Thursday, June 16, 2011

Tersentuh Hati Dengar Kata-kata Kamu ....

Assalamualaikum ...

Dah hampir waktu balik kerja! Dah lebih setengah hari berlalu. Walaupun hari ini ada sesuatu yang mengusik jiwa kecil ini dengan sikap seorang ketua yang tidak professional ... saya masih mampu senyum! Tak mahu hari ini rosak kerana sikapnya yang tak pernah adil itu. Cuma doa saya dapat panjatkan semoga dia berubah dan menjadi seorang ketua yang rajin bekerja, tidak asyik menyalahkan orang lain, berhenti berborak kosong, menjadi lebih bertanggungjawab dan sebagainya. Supaya dia tidak menanggung dosa akibat kegagalan dia yang gagal memikul amanah sebagai ketua yang bertanggungjawab, jujur dan adil. 

Bukan ingin bercerita tentang si ketua itu, tetapi pagi tadi, saya breakfast dengan teman baik saya! Teman mesra mungkin. Selalunya beramai. Tetapi hari ini berdua. So, bolehlah talk heart to heart. Keluar dari topik  membincangkan hal kerja. Bincangkan tentang diri dan peribadi mungkin lebih baik bila dah berdua begini.

Tiba-tiba ... 

"Dah lama tak breakfast hari minggu ... Sabtu Ahad... makan nasi goreng mcm nie! Bangun tidur, tengok TV, masak dan makan sama-sama! Bestkan ..."

Saya tersenyum!

"Kenapa ... tak pernah ke sebelum nie??"

Dia meneruskan ... dengan senyuman yang paling tawar rasanya!

" Tak pernah walau sekali!!"

Dalam kelam kabut ingin tinggalkan saya di meja makan, dia bercerita sambil berdiri "kisah hidupnya" yang tidak langsung diduga akan menjadi sejarah dalam hidupnya yang saya sendiri sudah sedia maklum. Kemudian dia berlalu dari saya. Saya pula masih diam dan bungkam di situ.

Sejujurnya saya terasa dan tersentuh dengan setiap kata-katanya. Buat hati saya menjadi sedih. Kenapa? Kadang-kadang tanpa kita sedar setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah kerana kesilapan kita sendiri. Jadi, ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita adalah untuk menyedarkan diri kita ... berpalinglah sejenak pada kisah lampau hidup kita, "ada atau tidak hati yang terluka dan kecewa kerana sikap dan keputusan kita??". Jika ada ... anggaplah ujian dan dugaan ini sebagai satu titik tolak untuk kita meletakkan penyesalan dan perbetulkan semua kesilapan yang ada. Tutup buku lama dan buka satu cerita baru yang lebih indah dan bermakna.

Biarpun apapun yang terjadi ... saya masih lagi berdiri teguh sebagai teman dalam hidupnya. Saya tahu diri dia seakan "lemah dari dalam" dengan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Senyum dia hambar. Perwatakan dia amat berbeza dari bertahun-tahun dahulu. Tetapi dia cuba sedaya upaya untuk bangun dari kesedihan dan kekecewaan lampau. Begitu jua saya yang pernah kecewa dan bangkit untuk menerjah semula kehidupan ini. 

Senyum adalah antara jalan yang terbaik untuk membuatkan diri kita lebih bersemangat menghadapi hari-hari mendatang!! Saya selalu memujuk hati dan dirinya ... menerima semua ini ujian ini sebagai satu Qada dan Qadar Tuhan yang terbaik buat diri sendiri.

Sehebat dia yang selalu saya pandang ... tetap tumpah airmatnya di depan saya! Saya tahu jauh di lubuk hatinya dia terlalu kecewa! Tetapi kecewa itu lebih berpihak kepada saya sebelum ini... namun, dalam masa yang sama saya masih kuat untuk ubat hatinya yang luka!

Masa akan menjadi penawar buat segalanya! Percayalah ...



CK : Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang membuatkan orang lain merasa gembira dengan ikhlasnya!

4 comments:

  1. manusia itu tidak pernah tahu erti penyesalan selagi dia belum mengalami kekesalan dan jadikan sesalan itu sebagai titik tolak untuk berhijrah ke arah yang lebih mematangkan tentang kehidupan di planet ini.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn komen orang atas :)

    ReplyDelete
  3. Mawar > betul tu ... CK sokong ngan awak.

    KAMI > artikel nie kalau nk baca kena letak diri dalm tu ... baru boleh faham apa yg nk saya sampaikan.

    Adamainaa > terima kasih setuju heeee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!