Assalamualaikum ...
Hari ini 6 Syawal ... mood raya lagi!! Lagi tak cukup 30 hari, memang akan raya sampai sebulanlah jawabnya. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya ... akan completekan puasa 6 di bulan Syawal 1432! Bila nak mula?? Mungkin esok atau lusa rasanya.
Bila dah remaja purba nie, erti raya tak adalah mendalam sangat untuk diri sendiri. Cuma seronok bila berkumpul beramai-ramai bersama family lagi seronok kalau ada family sendiri kot. Lagi satu pagi raya seronok menyakat budak-budak yang datang beraya. Macam-macam style. Budak kampung ... ada yang datang dari kampung sebelah berbasikal. Kadang-kadang ada juga yang naik motor beraya. Mak aih ... dengan lesennya takda. Hebat sungguh!
Saya dulu masa kecik-kecik amat malu nak pergi beraya. Saya cuma beraya rumah mak-mak saudara, jiran depan dan tepi rumah je. Adalah dalam 5-6 buah rumah. Takdanya saya nak mula satu-satu dari awal kampung sampai hujung kampung! Serius malu ... So, bab duit raya dari kecil memang saya tak heran sangat pun, tak sanggup rasanya nak berjalan kaki beraya keliling kampung then melangkau dari satu kampung ke satu kampung semata-mata kerana duit raya! Saya lebih selesa duduk di rumah tengok tv, tunggu orang datang then tolong mak isi kuih dalam pinggan pada tetamu yang datang. Itu yang mampu tolong mak pun. Nak tolong buatkan air masa tu memang tak pandai. Lagi berkat rasanya kot.
Okeh ... memang kenangan berhari raya saya tak nikmat dan hebat macam orang lain. Orang kata memang rugilah sangat! Walaupun dulu saya beraya cuma 5-6 buah rumah je, tapi bila pergi beraya saya masuk dalam rumah, duduk, makan kuih dan berborak dengan tuan rumah!!
TAPI ... budak-budak zaman sekarang bila datang beraya hanya di depan pintu rumah! Tuan rumah jemput masuk untuk makan kuih, semua cakap "tak mahu ... tak nak ... takut kena tinggal dengan kawanlah!!". Mereka memilih untuk berhari raya depan pintu! Beri salam ... hulur tangan! Ajak masuk memang geleng kepala masing-masing. Naik geram saya!! Dah 3-4 tahun kebelakangan ini memang cara inilah yang diamalkan oleh budak-budak zaman sekarang. Jenuh mengajak masuk dalam rumah! Ini bukan datang beraya tapi datang kutip duit!!
Saya ingat dulu mak saya pesan, kalau pergi beraya ... tuan rumah jemput masuk dalam rumah kena masuk jugak! Duduk sekejap dan jamah satu kuih pun jadilah sebagai tanda hormat. Budak-budak sekarang pula memilih berhari raya depan pintu sambil hulur tangan! Bagi duit raya kadang-kadang tak pun bersalaman dengan tuan rumah. Kadang-kadang sampai saya cakap, "aiii ... takkan tak salam akak dik oi! Inikan raya ... salamlah dulu!".
Sekarang bila dah ada anak-anak buah yang masih boleh beraya di kampung, saya masih dengar mak saya pesan perkara yang sama pada cucu-cucunya! Bila pergi beraya dan dijemput masuk ke rumah ... masuk, makan dan bersalaman dengan tuan rumah. Jangan berhari raya di depan pintu semata-mata nak pungut duit raya!! Terap nilai-nilai murni pada anak-anak bila mereka berhari raya itu lebih penting dari duit raya.
CK : Teringin pula nak makan rendang ayam dan nasi impit! Lapar ... lapar! hu hu
Syukur di kampung Awan belum ada lagi senario sebegitu.
ReplyDeleteMungkin sebab minda anak-anak sekarang kerap diterapkan dengan duit. Buat sesuatu mesti ada duit. Semangat di sebalik hari raya tu hilang. Tak nak berziarah jika tiada duit raya.
setakat ni, tak ada budak yang datang duduk kat luar rumah. mesti nak ajak masuk. mane boleh bagi duit terus. ayah saya paling suka nak interview budak2 ni.. habis dorang..hehe
ReplyDeleteAwan > baguslah kalau xde...ini tak beraya sbb duit je
ReplyDeleteAin > akk pun suke tebiu budak2 then sakat lebey2...heeee