Friday, April 4, 2014

RUMAH FARA FAUZANA

Assalamualaikum ...



Hari Jumaat, time lunch hari ini aku tak balik. Malas. Hasben kata dia nak solat kat Masjid Besi ja. So, marilah lepak sorang-sorang dekat opis sambil bw dari blog ke blog sampai lebam. Pulun bw terberkenan plak dengan gambar rumah Fara Fauzana seorang DJ yang hot ini. Mari kita melawat rumah FF apa adanya. Nak pergi rumah dia, of course la dia tak jemput kheeen. Dia pun tak kenal ko sape, takkan sibuk nak jemput pulak. Tengok gambar pun hokeh juga.



Kalaulah aku dapat sebuah rumah macam nie, syukur sangat. Skang menumpang rumah Kerajaan je. Masih berusaha mengumpul wang untuk miliki rumah sendiri. Tapi aku dan hasben sedang ushar tanah kat kampung hasben. Kalau dapatlah .... (harap-harap dapat!)


Cantikkan? Potang-potang bolehlah minum sini. Buat cekodok seketui dua plus plak ayaq kopi 2-3 cawan ... oh hooooi layan!! Tau tau dah terlelap kat sini, sedar-sedar dah malam. Eekekekekeke. Aku suke konsep yang FF pilih untuk mini garden dia nie. Simple tapi nice sangat.


Ruang tamu rumah FF. Simple! Aku suke. Aku nie suke konsep moden dan simple. But hasben aku pulak dia suka konsep yang vantage sket. Berlawanan kami ni. Konsep yang FF pilih ni nampak kemas tapi smart. Kalau penat balik keje pun kepala tak pening!


 Ai ollsss suke dengan sofa merah ini. Merah aku punya peberet color. So, bila pandang merah sentiasa aku terpesona memanjang! Memang sangat nampak santai dan tenang.


Bilik tidur yang luas dan ringkas. Boleh main kejar-kejar kalau dapat bilik tiru macam nie. Sekali pandang macam bilik tidur lelaki je. Simple bebenor. Tapi aku tetap suka ... tak nampak serabut.


Pandang bilik tidur dari arah lain pulak. Inilah design bilik tidur yang hasben aku suke sebab dia tak attach terus dengan bilik air. So, nampak la tak kusut sangat. Menarik-menarik. Kalau berjaya dapat tanah rumah yang kami suami isteri idamkan tu, sudah pasti design bilik tidur camni aku pilih. 


Bilalah nak ada rumah sendiri? Tak sabar nak hias ikut sedap hati sendiri.

Sumber gambar : zamrispoon.blogspot.com
 




p/s : Asyik google tengok design rumah ajelah keje aku nie.

4 comments:

  1. Lawa rumah Fafau nih...dr td nak bukak website tu, tapi intenet slow..sib baik dapat tengok kat sini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan....besar pulak tu. best kalau ada rumah camni

      Delete
  2. Replies
    1. kita tumpang tengok rumah org yg cantik je...hehehehe

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!