Showing posts with label Selamat Hari Lahir CK. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Lahir CK. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

HAPPY BIRTHDAY ISTERI!

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, Allah swt masih memanjangkan usia aku. Masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan di atas dunia ini. Tahun ini sambut besday sebagai isteri. Tahun lepas sambut besday sebagai tunangan orang. Besday aku semalam. Jatuh pada hari Sabtu, so tak perlulah nak mohon cuti bagaikan. 4-5 tahun kebelakangan nie, kalau besday aku jatuh hari bekerja, makanya aku akan mohon cuti rehat. Apasalahnyekan ... cuti sempena besday sendiri. Nak juga meraikan ulangtahun kelahiran sendiri.

Normally, kalau besday aku ... hasben (tahun-tahun sebelum tu masih belum kahwin ... kira gf/bf la) dia akn wish besday aku tepat 12.00 malam. Tapi tahun nie tak berlaku sedemikian rupa. Aku siap tidur, bangun balik ... tidur bangun balik ... belek henpon, apsal takde wish papepun. Hasben tengok aku pun dia buat relax je sampai layan tv. Eh, ini tak boleh jadi! Dia lupa ke ... beberapa minit lagi aku nak sambut besday. Sabar je! Dalam hati tu ada la sedikit merajuk tapi malas nak tunjuk. Terus masuk bilik aku tidur. Sedar .. sedar dah 2.30 pagi. Terus belek hp, eh ... takde wish juga! Sambung balik tidur. Aku ni biasalah, kalau satu perkara tu dah jadi kebiasaan tapi hasben tak buat, aku memang tak senang hidup. Nak tidur pun tak lena. 4.00 pagi aku bangun lagi, belek hp ... takde juga! Terus on kan FB kat hp, tengok ada pm ... terus buka! Yes ... hasben pm je kat fb. Barulah aku dapat lelap sampai pagi.

Pagi aku bangun awal, sebenarnya ada benda lagi yang aku tak puashati. Kad besday ... aku memang excited dapat kad besday dan kad raya dari hasben. Bab hadiah aku tak kisah sangat. Tapi bab kad memang aku kisah ... sebab aku suka baca semua kad-kad raya/besday yang hasben hantar dari awal kami kenal as a frenz. Bagi aku, hadiah kita boleh beli sendiri ... tapi kata-kata dalam kad tu hanya special dari si pemberi je. Kiranya ada sentimental value kat situ.

Bila bangun tidur pagi semalam, terus aku pusing semua sudut rumah .... aku cari kad! Sekali ... jeng jeng jeng .....


Terjumpalah kad besday atas meja makan. Sebelum tu dah satu ruang tamu aku cari. Boleh tak perasan plak hasben letak atas meja makan siap sekuntum bunga dan roti tuna. Masa tak jumpa tu aku dah sedikit kecewa sebenarnya. ha ha ha. Choooi ... hasben taktau yang isteri dia nie cepat touching dan sentap tapi suka pendam. Pastu lama-lama lupa! ha ha ha. Malas nak serabut kepala hasben dengan perangai sentap aku, hasben bukan jenis nak memujuk sangat pun. Jadi buat ape penat nak merajuk-rajuk kan ... rugi je masa aku kang. wakakakakaka ...

Sebelum tu aku dah belek beg keje hasben, jumpa plastic bag parkson ... sah ini mesti malam tadi dia beli kad kat parkson masa aku ajak dia pi cari hadiah besday anak kawan. Padanlah dia masa berpecah tu, dia kata nanti jumpa je depan pintu parkson. Tapi tak nampak plak dia bawa plastic bag ... mesti sembunyi dalam poket tuh! Hasben aku memang suka surprisekan aku. Aku je tak reti nak surprise kan dia. Samalah masa bulan puasa aritu, siap hantar kad raya kad aku tapi dia pi hantar dekat kaunter pertanyaan kat lobi opis. Pastu PA office hantar la kat aku ... siap nama dan alamat penuh bagi tapi takde setem. Sapelah plak rajin anta kad raya, sekali buka .... hasben sendiri. wakakakaka. Syioooook ... baca berkali2 sampai menitis air mata. Touching terlebey plak time tu. he he he he he he.


Happy birthday untuk aku!! Ucapan kat dalam takyah la sharekan ... simpan untuk diri sendiri. Dan petang semalam, kami pi jenjalan kat Silka Cheras. Dapatlah makan sepotong kek. Alhamdulillah. Lepas balik dari Silka Cheras, aku ajak hasben pergi KLIA2 jenjalan. Syiok juga pi KLIA2 ... besar sangat. Jenjalan tak sampai setengah jam, perut aku mengeras .... terus ajak hasben balik. Takleh jalan lelama dah skang, baby mengeras dalam perut. Agaknye baby pun penat dari tengahari jenjalankan.

Sampai Putrajaya ... ajak hasben pekena maggi goreng mamak plak. Perut dah lapar sangat. Order sepinggan share berdua! Sedap je. Lepak kejap terus balik rumah. Kat rumah sambung plak layan tv berdua ... memang semalam hari rehat kami sempena birthday aku! Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku lalui semua ini. Syukur!!



p/s : Beza dulu dan sekarang ...

Friday, September 6, 2013

MY DAY

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah .... masih ada nafas!

Semoga panjang usia .. diberikan rahmat dan keberkatan dalam hidup olehNya.
Semoga senantiasa dimurahkan rezeki yang halal lagi berkat

Semoga dipermudahkan urusan jodoh yang satu ini ;p dan kekal hingga ke syurga sana
Semoga dianugerahkan kesihatan yang baik-baik, kekuatan daya ingatan yang hebat!

Semoga kehidupan dan perjalanan hidup aku dijauhkan dari kejahatan, buruk sangka, busuk hati, dengki khianat yang aku ketahui dan juga yang tidak aku ketahui. Ya-Allah lindungilah diri hambaMu ini.

Semoga segalanya ... urusan hidup dipermudahkan dan berakhir dengan kebaikan.
Hari ini hari aku. Hari aku dilahirkan ... terima kasih Ya-Allah, syukur padaMU aku masih dipanjangkan usia

Terima kasih mak ... kerana melahirkan, menyusukan, menjaga dan mendidik dengan baik dan penuh kasih sayang.
Terima kasih ayah, bekerja keras membesarkan ... menyekolahkan, mendidik, melindungi diri ini dan menatang diri ini bagai minyak yg penuh!


Terima kasih pada semua yang wish kat aku! sayang korang ....



Tahun ini tak ada kek ..
Sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya
Yang beza cuma umur makin meningkat

Tapi aku bersyukur, umur makin meningkat ini, usia makin tua
Aku harap aku makin matang
Aku bersyukur walau tak jamah kek hari lahir ...
Tapi beberapa hari sebelum hari kelahiran aku, dapat juga makan mee kari ketam hasil air tangan sendiri.


#Umur aku meningkat 1 tahun hari ini, tapi RON95 naik 20sen
#Umur aku meningkat 1 tahun hari ini, ada peniaga yang jual teh tarik dengan kenaikan harga 20sen

Terima kasih Ya-Allah atas segala-galanya!




CK : Tunggu hadiah ulangtahun kelahiran paling bermakna .....


Friday, September 7, 2012

MASIH BERKESEMPATAN ... ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum ...




Semalam aku tak update apa-apa kat blog! Sebabnya semalam hari kelahiran aku. Sesekali bercuti itu adalah perlu sempena ulangtahun kelahiran sendiri ... bukan? Inilah masa kita nak menghargai diri sendiri. Dan perkara ini aku praktikkan dengan mengambil cuti bekerja ;=). Indah dah nikmat bila orang lain sibuk bekerja dan aku pula sibuk memikirkan apa yang perlu aku buat sempena ulangtahun kelahiran. Cuti bekerja sehari sahaja dalam setahun sempena ulangtahun kelahiran sendiri adalah satu perkara yang menyeronokkan. Macam sempena ulangtahun keputeraaan pulakkan ... dapat cuti umum bagai ;=)


Walaupun tanpa sebiji kek, ulangtahun kelahiran aku tetap berlangsung dengan baik! Ramai kawan-kawan dan adik-adik ucapkan Selamat Hari Lahir. Ada yang sms, post dekat FB dan PM dekat FB aku! Terima kasih buat semua! Paling ramai yang posted wall dekat FB CKK berbanding FB khas buat kawan-kawan yang aku kenal. Mereka lupakah tentang ulangtahun aku kali ini?


Tak kisah tentang itu, kalau ada yang lupa ... masih ada yang lain akan mengingatinya. Bukankah begitu? Dan hati aku seringkali merasa terhibur, suka dan bersyukur bila membaca sms, pm dan wall posted dari kawan-kawan sendiri dan kawan-kawan dunia maya. Tidak lupa tentang doa kalian buat aku. Terima kasih untuk kalian sekali lagi!


Bukan setakat ucapan hari lahir dan doa ... tapi ada juga yang tanya, "bila nak bertukar jadi puan ...", "bila nak kahwin nie ...". This year bila kawan-kawan tanya macam tu, yelah usia dah meningkat dengan banyakkan ... tapi maintain comel memang patut pun soalan tu diajukan. Cumanya tahun ini berani sikitlah menyatakan perancangan hidup aku pada kengkawan dengan harapan ia termakbul. Insya-Allah kalau benar dan betul apa yang dirancang, 2013 jadi kenyataan.  Doakan untuk aku ye ;=) Apapun biarlah Allah swt yang menentukan, sama ada ia berlaku atau sebaliknya. Sebagai hamba, aku dan dia cuma usaha yang terbaik buat kami. Lagipun dia yang menyatakan begitu, jika benar ... hanya rasa syukur yang aku panjatkan buat Mu Ya-Allah!



Hari ini bukan 6 September 2012, tapi ini tarikh semalam ... tarikh ulangtahun kelahiran aku! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang olehNya menghirup udara segar di dunia ini. Diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan, bertaubat atas segala salah silap, berbakti dan beramal kerana Dia Yang Esa! Aku sendiri tak pasti usia aku sampai bila, tapi aku berharap doa-doa kawan-kawan dan family buat aku dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa!


Dan hari ini, si teman akan belikan hadiah untuk aku sempena ulangtahun kelahiran. Yes, sukeeee!!! Sekarang nie dah takda surprise2 macam dulu lagi dah, sekarang nie nak apa ... cakap, kalau mampu kita beli! Kalau tak mampu tangguh dulu sampai cukup duit ..... nak samsung tab boleh? 


Aishhhh usia makin meningkat dan aku harap aku semakin matang dan bukannya menjadi budak-budak dalam berfikir dan membuat keputusan .... Itu yang aku  harapkan sangat-sangat! 



Sekali lagi, terima kasih buat semua yang wish dekat aku ... sayang korang ketat ketat!!





CK : Nak cerita banyak pasal birthday semalam, tapi tunggu ada masa lapang yek ....

Tuesday, September 6, 2011

Mendonut Di Hari Kejadian!!

Assalamualaikum ...


First of all, terima kasih pada semua yg wish birthday kat saya hari ini dengan sms, call, post kat wall FB1 dan FB2 ... hu hu!! Thank you so much. Paling penting doa korang untuk saya. Amin ... moga-moga dimakbulkan Allah hendakNya. Sayang korang ketat-ketat. Lebiu tau ...


Memandang hari ini adalah hari kejadian, so ... masih bercutilah! Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini saya akan bercuti setiap kali hari kejadian. Rehat. Tapi tak celebrate apapun. Ini satu cara saya menghargai diri sendiri. Tapi tahun ini campur sekali dengan cuti raya. Senang sangatlahkan ...


Kalau dah cuti tu, takkan nak dok sahaja kat rumahkan, sementara tunggu time nak pergi jalan-jalan di hari kejadian makanya saya mendonut! Sekarang nie tengah tunggu donut yang saya buat itu naik mengembang dan menggebu macam tuan dia! 


Nak tengok?? Meh ... meh saya tunjukkan donut yang tunggu masa nak menggebu pada hari kejadian. Harap-harap menjadilah hendaknya! Tak sabar nak salutkan dengan gula halus. Dah terasa keenakannya bila dikunyah!




Tak sabar nak tunggu donut nie naik menggebu. Tak sabar nak goreng dah ... cepatlah kau naik! Anggaplah donut neh ganti birthday kek. he he he .... nak buat kek masih belum pandai, setakat kek coklat kukus tu lepaslah. Tapi sesekali nak juga red velvet ke ... cheesecake ke ... carrot cake ke ... pavlova ke ... aihseeey .... teringinlah pulak!



Donut yang tidur dalam kelambu! Bangunlah cepat ye ... tuanmu dah tak sabaq nak makan. Yang pasti donut nie tidak akan dicelup-celup coklat punya.  Nanti jadi donut kat Big Apple plak. Ish tak suke. Ini pure tradisional ... letak gula halus sudahlah!



Sementara tunggu donut tuh naik menggebu, buat breakfast dulu. Alahai ... sosej blackpepper! Bukan main lagi asyik main-main dengan toys baru tu. Kira nak mengrill aje kekdahnye. Diet sihat ... no minyak! Eh ... sihat ke makan sosej je? Bolehlahkan ....



Oklah ..bufday gurl (bufday gurl la sangat .... dah remaja purba dah!)... nak pi siap-siap apa yang patut neh! Nak jenguk donut jap ... goreng then siap untuk gi meremajakan diri. Ahaks ...



Terima kasih korang sudi jenguk sini dan baca. Hug korang ketat2 ... (",)





CK : Syukur Alhamdulillah ... diberi kesempatan olehNya bernafas di bumiNya! Semoga segala doa di tahun ini dimakbulkan olehNya jua. Amin ....

Doa Panjang Umur Aje Ke???

Assalamualaikum ...


Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri! Doa selanjutnya ... semoga dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini jua di sana, AMIN!


Nak beri ucapan, sila tinggalkan kat ruangan comment ya. Kalau nak hantar hadiah nanti saya kasi alamat. he he he. Takde ini semua guruan semata! Alhamdulillah saya masih lagi bernafas di dunia ini. Terima kasih Ya-Allah, umur ku dilanjutkan kesekian kalinya dan masih berada dalam keadaan sihat gemuks. 


Belum saya sempat nak demand pasal hadiah hari lahir, awal-awal lagi saya dah dapat. In advance katanya.  Sebelum sampai tarikh ulangtahun, hadiah lagi awal sampai. Tapi belum rasmi pun lagi. Malam nie, memang gigih saya rasmi sempena ulangtahun kelahiran saya.




Ini hadiah yang saya dapat. Memang tahu je saya suka memasak. Membaking belum lagi ya! Nanti kalau dah terror merror bolehlah saya share dengan korang!  Red Velvet ke ... koman-komanlah tu! Oven ini sedang melaksanakan tugasnya yang pertama. Sangat buat saya suka.




Masakan untuk ulangtahun. Simple but nice kot. Bajet diet sebab badan tengah mengembang. Diet?? Biar betul ... Okeh tipu, mood diet belum datang lagi. Cuma mood jaga makan dan pilih makan je yg baru datang. 



Hasil dari hadiah hari lahir. Ingat tadi nak jadilah ayam panggang ala-ala kenny rogers. Kurang menjadi, terusnya hanya menjadi ayam panggang blackpepper. Saya suka kentangnya! Ayam dia lembut. Adik saya pun cakap ayam dia lembut. Terima kasih kepada si pemberi hadiah yang begitu awal sekali memberi ... nak demand lagi boleh???!


So, anggaplah ini sebagai menu celebrate birthday sendiri. hu hu .... kesian je bunyi! Takpe-takpe ... life must goes on.


Okeh stop pasal cerita hadiah hari lahir saya yang tak seberapa tapi bermakna. Saya nak cerita pasal ucapan hari lahir. Terima kasih kepada mereka yang wish birthday saya kat wall FB CKK. Encik Ben blogger terhebat pun ada juga. Tq bukan sahaja untuk En Ben ya, tapi pada semua orang juga.


Bila teringat pasal ucapan hari lahir, bertambah teringat saya pada pesanan seorang Prof. pada saya dan kawan-kawan lain. Katanya, ... 


Kalau nak ucapkan selamat hari lahir pada seseorang, jangan hanya mendoakan seseorang itu panjang umur sahaja! Perasan atau tidak kebanyakan daripada kita bile beri ucapan hari lahir hanya disertaikan dengan doa ... "semoga panjang umur ... semoga berjaya dalam hidup, semoga cepat kahwin... bla...bla...bla....".

Doakan panjang umur kepada si penerima ucapan perlu disertai dengan panjang umur serta dianugerahkan kesihatan yang baik oleh Allah. Tiada gunanya di penerima didoakan panjang umur, tapi ... sakit-sakit sepanjang umurnya! Panjang umur jugakkan tu .... ! Lepas ini sila ubah ucapan yang lebih terang dan jelas. 



Okeh ... korang faham tak??? Tak faham?? Kalau tak faham sila baca berulang kali ... Insya-Allah akan faham dengan sendirinya!


Buat mereka yang mendoakan yang baik-baik sempena hari lahir saya ... terima kasih bebanyak. Sayang korang ketat-ketat taw! Erghhh tapi takyah lah tanya umur akak berapa .... huuu sudah remaja purba rasanya! ha ha ha



Thanks sudi datang dan baca ... baca ... dan baca!



CK : Merencana perjalanan hidup ....