Aniayai orang lain?? Contohnya kalau tak suka kita buat petisyen?? Mcm tu ke?? Hukum apa kita pakai?? Dunia lepaslah ... akhirat esok tanggunglah! Setiap baik buruk yg kita lakukan di dunia ini akn dpt balasan. Berdosa dgn manusia itu lagi susah kita nak minta ampun. Berdosa dgn Allah ... Insya-Allah akn diampunkan. Semoga Allah balas semua kejahatan manusia laknat yg punya hobi aniayai org lain! Ingat sekali kita tabur pasir dlm periuk nasi org lain, Insya-Allah pasti suatu masa Allah akan tarik segala nikmat dn rezeki kita pula. Fikir-fikirlah! Tak ada untung aniayai hidup org ...
Kita bukan Tuhan untuk hukum org lain. Kalau kita sendiri pun tak betul dan tidak amanah, perlukah kita buka aib org lain utk tutup aib sendiri. Kita ni sapa? Tuhan? Nak hukum org lain suka-suka hati. Nak tarik rezeki org lain utk bolehkan kita dapat duit tepi. Duit bawah meja atau duit kopi? Rezeki haram jamu anak dan isteri ... berkat ke? Orang lain mungkin tak tahu kerja haram tu, tapi Allah nampakkan? Allah Maha Mengetahui kan?? Dah lupa??
Hidup kita kat dunia nie sekejap sangat. Mungkinlah hari ini kita berjaya hancurkan kerjaya org lain. Akhirnya menjadi buruk segalanya. Buruk di pandangan mata org yg subahat. Yang suka menjahanamkan manusia lain. Kita rasa kita hebat bila kita ada kuasa, bila kita ada pengaruh, sampai boleh pengaruh org lain untuk berkomplot jatuhkan org lain. Hebatkan?? Kita masing-masing ada otak ... dan membezakan kita dengan binatang adalah akal. Jadi gunakanlah akal sebaiknya.
Yang lebih malang ada sesetengah drp kita menjatuhkan dan menganiayai manusia yg datang dari satu bangsa ... lebih dasyat lagi dari SATU AGAMA! Melayu memang hobinya menjatuhkan sesama sendiri. Itu hakikat. Ada yang membantu sesama sendiri pun boleh bilang dengan jari. Itu pun berlebih lagi jari yang ada. Nampak sangat bahawa kita satu bangsa dan satu agama ... tapi tak muafakat! Ini semua sebab gila pangkat ... gila kuasa ... gila kontrak juta-juta ... gila duit tepi bawah meja ... duit kopi dan segalanya!
Hari ini bolehlah kita ketawa terbahak-bahak bila org yg kita nak jatuhkan memang jatuh terduduk! Kita siap-siap tepuk tangan. Suka! Siap jamuan makan sekalli. Raikan kemenangan! Bertepuk-tepuk bahu sesama sendiri .... "engkau hebat! tengok dia dah jatuh... ha ha ha ha ... padan muka dia kan. Nak lawan kita. Ingat dia sapa". Mulalah puji memuji sesama sendiri. Tapi kita lupa ... syaitan pun turut ketawa dengan kita. Syaitan pun berkata, "wah! geng aku dah ramai .... manusia bodoh. sesatlah kau ... makanlah duit haram...kau cepat kaya!! hancurkan manusia yg baik...musnahkan...musnahkan!"
Dalam kerja perlu ada intergriti. Walaupun kau tak semulia dan sebaik mana ... diperli, dihina, diketepikan atau di apa sekalipun ... ingatlah "REZEKI YANG SEDIKIT KALAU BERKAT ITU LEBIH BAIK!". Biar kita tak naik pangkat, tak ada kuasa, atau tidak dipedulikan sekalipun ... teruslah kerja dengan hati yg ikhlas. Kalau nak claim OT pun, claimlah setakat kau memang buat kerja tu. Kalau sikit...sikitlah! Dah itu rezeki yang Allah beri. Syukur dan belajar utk mengatakan CUKUP!
Jangan sesekali aniayai orang lain. Untuk berjaya mungkin jalannya susah, tapi hasilnya Insya-Allah berpanjangan. Jangan pijak orang lain untuk naik ke atas. Untuk dapat pangkat, kuasa dan pengaruh! Cepat naik cepatlah jatuh. Hari ini kita lingkupkan kerjaya org lain dgn singkirkan dia dgn cara yg salah, Insya-Allah bila sampai masanya Allah akan tarik segala kehebatan dan rezeki yang ada pada kita. Dan masa itu mungkin ia lebih teruk daripada apa yang kita lakukan pada orang lain. Nak menangis masa tu? Nak minta maaf pada org yg kita aniayai ... ermmm kot dia nak maafkan perangai laknat kita!!
Kalau kita mati sebelum minta maaf pada manusia yg kita aniayai ... mcm mana?? Kot kita sakit nak mati dok sebut-sebut semua dosa yg kita aniayai org lain dan sebut nama org yg kita aniayai ... mcm mana??
Dah lah dalam kerja kita aniayai org ... pastu berdendam plak! Dendam dgn org-org yg berdekatan. Jaja cerita-cerita buruk. Pastu create isu baru plak. Supaya ada yg boleh dihentam dan diperli sepanjang hidup. Best ke perli-perli org? Buat org sakit hati ... seronok ke? Banyak pahala dapat dok buat fitnah tak sudah2? Tak sudah-sudah ke? Org lain dah buka baru dah. Tapi hangpa dok tang takuk lama juga. Makin berkuasa, makin dangkal pemikiran, makin tinggi iri hati dan dengki.
Kadangkala kita nie lupa yg kita semuanya hamba! Kuasa yg ada ... dunia semua! Ingat boleh bawa masuk kubur?? Jangan nanti org yg berkomplot hancurkan hidup org lain pun x datang masa kematian kita. Ish! takutlah ... masa aniayai org ramai je geng, mati kena godam dalam kubur sorang2 gak!
Biar kena kutuk or perli lagi baik, daripada zahir org pandang 'macam mulia' tapi hakikatnya hati busuk!! Orang-orang mcm ini lupa yang doa manusia yang dianiayai selalunya dimakbulkan Allah.
Mak aku ckp ..."selagi kita bersyukur dengan rezki yang ALLAH beri, sikit pun kita akan rasa CUKUP! Tapi kalau kita tak bersyukur, banyak pun kita akan terasa masih lagi kurang!" Lagi satu mak aku pesan ... " biar kita berjaya dengan usaha sendiri, doa dn izin Tuhan bukan berjaya dengan pijak org lain, cepat naik, cepatlah hang jatuh!"
Bukan semua rezeki yang kita dapat itu hak kita!! Korang fikirlah ... aku pun tak pandai sangat. Semua orang kejar duit ... tipulah kalau aku ckp aku tak nak duit kan ... tp biar betul dan halal caranya! Duit tu pun aku bg mak ayah aku skit2, so .. kalau sumber tak betul ... apa cerita kan?.
Sapa yang dok bayar 2-3 rumah dan kereta besaq2 dengan duit tak betul ... pikir2 habis dah ka? Mcm nak hidup lama ka kat dunia nie? Jangan amik kesempatan kontrak juta-juta, kontraktor tak buat keje pun ... kita buat2 pejam mata sebab ada habuan tersendiri!!
Nak tahu kenapa manusia suka aniayai manusia lain ... salah satunya sebab ......... DUIT!! Kertas je pun tapi boleh buat manusia jadi tamak haloba ... boleh buat manusia jadi gelap mata.
Aku pun tak baik manapun. Tak bagus pun. Ada juga salah silap sana sini. Sebab manusia tiada yg sempurna perangainya kecuali para Nabi dan Rasul Allah biarpun Allah telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian dunia. Tapi bab-bab nak aniayai org ... yg kita tak tahu hujung pangkal, betul atau salah ... even betul ke pun ... aku bukan hakim utk jatuh hukum. Lebih senang bersikap berkecuali. Tak sekapal atau ditinggalkan kapal pun takpa. Nak cakap aku pentingkan diri pun takpa ... sebab aku tahu bila susah yg tolong aku pun Allah, mak ayah, family n kawan-kawan rapat je!
Aku pelik bila manusia yang ngadap Tuhan sehari semalam 5 waktu ... boleh aniayai hidup org lain! Perghhh terbaik ... Tahniah laaaa ... bekalan akhirat ke tu??.
Cuma satu jelah nak ckp, "Allah tak suruh kita aniayai org lain utk dapatkan sesuatu yg kita hajati! Pikir2lah no ... balasan Allah CASH!"
Sekali Allah beri balasan ... mungkin masa itu akan terkenang kisah silam! Tapi bak kata SEPAH ... "barang yang lepas usah dikenang ...". Tak payah fikir pasal orang yang dah kau aniayai .... sebab masa kau aniayai orang mestilah kau tak sukakan org tu ... ye tak?? Jadi perlu ke fikir tentang org yg kita tak suka ....
Tunggu ajelah balasan Allah .... moga bagi pengajaran!
CK : entry nie dah lama aku tulis....tersimpan dekat note fb satu lagi tuh! sekadar cetusan rasa ... sapa yang terasa ambillah ... he he he
that so true sis!
ReplyDeletei like it!!!
loikeee!
ReplyDeleteSusahnya nak mencari yang ikhlas dalam menunaikan amanah. Sukarnya nak mencari yang redha dalam menjalani kehidupan.
ReplyDeleteTerbaik.. situasi sy skrng.. semua tuh.. tgh tanggung beban yg berat dlm kerjaya krn org yg busuk ati
ReplyDeletesangat setuju dengan tulisan di atas
ReplyDelete