Sebelum ni aku pernah share tentang permohonan rumah PPA1M yang aku mohon dalam entry ni. Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya permohonan aku berjaya. Memang rezeki Iskandar. Dan Alhamdulillah impian aku untuk ada rumah sendiri tercapai, walau orang cakap 'rumah burung'! Okey la kan dari takda langsung. Wajib bersyukur dengan rezki yang Allah beri. Nak lebih, kita usaha lebih ... untuk rumah idaman seterusnya, banglo setingkat ...aaauuuuuwwww! Bak kata adik aku, 'dream high'! Takpe, kita merancang dan berusaha, Allah yang menentukan. Bukan kena bayar pun berimpian nie. kan kan kan ....
Memandangkan akan ada rumah sendiri nanti, Insha Allah dalam tempoh 2 tahun lagi rumah tu akan siap, apakata kita berimpian dengan dekorasi dalaman. Dok rumah sendiri nak dekorasi macam mana pun rasa puas dan berbaloi. Dok kuarters kerajaan nak deko pun rasa malas bebenor. Tapi prinsip aku, deko setakat kemampuan je. Best tengok orang deko dorang punya ruang tamu, bilik tidor, dapur ... tapi ada aku tak semampu mana pun nak deko tahap gaban. Aim utama aku sekarang ni untuk rumah baru tu nanti, nak deko sikit-sikit dekat ruang tamu. Aku nak konsep moden yang simple. Tak tau la tercapai ke tak hasrat aku, kadang berlaga angin juga dengan hasben bab2 ni. Citarasa kitaorang tak sama weh! hohohoho bertabah la! Meh aku share antara deko ruang tamu dan wall tv yang menjadi idaman aku. Nampak simple dan smart. Macam-macam deko ada, aku dapat dari facebook.
Macam ni nampak simple. Tapi smart.
Camni elegen juga. Boleh Iskandar main panjat2 ..haahhahaha
Ini pulak nampak luas. Lagi simple. Ini adalah salah satu pilihan aku. Tak semak mata memandang ;)
Yang ni pulak simple sangat, kalau rumah bujang sesuai sangat nie. Takyah kemas banyak2.
Ini pun ok juga untuk rumah bujang atau yang baru berkahwin. Simple but nice.
Ini deko pilihan kedua aku. Menarik tertarik .... okeh boleh masuk dalam list dah. Kalau rumah aku sekarang macam ni, petang2 boleh la layan Syurga Nur kat TV3 tu. Korang layan tak drama neh? Aku 7.30pm baru dapat tengok. Sebelum tu kena bagi laluan kat hasben aku layan berita kat NTV7 dulu...erghhhhhhh
Yang pilihan ke3. Masuk list juga ...heheheheh
Ruang tamu untuk bersantai2. Putih bersih. Aku prefer kaler merah, hitam atau hijau pucuk pisang. Kalau putih suci murni ni tak sanggup nak jaga ...ngeeeeeeeeeeeee
Ini pun ok juga. Siap rak buku dan hiasan lagi.
Warna menawan!
Ruang tamu macam nie memang aku suka sangat! Deko ruang tamu pilihan juga.
Ini pun okey. Nampak tenang. Cuma kaler sofa tu je kena tukar. Putih memang cantik cuma aku je tak sanggup nak jaga ....hahahhahaha
Ini pun boleh la....
Rumah yang ada sekarang ni memang takda deko langsung. Rasa macam bazir je nak deko kat rumah kerajaan nie. hehehehe. Walhal takde lah kretip, deko ni banyak juga pakai duit. Tapi kalau kretip boleh diy je banyak benda. Aku ni keras tangan ... idea deko pun ciplak orang je, barulah nak timbul idea sendiri. hahahhahaha
Apapun aku harap suatu masa impian aku nak ada dekorasi ruang tamu dan wall tv idaman ini menjadi kenyataan. Dari sekarang dah kena start menyimpan nie .... yang dah ada tu kita lelong, bleh? hahahhaha
p/s : Mengidam je lebey!
Hihi, boleh jea sis nak lelong hiasan lama. Masyuk jugak buat tambah-tambah belanja. Drama Melayu kurang lyn. heh, tv pun jarang-jarang tgk even menganggur. ^^
ReplyDeletehiasan untuk letak tv tu semua cantik2...suka tengok tapi takde rumah lagi, takpela berangan dulu kan mana tau nanti jadi kenyataan
ReplyDelete