Showing posts with label Selamat Hari Raya 2011. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya 2011. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Cerita Terkumpul Sebelum Raya!!

Assalamualaikum ...



Makluman
: Entry ini agak panjang lebar sebab cerita terkumpul. Kalau rajin sila baca, kalau malas layan gambar sudah ye!



Cerita sebelum balik beraya di kampung. Saya memang kelam kabut. Dengan banyak benda dalam list yang belum settle. Ini belum lagi perlu settlekan kerja-kerja office. Time tu rasa nak abai je kerja office sebab semangat raya penuh dalam dada. Penuh macam bulan mengambang tu. Eh! Dah raya dah pun masih nak cerita pasal puasa, berbuka puasa dan shopping segala. Takpekan ...


Seminggu sebelum balik kampung ...

Saya ambil cuti sehari pergi bershopping. Rasanya tahun ini shopping paling lambat dan dasyat buat hidup kami. Kami?? Saya dan Inchik Babah. Dari 10.00am hingga 10.00pm berada di KL. 12jam di bulan puasa kat KL. Dahaga jangan cakaplah. Rasa sengsara tekak nie. Ke SOGO KL. Nasib baik umat tak melaut. Bolehlah bergerak sana sini atas bawah depan belakang. 4 jam di SOGO. Beli blaus dan jeans. Raya pakai jeans. Giler hape?? Bukan untuk dipakai pada hari raya, tapi sebulan selepas raya!


Setelah tawaf SOGO sampai lembik kaki, mula melangkah ke Jalan TAR dan Masjid India. Jangan cakaplah penat bukan main. Memang tak main-main pun! Nasib baik dah remaja purba ... kalau tak mahu juga singgah Mc Donalds mengap sebiji doublecheeseburger dan ice lemon tea dengan rakus. Terjaga juga iman yang tipis nie. Alhamdulillah.


Seterusnya saya memborong tudung dan blaus again! Awak ... blaus erica tu sangat-sangat best dipakai! Nanti beli lagi ye. Selepas Syawal nie. hu hu. Tahun nie kebetulan dan memang rezeki dia untuk dapat 2 bonus. So, dia bermurah hati untuk memberikan sebahagian bonus dia pada saya seperti yang dijanjikan. Huuu thanks awak! Tak selalukan?? Setahun pun sekali je!


3 hari sebelum balik kampung ....


Habis part cuti dan shopping di KL. Beralih pula ke Seremban. Jemputan Majlis Berbuka Puasa dengan rakan seperjuangannya untuk negara Malaysia tercinta. Saya tak join pun majlis tu. Saya dan Miss Lavender bershopping di Jusco Seremban 2. So, Inchik Babah dan Mr. Z je yang pergi majlis berbuka tu. Kami berdua rela ditinggalkan di Jusco. Memang rela! Shopping lagi! Malangnya saya tak boleh pun nak over bershopping ... credit card saya dia pegang. Saja dengki taknak bagi shopping. Hampas kelapa tua sungguh! Eh ... tak bukan dengki. Memang dia taknak saya over budget again and again then merungut pasal hutang credit card yang berganda! Saya hanya mampu beli compact powder jenama PIXY jer kat Jusco hari tu. Sekian lama saya cari compact powder nie. Tak pernah tahu pun Jusco ada jual. Jumpa couple yang ntah pape kat Jusco nie.




Bedak yang diidam sekian lama. Eh! boleh flawless ke fifi ai yang chubby nie?? Bedak raya nie ...

 
3 hari sebelum balik kampung ...

Macam tahun sebelum nie, dah siap-siapkan kuih raya untuk dia. Dia nie mana pandai nak beli atau order kuih raya ar. So, pastinya kena tolong order. Okeh ... tolong order ye, bukan tolong buat. Bab buat kuih saya memang gagal. Gagal dalam erti kata masih belum putus asa



Ooopsss....special for?? uihhhhh


Cukuplah 2 jenis kuih buat buah tangan kat family dia. Hu hu ... bersama sekeping kad cinta raya. Nak feeling-feeling raya kang malu, so bagi kad raya ajelah! Sungguh konvensionalkan saya nie, siap berbagi kad raya kahwin lagi. Hu hu ... saya masih amalkan hantar kad raya jangan tak tahu ye. Setiap tahun pastinya 5 keping kad raya disediakan. Just untuk mereka yang tersayang dan teringat jelah. Tahun depan kalau korang nak kad raya ... tinggalkan alamat penuh kat ruangan komen ye! he he ...


2 hari sebelum balik kampung ....


Dia asyik meremind saya berulang kali pasal menu kegemarannya yang saya belum masakkan lagi. MEE KARI. Tiap-tiap tahun saya masakkan untuk dia sejak kami jadi sahabat/teman baik. Baik sangat ke? Kadang gaduh tak hengat. Macam-macam drama dia buat agar saya tak lupa pasal menu tu. Saya pula asal malas je ... terus buat-buat lupa. Ingatkan berjayalah lupa. Tapi tidak jugak! Terus sama sms ... 

Saya : "okeh ... saya masakkan mee kari sebelum saya balik kampung!".

Dia : "Kenapa nak masak pulak??!"

Saya : "Lorrrr kata awak nk makan ... saya masaklah. Kang ada yang meleleh air liur sampai lepas raya kang!"  



Mee kari nie sedap tapi kurang kick! Camne tu?? Dia kata kurang kick sebab kemanisan kerang tu agak kurang


Siap mee kari awak! Meh makan ... ! Komen, "Sedap tapi kurang kick ... masih tahap membanggakan!". Ha ha ha ... memanglah, saya masak dengan ikhlas dan kasih sayang cuma bila hati dah sampai kampung tumpuan saya tak penuh seperti bulan mengambang. Kita masak lagi pas raya yeeee ....


Sehari sebelum balik kampung ...


Permintaan lagi. Nak berbuka puasa sama-sama. Saya rasa hampir hari-hari kami berbuka puasa bersama kecuali bila dia ada tugasan untuk Melayu Malaysia sahaja terpaksa dia tinggalkan sahabat dia yang sorang nie. Eh! saya tak kisah ditinggalkan. Dah biasa. Memang dah biasa dalam erti kata pernah ditinggalkan. hu hu ... whooooopsss!



Kuewteow kerang goreng! Sedap lorrr ... memang homemade hari terakhir berbuka puasa di Putrajaya! Bukan satu menu je masak. Up satu lagi ... apadia?? Jenguk bawah sikit ye ...




Nasi Goreng Ayam! Saya goreng guna ayam dara golek panggang ye. Ayam dara golek panggang yang dibeli di Nilai Lama. Saya suka nasi goreng nie. Sangat sedap dijamah oleh  mulut saya. Rasanya ... perghhhh! Lepas nie nak pergi jengah lagi ayam golek dara panggang kat pekan Nilai Lama lagi.


Hari terakhir berbuka puasa di Putrajaya agak rushing sebab Inchik Babah ada mesyuarat  untuk jamuan raya malam tu. So, makan pun macam bullet train punya laju! Dalam laju-laju pun menambah tak hengat. Sebab tu puasa tahun nie saya cuma turun 1kg je! Sedih ... semua cakap dah gemuks. Ok saya memang dah gemuks...so what???!???


Part paling best sehari sebelum balik raya ...




Duit raya dan kad cinta raya!! Dah 6 tahun kot terima duit raya. Kad raya tu tak kisah sangat. He he he jahatnya saya! Kad raya tu pun penting. Penting sebab kata-kata kot. Duit raya sejak 6 tahun dulu tak pernah pun saya guna. Simpan. Simpan. Dah cakap dengan dia ... selagi kami kekal dalam persahabatan nie, dia akan bagi duit raya setiap tahun dan setiap tahun juga duit tu akan meningkat jumlahnya. Meningkat dalam jumlah yang kecil je! hu hu. Lain kalilah cerita pasal duit raya bertahun-tahun tuh. Oh! saya juga dalam mood menulis cerita ala-ala novel cinta fantasi. Tunggulah nanti kalau rajin saya kongsilah sama kat sini. Kalau tak cerita pasal cinta fantasi mungkin cerita pasal cinta tin biskut kot. Dalam perancangan dan pembelajaran.


Panjangnye! Stoplah sini ... lain kali tak boleh dah buat cerita terkumpul. Haus jari jemari gebus ku. Terima kasih sudi datang belog comel nie dan baca. (",) ....



CK : Saya tunggu nak makan sama ... hua hua hua ....

Berhari Raya Di Depan Pintu ... Bagus Sungguh!!

Assalamualaikum ...



Hari ini 6 Syawal ... mood raya lagi!! Lagi tak cukup 30 hari, memang akan raya sampai sebulanlah jawabnya. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya  ... akan completekan puasa 6 di bulan Syawal 1432! Bila nak mula?? Mungkin esok atau lusa rasanya.


Bila dah remaja purba nie, erti raya tak adalah mendalam sangat untuk diri sendiri. Cuma seronok bila berkumpul beramai-ramai bersama family lagi seronok kalau ada family sendiri kot. Lagi satu pagi raya seronok menyakat budak-budak yang datang beraya. Macam-macam style. Budak kampung ... ada yang datang dari kampung sebelah berbasikal. Kadang-kadang ada juga yang naik motor beraya. Mak aih ... dengan lesennya takda. Hebat sungguh! 


Saya dulu masa kecik-kecik amat malu nak pergi beraya. Saya cuma beraya rumah mak-mak saudara, jiran depan dan tepi rumah je. Adalah dalam 5-6 buah rumah. Takdanya saya nak mula satu-satu dari awal kampung sampai hujung kampung! Serius malu ... So, bab duit raya dari kecil memang saya tak heran sangat pun, tak sanggup rasanya nak berjalan kaki beraya keliling kampung then melangkau dari satu kampung ke satu kampung semata-mata kerana duit raya! Saya lebih selesa duduk di rumah tengok tv, tunggu orang datang then tolong mak isi kuih dalam pinggan pada tetamu yang datang. Itu yang mampu tolong mak pun. Nak tolong buatkan air masa tu memang tak pandai. Lagi berkat rasanya kot.


Okeh ... memang kenangan berhari raya saya tak nikmat dan hebat macam orang lain. Orang kata memang rugilah sangat! Walaupun dulu saya beraya cuma 5-6 buah rumah je, tapi bila pergi beraya saya masuk dalam rumah, duduk, makan kuih dan berborak dengan tuan rumah!!


TAPI ... budak-budak zaman sekarang bila datang beraya hanya di depan pintu rumah! Tuan rumah jemput masuk untuk makan kuih, semua cakap "tak mahu ... tak nak ... takut kena tinggal dengan kawanlah!!". Mereka memilih untuk berhari raya depan pintu! Beri salam ... hulur tangan! Ajak masuk memang geleng kepala masing-masing. Naik geram saya!! Dah 3-4 tahun kebelakangan ini memang cara inilah yang diamalkan oleh budak-budak zaman sekarang. Jenuh mengajak masuk dalam rumah! Ini bukan datang beraya tapi datang kutip duit!!


Saya ingat dulu mak saya pesan, kalau pergi beraya ... tuan rumah jemput masuk dalam rumah kena masuk jugak! Duduk sekejap dan jamah satu kuih pun jadilah sebagai tanda hormat. Budak-budak sekarang pula memilih berhari raya depan pintu sambil hulur tangan! Bagi duit raya kadang-kadang tak pun bersalaman dengan tuan rumah. Kadang-kadang sampai saya cakap, "aiii ... takkan tak salam akak dik oi! Inikan raya ... salamlah dulu!".


Sekarang bila dah ada anak-anak buah yang masih boleh beraya di kampung, saya masih dengar mak saya pesan perkara yang sama pada cucu-cucunya! Bila pergi beraya dan dijemput masuk ke rumah ... masuk, makan dan bersalaman dengan tuan rumah. Jangan berhari raya di depan pintu semata-mata nak pungut duit raya!! Terap nilai-nilai murni pada anak-anak bila mereka berhari raya itu lebih penting dari duit raya.








CK : Teringin pula nak makan rendang ayam dan nasi impit! Lapar ... lapar! hu hu



Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri ... Jua Salam Rindu!

Assalamualaikum ...



Berhari-hari menyepi sebab balik ke kampung untuk berhari raya. Beraya sudah. So, nak 'salam-salam' raya dengan pembaca blog CK tersayang neh. Mood raya yang masih menimbum. Kerinduan pada belog juga menebal. Traffic belog jangan ceritalah memang jatuh gile-gile punya. Tapi tak kisah ... kita cerita pasal raya lagi best!


Firstly! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua pembaca tersayang. Mesti korang semua sambut Aidilfitri dengan meriah dan gembiranya. Dalam gembira tu jangan lupa pada mereka yang berduka. Tak semua daripada kita mampu berbahagia dan bergembira di hari bermakna. Ada juga yang bersedih atas pelbagai sebab.


Alhamdulillah ... tahun ini adalah antara Aidilfitri paling gembira buat saya dan ada juga kesedihan yang berlaku walau bukan pada pagi 1 Syawal 1432. Meriah sebab semua adik beradik saya berkumpul di hari raya yang sangat best, dengan riuh rendah anak saudara yang berlima. Dengan macam-macam ragam yang lucu serta memeningkan kepala. 3 Syawal, adik bongsu saya telah melangsungkan majlis pertunangannya. Majlis yang agak besar dan sangat happening! Suke sangat!


Then ... di saat saya masih bergembira, saya dikejutkan dengan  pemergian ayahanda sahabat /teman baik saya ke rahmatullah pada 4 Syawal 1432 (2/09/2011). Takziah dan Al-Fatihah dari kejauhan yang mampu saya kirimkan. Arwah meninggal setelah  koma selama hampir seminggu. Walaupun dah 6 tahun saya tak pernah berjumpa dengan arwah ayahandanya, tapi wajah arwah masih segar di jelmaan mata saya. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman serta beramal soleh. Amin ...


Nak cerita apa lagi ye pasal raya? Mood menulis belog belum datang ... ini dikira sebagai intro selepas bercuti 3-4 hari dari berblog. Bukan senang nak menulis .... erghhh nanti kita sambung lagi. Idea tiba-tiba dah ke laut! he he he ... bubye yew!!





CK : Semoga awak tabah! Saya tahu awak sayang sangat arwah abah .... dan tahun ini awak beraya di hospital tak seperti tahun-tahun sebelum ini dan akhirnya abah pergi untuk selamanya. Awak betul-betul cukup bersedia hadapi pemergian abahkan ...