Monday, April 27, 2015

BERHENTI KERJA

Assalamualaikum ...

Malam tadi, lepas balik dari Maternity & Children Expo dekat Shah Alam Convention Centre (SACC), dah siap semua kerja dan tidurkan Iskandar ... gigih aku buka blog. Kononnya nak update la almaklumlah dah seminggu lebih blog bersawang bukan main. Bila dah on blog idea plak beku. Haish nak cerita apa nie? Kusut memanjang skang kalau nak story-story kat blog. Tengok wajah Iskandar terus off pc ... hahahahaha! Setakat ini, aura anak soleh lagi kuat dari blog. Kadang hati plak terkinja-kinja nak menaip dan share citer bagai. 

Patutnya hari ini 1st day hantar Iskandar ke rumah pengasuh. Disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, esok baru hantar. Sedih hati mommy bila nak berjauhan dengan Iskandar selama 9jam sehari. Adusss, kepala aku fikir macam-macam. Dah 2 bulan dan 2 minggu, kelek Iskandar sana sini. Peluk cium siang malam, tetiba nak kasi orang jaga. Sayu hati aku. Tapi nak buat macam mana, ekonomi pun belum kukuh sangat kalau nak berhenti kerja dan jadi surirumah. Kalau sekarang nie aku dah ada bisnes part time, memang aku berhenti keje sekarang. Janji ada kerja dan dalam masa yang sama boleh besar, asuh dan didik anak soleh depan mata. Dulu, sebelum kahwin dan dah kahwin tapi belum ada anak ... perkara nak berhenti kerja tak pernah terlintas kat kepala otak aku nie. But, since dah ada Iskandar ... rasa nak berhenti kerja untuk jaga anak membuak-buak. Hasben aku tak setuju cadangan tu. Lagipun, aku pun tak bersedia 100% + 6% (gst) untuk berhenti kerja ... 

Aku tahu, jadi surirumah memang penat. Kerja 24jam. Takda rehat dan takda gaji. So, para suami please ... hargai! Jaga anak soleh tak kira masa. Tengah sedap mimpi shopping handbag MK  (taknak kalah tuuu ...kikikiki) tetiba anak soleh melalak terjaga nak susu. Dah tenyeh-tenyeh mata pi dapur buatkan susu. Dah cancel handbag MK tu ... hahahaha! Ini yang aku lalui selama sebulan menjadi surirumah sepenuh masa. Ada banyak lagi la cabaran2 yang dilalui sebagai pestime mother nie. Pernah nangis sedu sedanlah aku nie sebab anak soleh nangis melalak taknak diam. Urut dada weh ... panik pun ada! Last-last tipon hasben suh balik dari keje. hahahaha. Cabaran nie! Eh, korang jangan dok cakap, "ala baru anak sorang dah kecoooh ... orang lain anak sepuluh kot, lex-lex je!". Aku pang sedasss kang. Positive sket ye! Bermula dengan anak soleh/solehah sorang la kau akan tahu penat ke tak jadi isteri + ibu + surirumah! Lain la kalau ko lahirkan anak kembar ... lagi kelam kabut kot aku rasa. Dulu kau lahir anak sorang jugakan ... so, jangan nak persenda orang yek! huhu

Apapun aku bersyukur, kehadiran Iskandar menjadikan aku seorang yang sangat penyabar berbanding dulu. Bukannya dulu aku tak sabar, tapi dulu tu kesabaran menipis sesangat. Senipis kulit bawang aku rasa. Sket-sket nak temper je! Dah kahwin temper pun dah kurang ... kang tak pasal kena tazkirah dengan hasben. Hasben aku kalau bagi tazkirah, memang leleh taik telinga ... hahahaha! Bila dah ada anak, sabar tu makin hari makin meninggi. Heh, baguskan? ha ha ha. Sebab sabar dah makin meninggi tu la dalam kepala tetiba bleh nak berhenti kerja. Sesaja tanya hasben, "sayang rasa macam nak berhenti keje je ... seronok pulak dok rumah jaga anak ...!". Dalam masa yang sama senyum kambing gurun kat hasben. huhuhu. Hasben aku tak sokong pertanyaan sesaje aku tu. 

Bila fikir balik, sekarang tentu rasa .."eh bestnye dok rumah ... jaga anak, masak ... kemas rumah!". Esok-esok aku tak tahu la bosan ke idak dok rumah. Yelah, aku tak pernah menganggur. Habis belajar terus kerja ... dari kerja sambilan sampailah dah dapat kerja tetap dengan gomen. So, reti sangat ke nak habiskan masa kat rumah. Apapun aku memang ada azam ... kalau boleh nak bersara awal. Tapi time  tu biarlah ekonomi dah kukuh dan aku dah ada bisnes sendiri. Itu impian. Kena usaha lelebih. Nak berjaya bukan harap cakap dan buat impian je. Apapun bergantung kepada keadaan masa hadapan macam mana...kalau rasa berhenti kerja tu lebih baik, aku berhenti. Tapi kalau keadaan memerlukan aku kerja sampai pencen, aku ok je! Walaupun masa tu nak pegang pen pun gigil ... nak menaip pun cari abjad tak jumpa ... 

Melayang-layang kepala otak, bisnes apa yang boleh buat aku berhenti awal dari kerja sekarang? Aku nak kerja dari rumah yang boleh buat income ... so, Iskandar boleh gelek-gelek depan mata aku je! hohohoho .... Impian nie!!

Okeylah, nak sambung buat kerja rumah sementara Iskandar tengah mimpi! Bukan senang nak tengok Iskandar mimpi lama-lama ...Meh, aku belanja sket gambar Iskandar. Nampak mate je lah. Muke Iskandar naik ruam bila panas, dah tu jadi keras plak. Tension mommy dok pk camne nak ilangkan. Alahaaaai ...


Inilah wajah syurga mommy!
Intan payung pengarang jantung bagai ...
Dah pandai buat muke sedih kena dok sorang-sorang ... hahaha.

Love, mommy Iskandar!

7 comments:

  1. ya allah comelnya... kannn kalau ada income tambahan mmg nak benti kerja didik anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mayang ... ciptaan Allah. Betul tu, kalau ada income tambahan memang dah berhenti keje. Nak besarkan dan didik anak2 depan mata.

      Delete
  2. sm la kak..nk benti keje ekonomi xkukuh lg.. mentabah je la..

    kak, sy apply minyak kelapa dara kt ruam anak, alhamdulillah ok, kulit jd halus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la tina...pk ekonomi tak kukuh la kena keje juga. Okeh terima kasih petua tu nanti akk cuba kat Iskandar. Tq sangat2

      Delete
  3. semoga bby Iskandar membesar sebagai anak yg soleh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sheila....Insya Allah, moga jadi anak soleh nti. Ameen

      Delete
  4. Allah....comelnya dia.....

    Lagi satu kan...setiap anak kan berbeza perangai. Ada yg x banyak.kerenah, ada yang manja dengan kita. So haruslah berbeza.

    Tabahkan hati dulu. Akk dh tua ni pun x berani nak berenti lagi. Asyik dok pk masa depan ekonomi jer. Paling takut...mana nak cekau dana untuk kos perubatan bila tua sungguh2 nnt.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!