemate aku ckp dlu, jaga anak orang tak sama dgn jaga anak sendiri. Lagi mencabar jaga anak sendiri.

Dah jadi mak mak ni hati tak boleh touching tak bertempat. Kang anak soleh tengok, dia berkata dalam hati plak..'alahai mommy...mcm agar2 tau hati tu!'. Sebelum anak cakap apa2 kena kuatlah jadi seorang ibu!!

Baru anak sorang....baru 17 hari jadi mommy, dah goyah...hahahahaha. Kuat semangat!


Monday, February 23, 2015

LITTLE KHALIFAH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan cahaya mata lelaki 12 hari yg lalu. Impian aku nak lahirkan anak soleh di Putrajaya tercapai. Cuma hasrat untuk bersalin normal tidak kesampaian. Anak soleh aku membesar dgn cepat 3 minggu sbl kelahiran....mencapai berat 4.1kg.

Atas nasihat doktor, keputusan diambil untuk czer. Untuk keselamatan anak dan ibu. Doktor risau takut anak aku sangkut kepala. Pasrah. Mula tu aku stress juga sbb baru tahu kena czer sehari sebelum warded. Akhirnya redha juga. Sebab anak! Pengalaman bersalin czer nantilah aku story yek. Sekarang ni internet pejam celik. Kadang ok kadang tak. Update ngn hp leceh sikit, nak menaip tak boleh laju. Lagipun sekarang ni aku sedang cuba untuk serasi dgn dunia ibu. Berubah terus kehidupan....tido pun tak sempat nyenyak!

Baby dah nangis...nanti sambung story lagi yek. Bubye....

Friday, February 6, 2015

CPUV KE 12 DAN 13/2015 - REZEKI BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum ...


Masuk je bulan Februari 2015, adalah bulan aku nebes kuasa 10. Menanti detik kelahiran little khalifah dengan penuh debaran! pheeeeew ... lap peluh yang menitik di dahi dengan tiba-tiba. Lagi 4 hari aku nak kena warded. Belum ada tanda-tanda nak bersalin, but have to get ready awal-awal sebab aku gdm diet control. So, suka tak suka aku memang kena serah diri kat spital sebab doktor dah noted kat buku pink tak boleh overdue. Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat. Aku bertabah ajelah! 

Untuk hilang nebes kuasa 10 aku nie, mai kita check akaun nuffang yang aku buat-buat lupa sejak beberapa hari ni. Blog pun takda mood nak update, ada hati nak check akaun nuff. Ada ke cpuv yang nuff longgok kat kau? Ada? Ada? Of course la adakan, aku kan anak geli-geli nuff. Sebulan tu mesti ada juga la 2-3 cpuv yang tercampak kat akaun aku walaupun income tak gempak. Bulan Februari nie aku baru dapat 2 cpuv. Alhamdulillah. Rezeki little khalifah yang soleh dan solehah aku nie. Boleh kumpul buat beli stroller. kikikiki ...

Ini sahaja cpuv yang sedang running. bertabahlah ... yang lenlain dah credited.

2 cpuv dari Physiogel dan Nike Running Tights. Rasanya macam akan ada lagi cpuv nie. Bulan Februari pun baru berapa hari kan. he he he. Kena la rajin update blog. Eh, rasanya aku akan cuti berblog. Berpantang, jaga anak ... then cuti blog sekali. Kalau rajin baru aku update tau. Bila blog ni macam bersawang je, paham-pahamlah korang bahawa aku sibuk nyusukan anak ... hehehehehe. Berdebar dada ini nak jadi mommy kurang dari seminggu! 

Apapun aku berharap, walau dah ada anak ... blog ni tetap aku nak update juga. tetap juga nak menulis sebab aku memang suka menulis walau taktau ada ke yang suka dengan cara aku merapu nie? ngeh ngeh ngeh.




p/s : Kengkawan alam maya yang dikasihi, dengan rasa rendah hati, mohon doakan aku agar dipermudahkan melahirkan my anak soleh solehah kurang dari seminggu lagi. Mohon doakan juga agar aku dapat melahirkan secara normal dan semoga semuanya selamat. Di kesempatan ini juga, aku memohon ampun dan maaf kiranya penulisan aku ini ada yang mengguriskan hati kalian semua. Mohon maaf sesungguh hati atas segala kekhilafan. 

SEMAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menunggu dan entah berapa kali cabutan ... akhirnya permohonan aku mendapatkan rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berjaya jua akhirnya. Memang rezeki anak sungguh!. Masa aku isi permohonan PPA1M, aku belum pun kahwin. Dan takda perancangan pun nak kahwin sebab masa tu aku sendiri tak pasti haluan hubungan aku dengan si dia. Taknak berharap takut kecewa lagi kan. Aku ni sensitif bab kecewa-kecewa neh. ngeh ngeh ngeh. Muka je ganas, hati macam agar-agar ... lembik!

Bila tak fikir sangat soal nikah kahwin nie, aku decided merancang kehidupan sendiri. Of course la nak sangat ada rumah sendiri masa tu. Bila Perbadanan Putrajaya buka permohonan PPA1M, aku adalah antara yang terawal hantar borang. Kalau tengok pada list masa hantar borang, aku orang yang bawah 20 no. penghantaran borang tak salah aku. Kat area Selangor ... Putrajaya ... rumah adalah mahal. Bila PPj dan Kerajaan decided buat rumah PPA1M dengan harga yang boleh dikatakan agak berbaloi, why not aku memohonkan. Dengan harapan, Inshaa Allah ada rezeki aku, memang tak ke mana. Aku pun selesa menjalani kehidupan di Putrajaya. Salah satu sebabnya, Putrajaya nie sunyi ... suasana macam kat UUM tempat aku pernah cedok ilmu selama hampir 4 tahun. Lagi satu, boleh dikatakan Putrajaya agar selamat dan bandar dia tersusun. Sebab itulah aku pernah letak azam dan impian untuk ada rumah di Putrajaya. Alhamdulillah, segalanya bakal jadi kenyataan ... walaupun sekadar mampu beli apartment! 

Untuk korang yang pernah memohon PPA1M nie bolehlah buat semakan di laman web PPA1M atau di laman web PPj. Cuma masukkan no. i/c sahaja. Hari ni dah boleh start print surat tawaran bagi pemohon yang berjaya untuk cabutan Fasa 1/Siri 5 macam aku.

Dah semak tu, kalau berjaya jangan lupa print surat makluman keputusan undian. Lepas tu hantar maklumbalas persetujuan sebelum 12 Mac 2015. Kalau tak hantar persetujuan tu, bermakna korang ni menolak tawaranlah. Kira tak berminat. 

Apartment PPA1M yang aku dapat nie akan siap dalam masa 2 tahun. Inshaa Allah. Sebelum dapat rumah nie, aku dah bincang dengan hasben nak cari rumah area Sendayan atau Seremban. Nak rumah teres sebab senang aku nak bercucuk tanam. Pernah juga merancang nak beli tanah dekat kampung mertua, senang boleh design rumah atas citarasa sendiri. Bila dah dapat rumah PPA1M nie, rasa hilang satu permasalahan dan pencarian kami. Bercucuk tanam dalam pasu lah jawabnya macam sekarang. Apapun, kami suami isteri tetap berazam nak beli rumah teres atau semi-D juga suatu masa nanti. So, apartment nie sebagai permulaan hiduplah kiranya. Kita merancang dan usaha, selebihnya Allah jua menentukan. Harap-harap diperkenankan Allah swt hendakNya, Ameen.

Korang yang mohon PPA1M jangan lupa semak ye.....Bagi yang belum memohon, permohonan bagi Fasa 2 akan mula dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. Jika berminat, silalah mohon ye.



p/s : Rumah sekarang makin lama makin mahal.