Friday, August 14, 2015

ISKANDAR AMBIL DARAH KALI KEDUA

Assalamualaikum...


Aku baru balik dari Klinik Presint 18. Ambil darah Iskandar untuk kali kedua. Kali pertama ambil hari Isnin, lepas tu doktor terus setkan appointment untuk ambil darah kali kedua sebab bacaan platelet darah dia tinggi ... hampir 572,000 permikroliter. Sedangkan bacaan platelet darah yang normal adalah 150,000 - 450,000 permikroliter. Yang aku baca dan doktor bagitahu la. Aku tak reti sangat bahasa perubatan nie. Tapi cuba nak ambil tahu bila dah beranak ni. Nak tahu lebih lanjut kena rujuk pakar perubatan ya. Hari ni bila ambil darah sekali lagi, platelet dalam darah Iskandar dah turun jadi normal ... bacaan dalam 300,000! Alhamdulillah. Cuma kaki tangan dia tetap rasa panas-panas dan sekali ada bahang-bahang. Cuma doktor bagitahu, bila umur Iskandar cukup setahun dia kena ambil darah sekali lagi sebab nak tahu tahap kesihatan dia macam mana.



Nasib baik Iskandar sangat behave bila ambil darah. Dia tak nangis. Cuma eeeeek sikit je. Aicehhh macam la aku yang bawa dia masuk makmal, walhal hasben aku yang bawa masuk. Aku dah tak sanggup nak tengok akak-akak misi yang comey2 tu cucuk Iskandar untuk ambil darah. Trauma rasanya! Kalau setakat cucuk vaksin tu aku okey lagi. Cucuk amek darah ni macam tak sanggup bila mengenangkan keadaan Iskandar masa warded dulu. Aku plak rasa nak lempang doktor kat Hospital Sultanah Bahiyah tu .... doktor praktikal amek darah anak aku sampai 5-6 kali try tak dapat .... Iskandar dah meraung sampai hilang suara. Nak tidor pun dia still merengek! Pastu kul 3 pagi kejut lagi anak aku semata-mata nak amek darah. Vangang sangat tau ... dah tahu tak reti amek darah bagi la kat doktor yang dah bertauliah. Masa tu aku sikit lagi nak hilang sabar, kalau tak tak tahu la apa nak jadi. Geram punya pasal terus aku minta 'check out' dari hospital tu. Kesian anak aku! Aku ni kan mak mak yang muke gangster tapi hati macam agar-agar bila dah ada anak ni. hahahahaha .... sabo ajelah!! Yelah mak mana yang sanggup tengok anaknya sakit kan....

Entry ni aku type dari opis hasben sampai balik rumah tak sudah2. Maka wajarlah aku stop kat sini. Nak pi Tesco sat...cari diapers Iskandar. Kata ada sale diapers drypers kat sana, haruslah terjahkan.....okeh cau cin cau dulu ya!


P/s ; Alhamdulillah dapat juga aku sempurnakan puasa 6 bulan Syawal. Tahun lepas tak sempat....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!