Showing posts with label Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Iskandar. Show all posts

Friday, August 14, 2015

ISKANDAR AMBIL DARAH KALI KEDUA

Assalamualaikum...


Aku baru balik dari Klinik Presint 18. Ambil darah Iskandar untuk kali kedua. Kali pertama ambil hari Isnin, lepas tu doktor terus setkan appointment untuk ambil darah kali kedua sebab bacaan platelet darah dia tinggi ... hampir 572,000 permikroliter. Sedangkan bacaan platelet darah yang normal adalah 150,000 - 450,000 permikroliter. Yang aku baca dan doktor bagitahu la. Aku tak reti sangat bahasa perubatan nie. Tapi cuba nak ambil tahu bila dah beranak ni. Nak tahu lebih lanjut kena rujuk pakar perubatan ya. Hari ni bila ambil darah sekali lagi, platelet dalam darah Iskandar dah turun jadi normal ... bacaan dalam 300,000! Alhamdulillah. Cuma kaki tangan dia tetap rasa panas-panas dan sekali ada bahang-bahang. Cuma doktor bagitahu, bila umur Iskandar cukup setahun dia kena ambil darah sekali lagi sebab nak tahu tahap kesihatan dia macam mana.



Nasib baik Iskandar sangat behave bila ambil darah. Dia tak nangis. Cuma eeeeek sikit je. Aicehhh macam la aku yang bawa dia masuk makmal, walhal hasben aku yang bawa masuk. Aku dah tak sanggup nak tengok akak-akak misi yang comey2 tu cucuk Iskandar untuk ambil darah. Trauma rasanya! Kalau setakat cucuk vaksin tu aku okey lagi. Cucuk amek darah ni macam tak sanggup bila mengenangkan keadaan Iskandar masa warded dulu. Aku plak rasa nak lempang doktor kat Hospital Sultanah Bahiyah tu .... doktor praktikal amek darah anak aku sampai 5-6 kali try tak dapat .... Iskandar dah meraung sampai hilang suara. Nak tidor pun dia still merengek! Pastu kul 3 pagi kejut lagi anak aku semata-mata nak amek darah. Vangang sangat tau ... dah tahu tak reti amek darah bagi la kat doktor yang dah bertauliah. Masa tu aku sikit lagi nak hilang sabar, kalau tak tak tahu la apa nak jadi. Geram punya pasal terus aku minta 'check out' dari hospital tu. Kesian anak aku! Aku ni kan mak mak yang muke gangster tapi hati macam agar-agar bila dah ada anak ni. hahahahaha .... sabo ajelah!! Yelah mak mana yang sanggup tengok anaknya sakit kan....

Entry ni aku type dari opis hasben sampai balik rumah tak sudah2. Maka wajarlah aku stop kat sini. Nak pi Tesco sat...cari diapers Iskandar. Kata ada sale diapers drypers kat sana, haruslah terjahkan.....okeh cau cin cau dulu ya!


P/s ; Alhamdulillah dapat juga aku sempurnakan puasa 6 bulan Syawal. Tahun lepas tak sempat....

Monday, April 27, 2015

BERHENTI KERJA

Assalamualaikum ...

Malam tadi, lepas balik dari Maternity & Children Expo dekat Shah Alam Convention Centre (SACC), dah siap semua kerja dan tidurkan Iskandar ... gigih aku buka blog. Kononnya nak update la almaklumlah dah seminggu lebih blog bersawang bukan main. Bila dah on blog idea plak beku. Haish nak cerita apa nie? Kusut memanjang skang kalau nak story-story kat blog. Tengok wajah Iskandar terus off pc ... hahahahaha! Setakat ini, aura anak soleh lagi kuat dari blog. Kadang hati plak terkinja-kinja nak menaip dan share citer bagai. 

Patutnya hari ini 1st day hantar Iskandar ke rumah pengasuh. Disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, esok baru hantar. Sedih hati mommy bila nak berjauhan dengan Iskandar selama 9jam sehari. Adusss, kepala aku fikir macam-macam. Dah 2 bulan dan 2 minggu, kelek Iskandar sana sini. Peluk cium siang malam, tetiba nak kasi orang jaga. Sayu hati aku. Tapi nak buat macam mana, ekonomi pun belum kukuh sangat kalau nak berhenti kerja dan jadi surirumah. Kalau sekarang nie aku dah ada bisnes part time, memang aku berhenti keje sekarang. Janji ada kerja dan dalam masa yang sama boleh besar, asuh dan didik anak soleh depan mata. Dulu, sebelum kahwin dan dah kahwin tapi belum ada anak ... perkara nak berhenti kerja tak pernah terlintas kat kepala otak aku nie. But, since dah ada Iskandar ... rasa nak berhenti kerja untuk jaga anak membuak-buak. Hasben aku tak setuju cadangan tu. Lagipun, aku pun tak bersedia 100% + 6% (gst) untuk berhenti kerja ... 

Aku tahu, jadi surirumah memang penat. Kerja 24jam. Takda rehat dan takda gaji. So, para suami please ... hargai! Jaga anak soleh tak kira masa. Tengah sedap mimpi shopping handbag MK  (taknak kalah tuuu ...kikikiki) tetiba anak soleh melalak terjaga nak susu. Dah tenyeh-tenyeh mata pi dapur buatkan susu. Dah cancel handbag MK tu ... hahahaha! Ini yang aku lalui selama sebulan menjadi surirumah sepenuh masa. Ada banyak lagi la cabaran2 yang dilalui sebagai pestime mother nie. Pernah nangis sedu sedanlah aku nie sebab anak soleh nangis melalak taknak diam. Urut dada weh ... panik pun ada! Last-last tipon hasben suh balik dari keje. hahahaha. Cabaran nie! Eh, korang jangan dok cakap, "ala baru anak sorang dah kecoooh ... orang lain anak sepuluh kot, lex-lex je!". Aku pang sedasss kang. Positive sket ye! Bermula dengan anak soleh/solehah sorang la kau akan tahu penat ke tak jadi isteri + ibu + surirumah! Lain la kalau ko lahirkan anak kembar ... lagi kelam kabut kot aku rasa. Dulu kau lahir anak sorang jugakan ... so, jangan nak persenda orang yek! huhu

Apapun aku bersyukur, kehadiran Iskandar menjadikan aku seorang yang sangat penyabar berbanding dulu. Bukannya dulu aku tak sabar, tapi dulu tu kesabaran menipis sesangat. Senipis kulit bawang aku rasa. Sket-sket nak temper je! Dah kahwin temper pun dah kurang ... kang tak pasal kena tazkirah dengan hasben. Hasben aku kalau bagi tazkirah, memang leleh taik telinga ... hahahaha! Bila dah ada anak, sabar tu makin hari makin meninggi. Heh, baguskan? ha ha ha. Sebab sabar dah makin meninggi tu la dalam kepala tetiba bleh nak berhenti kerja. Sesaja tanya hasben, "sayang rasa macam nak berhenti keje je ... seronok pulak dok rumah jaga anak ...!". Dalam masa yang sama senyum kambing gurun kat hasben. huhuhu. Hasben aku tak sokong pertanyaan sesaje aku tu. 

Bila fikir balik, sekarang tentu rasa .."eh bestnye dok rumah ... jaga anak, masak ... kemas rumah!". Esok-esok aku tak tahu la bosan ke idak dok rumah. Yelah, aku tak pernah menganggur. Habis belajar terus kerja ... dari kerja sambilan sampailah dah dapat kerja tetap dengan gomen. So, reti sangat ke nak habiskan masa kat rumah. Apapun aku memang ada azam ... kalau boleh nak bersara awal. Tapi time  tu biarlah ekonomi dah kukuh dan aku dah ada bisnes sendiri. Itu impian. Kena usaha lelebih. Nak berjaya bukan harap cakap dan buat impian je. Apapun bergantung kepada keadaan masa hadapan macam mana...kalau rasa berhenti kerja tu lebih baik, aku berhenti. Tapi kalau keadaan memerlukan aku kerja sampai pencen, aku ok je! Walaupun masa tu nak pegang pen pun gigil ... nak menaip pun cari abjad tak jumpa ... 

Melayang-layang kepala otak, bisnes apa yang boleh buat aku berhenti awal dari kerja sekarang? Aku nak kerja dari rumah yang boleh buat income ... so, Iskandar boleh gelek-gelek depan mata aku je! hohohoho .... Impian nie!!

Okeylah, nak sambung buat kerja rumah sementara Iskandar tengah mimpi! Bukan senang nak tengok Iskandar mimpi lama-lama ...Meh, aku belanja sket gambar Iskandar. Nampak mate je lah. Muke Iskandar naik ruam bila panas, dah tu jadi keras plak. Tension mommy dok pk camne nak ilangkan. Alahaaaai ...


Inilah wajah syurga mommy!
Intan payung pengarang jantung bagai ...
Dah pandai buat muke sedih kena dok sorang-sorang ... hahaha.

Love, mommy Iskandar!

Thursday, April 9, 2015

56 HARI MENJADI MOMMY

Assalamualaikum ...

Perghh rindu giler kat blog. Langsung tak dapat nak hadap. Sejak bertitle mommy nie, anak soleh itu adalah keutamaan. Pandang wajah Iskandar hari-hari tak pernah jemu, malah menjadikan aku seorang mommy yang asyik rindukan anaknya. Owh lupa, anak soleh aku tu nama manjanya Iskandar. Singkatan ajelah. Nama penuh panjang sangat. Dah 56 hari aku jadi mommy pada Iskandar, my little khalifah yang meruntun hati dan jiwa aku setiap masa. Menjadi seorang mommy adalah satu perkara yang aku sukar untuk percaya, tapi itulah hakikatnya. Umur dalam 3-4 tahun lagi nak masuk 4 series baru jadi mommy, wajiblah bersyukurkan! Ada orang bertahun-tahun melayari bahtera rumahtangga, tapi cuma berdua je. Bertahun-tahun berusaha nak dapat anak, tapi masih belum rezeki. So, aku wajib bersyukur, kahwin lambat tapi dapat anak cepat ... ;p! Setiap susunan yang Allah rancangkan buat hamba-hambanya cukup cantik dan indah!

Lepas ni, mungkin banyak cerita pasal Iskandar. Pasal bapaknye sikit-sikit je ... ngeeeee. Bab masak-masak, jalan-jalan cari makan mungkin tak banyak macam dulu. Sekarang nie pun nak masak tak sempat, masak pun simple-simple je. Asal nak masak je Iskandar dah buka speakers kuat-kuat mengalahkan speaker surau dekat bawah apartment aku tu. Nak masak pun kelam kabut, ini kan pulak nak update blog. Ermmm memang ke laut sekejaplah blog aku nie. Sementara nak sesuaikan diri jadi mommy, nak susun jadual harian lagi ... so, mana yang perlu diabaikan, akan terabailah untuk sementara waktu ni. Coz tu korang tengok blog aku ni memang jenis tenggelam timbul. Kejap ada kejap takde. Macamlah sebelum ni rajin bebenor update kheeeng!!

Bila dah ada anak nie, barulah tahu ... menjadi mommy tak semudah kata-kata. Bukan teori, bukan praktikal tapi realiti yang kadang-kadang menguji kesabaran. Selalu jaga anak orang, sekarang anak sendiri. Beza jaga anak sendiri dengan anak orang, jauh langit dengan bumi. Dah ada anak sendiri, baru tahu erti sabar melampaui batas, tido tak cukup, kena cari banyak knowledge tentang penjagaan anak-anak, kena rajin bertanya, kena peka pada perubahan anak ... uihs bak kata semua perkara kena belajar dan belajar. Kena google dan google ... ngeeee! Info hujung jari sekarang nie. Waima taik anak pun menjadi isu utama perbincangan suami isteri skang nie. Bila anak aku cirit birit, dalam hp kebanyakan gambar taik. Sebab nak wassap hasben yang dok jauh time aku pantang masa tu. Taik pun nak tunjuk kat hasben. Apakah? Sekarang nie, aku dah tak rasa geli dah macam mula-mula jadi mommy. Masa mula dulu, sampai mak aku pun tegur, "haaai, taik anak sendiri pun geli???!!!!???". Aku species penggeli tak bertempat. Dah kena smash dengan mak sendiri. Sadis! Sejak kata-kata itu, terus delete "geli" dalam kepala. xoxoxoxoxo

Well, menjadi mommy memang kena tabah banyak-banyak. Bila dah habis pantang dan hidup sendiri tanpa bantuan mak, rasa janggal mula-mula tu. Eh, dah bertiga? Dulu berdua. Eh, dah jadi mommy? Dulu title isteri solehah je. Sekarang dah naik pangkat, jadi isteri solehah dan mommy mithali juga! Alhamdulillah. Solehah dan mithali itu adalah kata-kata doa untuk diri sendiri ;p

Nanti aku share detik-detik terindah kelahiran Iskandar! Wujudnya satu perasaan yang tak terucap dengan kata-kata dan tak tergambar oleh lukisan. Insha Allah, ada kelapangan akan aku share kat sini. Bergantung pada lama mana Iskandar tidoooooo! Time Iskandar  tido lah aku bru boleh nak buat kerja itu ini. Bertabah melalui kehidupan baru ... bertiga!

Sambung nanti. Bubye...




p/s : Mata dah jadi mata panda.