Tuesday, September 6, 2011

Doa Panjang Umur Aje Ke???

Assalamualaikum ...


Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri! Doa selanjutnya ... semoga dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini jua di sana, AMIN!


Nak beri ucapan, sila tinggalkan kat ruangan comment ya. Kalau nak hantar hadiah nanti saya kasi alamat. he he he. Takde ini semua guruan semata! Alhamdulillah saya masih lagi bernafas di dunia ini. Terima kasih Ya-Allah, umur ku dilanjutkan kesekian kalinya dan masih berada dalam keadaan sihat gemuks


Belum saya sempat nak demand pasal hadiah hari lahir, awal-awal lagi saya dah dapat. In advance katanyaSebelum sampai tarikh ulangtahun, hadiah lagi awal sampai. Tapi belum rasmi pun lagi. Malam nie, memang gigih saya rasmi sempena ulangtahun kelahiran saya.




Ini hadiah yang saya dapat. Memang tahu je saya suka memasak. Membaking belum lagi ya! Nanti kalau dah terror merror bolehlah saya share dengan korang!  Red Velvet ke ... koman-komanlah tu! Oven ini sedang melaksanakan tugasnya yang pertama. Sangat buat saya suka.




Masakan untuk ulangtahun. Simple but nice kot. Bajet diet sebab badan tengah mengembang. Diet?? Biar betul ... Okeh tipu, mood diet belum datang lagi. Cuma mood jaga makan dan pilih makan je yg baru datang. 



Hasil dari hadiah hari lahir. Ingat tadi nak jadilah ayam panggang ala-ala kenny rogers. Kurang menjadi, terusnya hanya menjadi ayam panggang blackpepper. Saya suka kentangnya! Ayam dia lembut. Adik saya pun cakap ayam dia lembut. Terima kasih kepada si pemberi hadiah yang begitu awal sekali memberi ... nak demand lagi boleh???!


So, anggaplah ini sebagai menu celebrate birthday sendiri. hu hu .... kesian je bunyi! Takpe-takpe ... life must goes on.


Okeh stop pasal cerita hadiah hari lahir saya yang tak seberapa tapi bermakna. Saya nak cerita pasal ucapan hari lahir. Terima kasih kepada mereka yang wish birthday saya kat wall FB CKK. Encik Ben blogger terhebat pun ada juga. Tq bukan sahaja untuk En Ben ya, tapi pada semua orang juga.


Bila teringat pasal ucapan hari lahir, bertambah teringat saya pada pesanan seorang Prof. pada saya dan kawan-kawan lain. Katanya, ... 


Kalau nak ucapkan selamat hari lahir pada seseorang, jangan hanya mendoakan seseorang itu panjang umur sahaja! Perasan atau tidak kebanyakan daripada kita bile beri ucapan hari lahir hanya disertaikan dengan doa ... "semoga panjang umur ... semoga berjaya dalam hidup, semoga cepat kahwin... bla...bla...bla....".

Doakan panjang umur kepada si penerima ucapan perlu disertai dengan panjang umur serta dianugerahkan kesihatan yang baik oleh Allah. Tiada gunanya di penerima didoakan panjang umur, tapi ... sakit-sakit sepanjang umurnya! Panjang umur jugakkan tu .... ! Lepas ini sila ubah ucapan yang lebih terang dan jelas. 



Okeh ... korang faham tak??? Tak faham?? Kalau tak faham sila baca berulang kali ... Insya-Allah akan faham dengan sendirinya!


Buat mereka yang mendoakan yang baik-baik sempena hari lahir saya ... terima kasih bebanyak. Sayang korang ketat-ketat taw! Erghhh tapi takyah lah tanya umur akak berapa .... huuu sudah remaja purba rasanya! ha ha ha



Thanks sudi datang dan baca ... baca ... dan baca!



CK : Merencana perjalanan hidup ....

5 comments:

  1. Amin. semoga sentiasa diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir...

    dan SEMOGA ....
    (seperti terkandung didalam kotak oren berkenaan.. hehe)

    untung la dier dapat hadiah OVEN tu... :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir awakkkkk!!! nk sket ayam tu, mcm sodap!

    ReplyDelete
  4. Muhd > thanks ya

    Alepridz > he he he tq tq ...

    Hani > tq ya!! meh meh dtg Putra sy buatkan hehehe, nampak sedap rasa belum pasti

    ReplyDelete
  5. vahhhvahhhvahhhh,kena rajin2 memasak taw.selamat ari jadi =)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!