Showing posts with label Cerita Lama. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lama. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

ALLAH TAK SURUH KITA ANIAYAI ORANG LAIN, INGAT TU!

Assalamualaikum ...





Aniayai orang lain?? Contohnya kalau tak suka kita buat petisyen?? Mcm tu ke?? Hukum apa kita pakai??  Dunia lepaslah ... akhirat esok tanggunglah! Setiap baik buruk yg kita lakukan di dunia ini akn dpt balasan. Berdosa dgn manusia itu lagi susah kita nak minta ampun. Berdosa dgn Allah ... Insya-Allah akn diampunkan. Semoga Allah balas semua kejahatan manusia laknat yg punya hobi aniayai org lain! Ingat sekali kita tabur pasir dlm periuk nasi org lain, Insya-Allah pasti suatu masa Allah akan tarik segala nikmat dn rezeki kita pula. Fikir-fikirlah! Tak ada untung aniayai hidup org ...


Kita bukan Tuhan untuk hukum org lain. Kalau kita sendiri  pun tak betul dan tidak amanah, perlukah kita buka aib org lain utk tutup aib sendiri. Kita ni sapa? Tuhan? Nak hukum org lain suka-suka hati. Nak tarik rezeki org lain utk bolehkan kita dapat duit tepi. Duit bawah meja atau duit kopi? Rezeki haram jamu anak dan isteri ... berkat ke? Orang lain mungkin tak tahu kerja haram tu, tapi Allah nampakkan? Allah Maha Mengetahui kan?? Dah lupa??


Hidup kita kat dunia nie sekejap sangat. Mungkinlah hari ini kita berjaya hancurkan kerjaya org lain. Akhirnya menjadi buruk segalanya. Buruk di pandangan mata org yg subahat. Yang suka menjahanamkan manusia lain. Kita rasa kita hebat bila kita ada kuasa, bila kita ada pengaruh, sampai boleh pengaruh org lain untuk berkomplot jatuhkan org lain. Hebatkan?? Kita masing-masing ada otak ... dan membezakan kita dengan binatang adalah akal. Jadi gunakanlah akal sebaiknya.


Yang lebih malang ada sesetengah drp kita menjatuhkan dan menganiayai manusia yg datang dari satu bangsa ... lebih dasyat lagi dari SATU AGAMA! Melayu memang hobinya menjatuhkan sesama sendiri. Itu hakikat. Ada yang membantu sesama sendiri pun boleh bilang dengan jari. Itu pun berlebih lagi jari yang ada. Nampak sangat bahawa kita satu bangsa dan satu agama ... tapi tak muafakat! Ini semua sebab gila pangkat ... gila kuasa ... gila kontrak juta-juta ... gila duit tepi bawah meja ... duit kopi dan segalanya!


Hari ini bolehlah kita ketawa terbahak-bahak bila org yg kita nak jatuhkan memang jatuh terduduk! Kita siap-siap tepuk tangan. Suka! Siap jamuan makan sekalli. Raikan kemenangan! Bertepuk-tepuk bahu sesama sendiri .... "engkau hebat! tengok dia dah jatuh... ha ha ha ha ... padan muka dia kan. Nak lawan kita. Ingat dia sapa". Mulalah puji memuji sesama sendiri. Tapi kita lupa ... syaitan pun turut ketawa dengan kita. Syaitan pun berkata, "wah! geng aku dah ramai .... manusia bodoh. sesatlah kau ... makanlah duit haram...kau cepat kaya!! hancurkan manusia yg baik...musnahkan...musnahkan!"


Dalam kerja perlu ada intergriti. Walaupun kau tak semulia dan sebaik mana ... diperli, dihina, diketepikan atau di apa sekalipun ... ingatlah "REZEKI YANG SEDIKIT KALAU BERKAT ITU LEBIH BAIK!". Biar kita tak naik pangkat, tak ada kuasa, atau tidak dipedulikan sekalipun ... teruslah kerja dengan hati yg ikhlas. Kalau nak claim OT pun, claimlah setakat kau memang buat kerja tu. Kalau sikit...sikitlah! Dah itu rezeki yang Allah beri. Syukur dan belajar utk mengatakan CUKUP!


Jangan sesekali aniayai orang lain. Untuk berjaya mungkin jalannya susah, tapi hasilnya Insya-Allah berpanjangan. Jangan pijak orang lain untuk naik  ke atas. Untuk dapat pangkat, kuasa dan pengaruh! Cepat naik cepatlah jatuh. Hari ini kita lingkupkan kerjaya org lain dgn singkirkan dia dgn cara yg salah, Insya-Allah bila sampai masanya Allah akan tarik segala kehebatan dan rezeki yang ada pada kita. Dan masa itu mungkin ia lebih teruk daripada apa yang kita lakukan pada orang lain. Nak menangis masa tu? Nak minta maaf pada org yg kita aniayai ... ermmm kot dia nak maafkan perangai laknat kita!!


Kalau kita mati sebelum minta maaf pada manusia yg kita aniayai ... mcm mana?? Kot kita sakit nak mati dok sebut-sebut semua dosa yg kita aniayai org lain dan sebut nama org yg kita aniayai ... mcm mana?? 


Dah lah dalam kerja kita aniayai org ... pastu berdendam plak! Dendam dgn org-org yg berdekatan. Jaja cerita-cerita buruk. Pastu create isu baru plak. Supaya ada yg boleh dihentam dan diperli sepanjang hidup. Best ke perli-perli org? Buat org sakit hati ... seronok ke? Banyak pahala dapat dok buat fitnah tak sudah2? Tak sudah-sudah ke? Org lain dah buka baru dah. Tapi hangpa dok tang takuk lama juga. Makin berkuasa, makin dangkal pemikiran, makin tinggi iri hati dan dengki. 


Kadangkala kita nie lupa yg kita semuanya hamba! Kuasa yg ada ... dunia semua! Ingat boleh bawa masuk kubur?? Jangan nanti org yg  berkomplot hancurkan hidup org lain pun x datang masa kematian kita. Ish! takutlah ... masa aniayai org ramai je geng, mati kena godam dalam kubur sorang2 gak! 


Biar kena kutuk or perli lagi baik, daripada zahir org pandang 'macam mulia' tapi hakikatnya hati busuk!! Orang-orang mcm ini lupa yang doa manusia yang dianiayai selalunya dimakbulkan Allah. 


Mak aku ckp ..."selagi kita bersyukur dengan rezki yang ALLAH beri, sikit pun kita akan rasa CUKUP! Tapi kalau kita tak bersyukur, banyak pun kita akan terasa masih lagi kurang!" Lagi satu mak aku pesan ... " biar kita berjaya dengan usaha sendiri, doa dn izin Tuhan bukan berjaya dengan pijak org lain, cepat naik, cepatlah hang jatuh!"


Bukan semua rezeki yang kita dapat itu hak kita!! Korang fikirlah ... aku pun tak pandai sangat. Semua orang kejar duit ... tipulah kalau aku ckp aku tak nak duit kan ... tp biar betul dan halal caranya! Duit tu pun aku bg mak ayah aku skit2, so .. kalau sumber tak betul ... apa cerita kan?.


Sapa yang dok bayar 2-3 rumah dan kereta besaq2 dengan duit tak betul ... pikir2 habis dah ka? Mcm nak hidup lama ka kat dunia nie? Jangan amik kesempatan kontrak juta-juta, kontraktor tak buat keje pun ... kita buat2 pejam mata sebab ada habuan tersendiri!!


Nak tahu kenapa manusia suka aniayai manusia lain ... salah satunya sebab ......... DUIT!! Kertas je pun tapi boleh buat manusia jadi tamak haloba ... boleh buat manusia jadi gelap mata.


Aku pun tak baik manapun. Tak bagus pun. Ada juga salah silap sana sini. Sebab manusia tiada yg sempurna perangainya kecuali para Nabi dan Rasul Allah biarpun Allah telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian dunia. Tapi bab-bab nak aniayai org ... yg kita tak tahu hujung pangkal, betul atau salah ... even betul ke pun ... aku bukan hakim utk jatuh hukum. Lebih senang bersikap berkecuali. Tak sekapal atau ditinggalkan kapal pun takpa. Nak cakap aku pentingkan diri pun takpa ... sebab aku tahu bila susah yg tolong aku pun Allah, mak ayah, family n kawan-kawan rapat je!


Aku pelik bila manusia yang ngadap Tuhan sehari semalam 5 waktu ... boleh aniayai hidup org lain! Perghhh terbaik ... Tahniah laaaa ... bekalan akhirat ke tu??. 


Cuma satu jelah nak ckp, "Allah tak suruh kita aniayai org lain utk dapatkan sesuatu yg kita hajati! Pikir2lah no ... balasan Allah CASH!"


Sekali Allah beri balasan ... mungkin masa itu akan terkenang kisah silam! Tapi bak kata SEPAH ... "barang yang lepas usah dikenang ...". Tak payah fikir pasal orang yang dah kau aniayai .... sebab masa kau aniayai orang mestilah kau tak sukakan org tu ... ye tak?? Jadi perlu ke fikir tentang org yg kita tak suka ....



Tunggu ajelah balasan Allah .... moga bagi pengajaran!







CK : entry nie dah lama aku tulis....tersimpan dekat note fb satu lagi tuh! sekadar cetusan rasa ... sapa yang terasa ambillah ... he he he

Friday, June 24, 2011

Teruja Dengan Pasukan Malaysia ... Memang Boleh!!

Assalamualaikum ...

Dah nak tengah malam pun! Mata dah kuyu-kuyu mau tidor. Tapi hati nie meronta-ronta minta update jugak. Haisshhh ... nakal betul hati nie malam-malam. Nak juga ajak jalan-jalan dari blog ke blog. Mampu ke di saat mata dah mahu terpejam lena. 

Baru setengah jam balik dari pergi tengok bola kat Restoran D'Flyover Sungai Merab! Lepak sambil makan kuewteoew kungfu. Peberet Incik Babah skang nie. Tak sia-sia kuar tengok bola ... Pra Kelayakan Olimpik 2012, Malaysia vs Lubnan. Alhamdulillah Malaysia menang dengan keputusan 2-1! Terbaiklah ...

Malaysia boleh! Teruja betul tengok ... dan tak sangka Malaysia boleh menang. Yelah ... tengok pemain Lubnan tu semuanya besar dan tinggi-tinggi belaka. Tak tercampak ke pemain Malaysia kalau kena gesel. kesian  menonggeng kat tengah-tengah padang.

Mata saya dah kuyu dah ...  Jom saya dah nak tidur ... jangan lupa tolong klik ya!


Sapa nak Samsung Galaxy S II, korang klik kat SINI! Kalau tak nak pun klik jugak kat SINI pulak! Itupun kalau korang nak jumpa artis pelik nie. Pi klik kat sana nun ...



CK : Esok dah Jumaat ... lusa dah cuti!

Friday, June 17, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta ....."Kalaulah Aku Tahu Perangai Hang Macam Nie ...."

Assalamualaikum ...

Dalam gelak ketawa yang bising kat office nie, tiba-tiba saya boleh pulak teringat zaman sekolah  kebangsaan dulu. Mak aih ... lamanya imbauan kenangan saya di hari Jumaat yang mulia. Pelik pula kenapa cerita yang satu ini saya teringat. 

Dulu masa sekolah kebangsaan, saya memang tak ramai kawan. Selalu berkawan ngan abang je. Sebab umur kami pun beza selang setahun je pun. Saya cuma ada 2-3 orang kawan baik je. Kawan yang dok main tiang sama-sama. Kawan yang dok main getah tali yang lompat-lompat tuh. Kawan yang dok main batu tujuh (batu seremban). Dan kawan yang dok main kejar-kejar!

Masa sekolah kebangsaan, saya ni memang bukan student femes pun ... tapi tetap femes sebab abang saya best student kat situ. Cikgu-cikgu semua kenal saya sebab "kebijaksanaan abang saya tu". Memang saya tak suka betul dibayangi oleh hidupnya. Sebab kena jadi baik dari jam 7.45 pagi hingga 1.15 petang! Nak kena baik je manjang. Pastu cikgu-cikgu yang ajar kelas abang ada juga yang ajar kelas saya ... siap nak banding-banding dengan abang! Huh ... lagilah tak suka. Tapi dah abang saya sorang tu je pun ... memang sayang lebihlah kat dia!

Kebanyakan budak-budak sekolah kebangsaan anggap saya nie sombong! Tapi sebenarnya saya bukan sombong pun. Cuma saya nie spesies pendiam. Sembang pun dengan geng-geng saya je. Tapi kalau mereka tegur memang saya akan layan. Nak saya mulakan dulu bermesra ... memang payahlah! he he he ...

Masa saya darjah 6, kena tukar kelas! erghhh tension sangat sebab dari kelas Mawar (kelas budak bijak) ditukarkan ke kelas Kenangan (kelas kedua bijak ... he he he). Malulah! Ini semua gara-gara results masa darjah 5 tu jatuh sikit. Terus kena tukar kelas!  Dah kena tukar ... redhakan ajelah walaupun ayah bising terlampau masa tu. Siap warning kalau ada results merah lagi ... rekod kemajuan tak akan ditandatangan. Erghhh ... rasa cam kejam je!

Masa kat kelas 6 Kenanga ... adalah 3-4 orang budak yang dari kelas lain  yg telah ditukarkan ke kelas yang sama menegur saya. Saya layan macam biasalah. Takkan nak sombong pulakkan. Sekarangkan dah sekelas. So, kena kumpul geng baru pulak. he he he.

Saya layan dorang ... gelak ketawa ... main sama-sama cam biasa! Hidup mesti diteruskan ye tak ... walaupun kena tukar kelas. Hinggalah satu hari tu, salah seorang kawan baru nie ... meluahkan perasaannya pada saya yang sekian lama dia pendam sejak dia pandang saya ....

"Kalaulah aku tahu perangai hang macam nie dari dulu lagi aku tegur hang!! Aku ingat hang nie sombong ... yelah dok pun kelas budak bijak. Aku dah lama teringin nak kawan dengan hang ... dok tengok ja hang. Nak tegur tak berani ..."

Dengar jer luahan hati dia tu ... terus saya ketawa! Tu lah nilai orang dari luaran .... memanglah camtu. Balas saya kat dia. Rupanya dia baru tahu saya nie suka sangat nyakat ... happy go lucky dan suka berkawan. Saya bukanlah sombong seperti apa yang dia lihat bertahun-tahun sebelum ini. Kesiannya dekat dia ... anggap saya macam tu. Heeee kalau tak dah boleh jadi kawan baik dah!!

Sekarang nie saya masih ingat kat dia. Pernah juga berchat kat FB. Masa saya final kat IPT di utara dia jadi junior saya walaupun kami sebaya! Baru-baru nie dia ajak saya melancong ke Thailand sebab dia kerja dengan sebuah agensi yang menguruskan keluar masuk kat sempadan sana. Tapi Incik Babah tak bagi pergi .. sebab negara sana tu katanya tak berapa selamat.



CK : Kenang kawan-kawan masa sekolah. Tapi ada ke dorang ingat saya ....???

Thursday, June 16, 2011

Tersentuh Hati Dengar Kata-kata Kamu ....

Assalamualaikum ...

Dah hampir waktu balik kerja! Dah lebih setengah hari berlalu. Walaupun hari ini ada sesuatu yang mengusik jiwa kecil ini dengan sikap seorang ketua yang tidak professional ... saya masih mampu senyum! Tak mahu hari ini rosak kerana sikapnya yang tak pernah adil itu. Cuma doa saya dapat panjatkan semoga dia berubah dan menjadi seorang ketua yang rajin bekerja, tidak asyik menyalahkan orang lain, berhenti berborak kosong, menjadi lebih bertanggungjawab dan sebagainya. Supaya dia tidak menanggung dosa akibat kegagalan dia yang gagal memikul amanah sebagai ketua yang bertanggungjawab, jujur dan adil. 

Bukan ingin bercerita tentang si ketua itu, tetapi pagi tadi, saya breakfast dengan teman baik saya! Teman mesra mungkin. Selalunya beramai. Tetapi hari ini berdua. So, bolehlah talk heart to heart. Keluar dari topik  membincangkan hal kerja. Bincangkan tentang diri dan peribadi mungkin lebih baik bila dah berdua begini.

Tiba-tiba ... 

"Dah lama tak breakfast hari minggu ... Sabtu Ahad... makan nasi goreng mcm nie! Bangun tidur, tengok TV, masak dan makan sama-sama! Bestkan ..."

Saya tersenyum!

"Kenapa ... tak pernah ke sebelum nie??"

Dia meneruskan ... dengan senyuman yang paling tawar rasanya!

" Tak pernah walau sekali!!"

Dalam kelam kabut ingin tinggalkan saya di meja makan, dia bercerita sambil berdiri "kisah hidupnya" yang tidak langsung diduga akan menjadi sejarah dalam hidupnya yang saya sendiri sudah sedia maklum. Kemudian dia berlalu dari saya. Saya pula masih diam dan bungkam di situ.

Sejujurnya saya terasa dan tersentuh dengan setiap kata-katanya. Buat hati saya menjadi sedih. Kenapa? Kadang-kadang tanpa kita sedar setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah kerana kesilapan kita sendiri. Jadi, ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita adalah untuk menyedarkan diri kita ... berpalinglah sejenak pada kisah lampau hidup kita, "ada atau tidak hati yang terluka dan kecewa kerana sikap dan keputusan kita??". Jika ada ... anggaplah ujian dan dugaan ini sebagai satu titik tolak untuk kita meletakkan penyesalan dan perbetulkan semua kesilapan yang ada. Tutup buku lama dan buka satu cerita baru yang lebih indah dan bermakna.

Biarpun apapun yang terjadi ... saya masih lagi berdiri teguh sebagai teman dalam hidupnya. Saya tahu diri dia seakan "lemah dari dalam" dengan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Senyum dia hambar. Perwatakan dia amat berbeza dari bertahun-tahun dahulu. Tetapi dia cuba sedaya upaya untuk bangun dari kesedihan dan kekecewaan lampau. Begitu jua saya yang pernah kecewa dan bangkit untuk menerjah semula kehidupan ini. 

Senyum adalah antara jalan yang terbaik untuk membuatkan diri kita lebih bersemangat menghadapi hari-hari mendatang!! Saya selalu memujuk hati dan dirinya ... menerima semua ini ujian ini sebagai satu Qada dan Qadar Tuhan yang terbaik buat diri sendiri.

Sehebat dia yang selalu saya pandang ... tetap tumpah airmatnya di depan saya! Saya tahu jauh di lubuk hatinya dia terlalu kecewa! Tetapi kecewa itu lebih berpihak kepada saya sebelum ini... namun, dalam masa yang sama saya masih kuat untuk ubat hatinya yang luka!

Masa akan menjadi penawar buat segalanya! Percayalah ...



CK : Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang membuatkan orang lain merasa gembira dengan ikhlasnya!

Monday, June 6, 2011

Terdiam Hanya Sebab Lagu ...

Assalamualaikum ....

Semua orang dalam hidup ini ada kenangan. Tak kisahlah kenangan itu macam mana rasanya. Pahit, manis, tawar, suka atau duka  atau apa sahaja. Ia tetap menjadi cebisan-cebisan yang melengkapkan kitaran hidup kita. 

Tanpa semua kenangan yang lepas. Kenangan yang telah menjadi sejarah, mungkin keadaan hidup kita tak seperti sekarang. Ada yang kehidupan di antara kita ini lebih baik dari dulu dan ada juga yang sebaliknya! Terpulang bagaimana kita mengemudi kehidupan untuk menuju matlamat yang telah kita sasarkan. 

Lagu ini juga kenangan bagi saya. Menjadi cebisan kehidupan saya. Kerana ia bukan daki, maka ia sukar untuk dikikiskan. "Jangan Pisahkan" nyanyian Deddy Dores dan Mayangsari. Setiap kali lagu ini berkumandang di mana sahaja. Akan ada yang mengingatkan saya tentang lagu yang satu ini. Setiap kali mendengar lagu ini, saya akan terdiam sehingga dikejutkan .."kenapa?".

Ia hanyalah sebuah lagu, tapi cukup memberi kesan dalam kehidupan saya. Lagu ini bukan sekadar lagu cinta dari seorang kekasih kepada kekasihnya. Tetapi juga dari seorang kawan kepada kawan baiknya! Bait kata yang benar-benar menyentuh hati saya, "Jangan pisahkan, aku dan dia, Tuhan tolonglah, ku cinta dia, Biarkan kami tetap bersama, Di dalam suka dan duka".

Hanya lagu, tapi seolah ada kebenaran di dalamnya. Hanya yang melalui akan merasai dan hanya yang memahami akan mengerti! 


Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka



CK :  Kadang-kadang ada sesetengah manusia iri hati dengan kebahagiaan kita, tapi dia lupa ... kita cuma manusia, siapa kita untuk melawan ketentuan Tuhan Yang Esa! Bolehkan hamba seperti kita memutuskan silaturrahim insan lain kerana dendam dan benci? Sedangkan diri kita dalam genggaman Tuhan Yang Esa. Andai Tuhan Yang Esa tidak izinkan ia tetap tidak akan berlaku ....