Showing posts with label Cerita Bulan Puasa. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bulan Puasa. Show all posts

Monday, July 14, 2014

SAHUR PERTAMA DI RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum ...


Oih, dah berapa hari puasa dah nie baru nak cerita pasal sahur pertama. Takpelah, nak cerita juga. Biarpun puasa dah masuk setengah bulah dah pun. Orang dah sibuk dengan persiapan nak raya aku dok nak jaja cerita sahur pertama. Apada ...

Sahur pertama bagi kami hasben n wife di rumah mertua, tapi yang aku nak cerita neh, sahur pertama di rumah sendiri. Menu super simple permintaan hasben aku. Dia dah pesan awal-awal, kalau sahur sebolehnye ada sambal dan sup. Cukuplah tu untuk pekena dengan nasi panas. So, aku pun menurut perintah. Senang keje aku. Tak payah nak pening fikir menu itu dan ini. Kita layan segala permintaan sedaya dan semampu yang boleh.

Menu sahur pertama dekat rumah kami, sup suhun dan bebola, sambal ikan bilis, telur asin dan mangga. Awal puasa memang semuanya rasa sedap. Teruja nak makan. Ini dah pertengahan puasa, nak makan sahur pun malas. Bangun setakat teguk air ajelah. Kemudian tidur balik. Apadaaaaaaaaa ....


Sebelum menjamah sahur pertama di rumah kami, hasben tanya apa yang menarik sahur tahun ini. Akupun jawablah, " ini sahur pertama di rumah sendiri sebagai suami isteri!". Hasben pun, " ermmmm tau pun, ingat nak buat tatau tadi!". Lawakkan ... sebelum makan pun kena jawab soalan kuiz hasben dulu. Pastu baca doa then baru jamah. Dapat pekena sambal ikan bilis, mak aih sedapnye la hai. Tengah menaip ni menceceh ailio aku tau. Terus rasa macam ... laaaaaap***r. he he he

Untuk sahur hari seterusnya aku dah malas nak ambil gambar makanan. Eh, ngantuklah ... nak gambar-gambar apanye kan. Dah siap masak, kejut hasben ... jom bismillah, meh makan. Senang keje. Pastu kalau tak larat sambung lah tidur balik. Selalu camtulah .... ekekekeke




p/s : Dah tak tahu sahur nak masak apa?

Thursday, July 10, 2014

SEJUK DAN PUASA

Assalamualaikum ...



Hari ini dah hari ke-12 puasa. Alhamdulillah, berlalu dengan jaya .. walaupun kadang rasa tak sihat tu melanda, ku gagahkan jua penuhi puasa seadanya. Cuma kekadang omak mertua memujuk, kalau tak berdaya puasa, boleh je makan ... nanti ganti. Aku senyum simpul ajelah, dalam hati selagi mampu akan ku gagahi.

Bulan puasa ni, kerja opis banyak dan yang tak bestnye opis sejuk giler. Kaki pun jadi kejang. Tak seronoknye. Kadang rasa macam nak bawa je kain selimut datang office. Buat kerja sambil berselubung. Agaknye boss marah tak? Kang tak pasal kena herdik, "ko ni nak keje ke ... nak tidur, siap selubung bagai!!". So, jangan cari pasal. Esok lusa nak ajak hasben cari baju tebal macam orang pi oversea tu, mesti rasa suam-suam je nanti. ekekekeke.

Bulan puasa nie tak banyak sangat cerita aku nak update. Kat rumah line internet problem. Dapat blogging dari office je. Itu pun lepas waktu keje. Time keje jangan haraplah. Macam aku dok cakap selalu, banyak mata yang memandang. Aku baca blog orang lain beriya cerita tentang Ramadan dorang. Up gambar menu sedap-sedap belaka. Aku?? Ermmmm hampeh, harap dapat menaip macam inilah tanpa gambar ke hape. Ingat nak gak up gambar masak asam pedas ikan jenak yang aku buat semalam. Hasben puji melambung-lambung, selalu masak asam pedas ada je kena komen sebab tak kena tekak dia. Sekali semalam masak asam pedas menjadi pulak! Hye, sampai kawan tu termimpilah asam pedas tu. Takpe, nanti ada masa aku up gambar asam pedas tu yek... buat tatapan korang. kekekeke.

Tak tahu nak merapu apa lagi. Tata lah dulu. Nak pi standby cari makan bukak pose. Okeylah korang, "selamat berbuka puasa ye!".




p/s : puasa nie lebih banyak pandang dari makan, sebab selera makan aku dah kurang ;(

Wednesday, July 24, 2013

TELUR MASAK KICAP BERHALIA

Assalamualaikum ....



Eh, aku bukan nak share recipe ye. Aku cuma nak bagitahu tetiba plak mengidam nak makan telur masak kicap berhalia untuk berbuka puasa. Namun, apa daya aku kena kerja hari nie. Telur masak kicap nie sedap makan dengan nasi panas dan ikan bilis goreng rangup.

Telur dan ikan bilis dah lulus untuk diet. Tapi tang nasi tu ..... aku kan berkira-kira sket nak makan nasi. Diet lah sangat katanye. So, asal pandang nasi je buat-buat tak nampak. Walhal puasa aritu aku dah bantai makan nasi arab. Tang nasi arab nie nanti aku story mory kat korang ye.


Hari nie tekak aku cuma nak makan telur masak kicap berhalia je. Sesuai dengan gelaran orang bujang recipe nie. Tapi dimaklumkan sekali lagi .... entry nie takde recipe ye. he he he





CK :

Wednesday, July 10, 2013

HARI PERTAMA BERBUKA PUASA

Assalamualaikum ....




Alhamdulillah...aku selamat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari ini. Selamat menjamu selera semasa berbuka puasa tadi walaupun menu biasa-biasa sahaja. Selamat mengisi kekosongan perut walaupun bukan ditemani mak ayah ;(! Kalau kat kampung nie mesti makan sedap-sedap. Tambah-tambah menu yang mak masak .... rindunye dengan moi yang mak masak. Murtabak yang mak buat sedap sbb banyak daging .... karipap air tangan mak adalah yang terbaik kat dunia nie. Bukan penuh dengan kentang je ... tapi sarat juga dengan daging! Rindu mak ...soobss soobss ... walaupun aku  baru je 2 hari lepas jumpa mak ayah aku. Tapi bila kedatangan Ramadan semua tu tak sama. Rasa rindu yang sangat sarat!! *jap nak kesat air mata*

Tadi masa berbuka aku cuma beli ayam khabsah ... dan beberapa jenis kuih. Kongsi dengan kawan-kawan. Lepas berbuka, siolat maghrib dan terus sambung kerja. Nampak gayanya aku kena usahakan buat solat tarawih kat rumah ... 




Ini bukan air yang aku minum tadi ye .... aku kurang minum ais. Tambah-tambah bulan puasa nie. Kuranglah nak pekena minuman berais. Tak elok utk tubuh badan kata mak aku .... Sebenarnya bulan puasa nie nampak teh o ais macam dalam gambar tu dah nampak sedap. Kalau bulan tak puasa, pandang pun idak aku rasa. kan kan kan??


Kejap lagi aku nak sambung kerja dan sepanjang Ramadan ini, office akan jadi syurgaku untuk sementara waktu. hye office! Tak dapatlah aku  nak berbuka kat rumah .... tapi harap-harap aku dapatlah berbuka dengan family encik teman nanti. Dan juga dengan geng2 aku. Paling penting, aku nak balik kampung awal masa Ramadan nanti .... he he he ....nak berpuasa dan berbuka puasa dengan mak ayah!! Tak sabarnye ....



Korang berbuka puasa ngn menu apa tadi?? Mesti bestkan ..... nak-nak berbuka puasa dengan family!!







CK : Tahun ni berpuasa dengan status yang berbeza dari tahun sebelumnya ;)

Friday, July 27, 2012

APA KISAH BERAT AKU MASA PUASA

Assalamualaikum ...





Kalau yang memang follow belog aku memang tahu aku on diet. Cumanya sejak 2 minggu lepas diet aku on off tapi tak kritikal la off tu. Takdelah bedal nasi berpinggan2 ... mee goreng sekuali ... roti satu bundle. Tidak ... tidak ...! Aku off diet dengan jumlah karbo yang lebih dari biasa. 2 minggu sebelum aku penat kerja dengan events, berat aku dalam 57kg. Disebabkan tak pantang sangat ... naik kepada 58kg!!



Geram jugaklah sebab tak boleh nak konsisten. Rasa macam nak capai 55kg tu jauhlah sangat. Sedangkan kalau konsisten diet boleh dapat 55kg dalam masa 10 hari je pun! Haish, rasa cam nak lempang diri sendiri je bila tak dapat nak kawal nafsu serakah bila nampak makan. Walau tak makan pelahap gilers, tapi bila ko merasa makanan yg agak manis dan ada karbo terlebih sket, ketosis terus tak menjadi! Bila ketosis tak menjadi, takde lemak yang dibakar untuk dijadikan tenaga. So, takdelah lemak mencair dari badan aku!


Senaman pula terstop dengan sendirinya dah 2 minggu kot aku rasa, balik kerja penat. Mandi dan terus tidur. Itupun kalau balik terus mandi, kalau tak tidur dulu ... bangun 2-3pagi baru mandi. Baguskan?? Bila senaman aku dah stop ... takde skipping, takde sit up, takde jumping jack (betul ke aku sebut nie?), so mulalah merasa macam perut menebal dengan lemak. Sedangkan bila ukur, ukuran sama je.Perasaan ke atau aku salah ukur??


Nasib baik bila masuk Ramadhan, aku kurang sket selera makan. Bila kurang selera, takdelah aku follow 100% atkins diet. Susah je rasa. Sebab aku tak lalu makan, nk follow 100% atkins memang lembik aku rasa. Puasa nie pun aku ambil food supplement untuk elak rasa lapar di siang hari. Kalau aku makan nasi pun setakat 2 sudu je, macam tu juga kalau makan bihun atau mee ... setakat 2 sudu tu dah ok dah. Biasanya aku berbuka puasa dengan ayam bakar, sayur dan murtabak 2-3 potong. Tak selera punya pasal. Tengok juadah kat Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya .... tak seenak macam dulu lagi. Cam biasa je tak special pun.


Baru seminggu puasa nie, berat aku dari 58kg turun balik kepada 57kg! Oklah tu kan .... seterusnya aku tak pasti camne. Puasa nie malas nk fikir pasal berat badan ... sebab aku akan confuse setiap kali tengok juadah berbuka. Sahur pun dengan kurma 3 biji dan 1 liter air suam then sebiji supplement. Alhamdulillah, dah cukup kenyang dah tu...


Sejak makan supplement, perut dah tak lapar macam dulu ketika berpuasa!! Itu yang seronok tu ... badan pun tak letih ;=)







CK : Misi seterusnya!!


Sunday, September 4, 2011

Cerita Terkumpul Sebelum Raya!!

Assalamualaikum ...



Makluman
: Entry ini agak panjang lebar sebab cerita terkumpul. Kalau rajin sila baca, kalau malas layan gambar sudah ye!



Cerita sebelum balik beraya di kampung. Saya memang kelam kabut. Dengan banyak benda dalam list yang belum settle. Ini belum lagi perlu settlekan kerja-kerja office. Time tu rasa nak abai je kerja office sebab semangat raya penuh dalam dada. Penuh macam bulan mengambang tu. Eh! Dah raya dah pun masih nak cerita pasal puasa, berbuka puasa dan shopping segala. Takpekan ...


Seminggu sebelum balik kampung ...

Saya ambil cuti sehari pergi bershopping. Rasanya tahun ini shopping paling lambat dan dasyat buat hidup kami. Kami?? Saya dan Inchik Babah. Dari 10.00am hingga 10.00pm berada di KL. 12jam di bulan puasa kat KL. Dahaga jangan cakaplah. Rasa sengsara tekak nie. Ke SOGO KL. Nasib baik umat tak melaut. Bolehlah bergerak sana sini atas bawah depan belakang. 4 jam di SOGO. Beli blaus dan jeans. Raya pakai jeans. Giler hape?? Bukan untuk dipakai pada hari raya, tapi sebulan selepas raya!


Setelah tawaf SOGO sampai lembik kaki, mula melangkah ke Jalan TAR dan Masjid India. Jangan cakaplah penat bukan main. Memang tak main-main pun! Nasib baik dah remaja purba ... kalau tak mahu juga singgah Mc Donalds mengap sebiji doublecheeseburger dan ice lemon tea dengan rakus. Terjaga juga iman yang tipis nie. Alhamdulillah.


Seterusnya saya memborong tudung dan blaus again! Awak ... blaus erica tu sangat-sangat best dipakai! Nanti beli lagi ye. Selepas Syawal nie. hu hu. Tahun nie kebetulan dan memang rezeki dia untuk dapat 2 bonus. So, dia bermurah hati untuk memberikan sebahagian bonus dia pada saya seperti yang dijanjikan. Huuu thanks awak! Tak selalukan?? Setahun pun sekali je!


3 hari sebelum balik kampung ....


Habis part cuti dan shopping di KL. Beralih pula ke Seremban. Jemputan Majlis Berbuka Puasa dengan rakan seperjuangannya untuk negara Malaysia tercinta. Saya tak join pun majlis tu. Saya dan Miss Lavender bershopping di Jusco Seremban 2. So, Inchik Babah dan Mr. Z je yang pergi majlis berbuka tu. Kami berdua rela ditinggalkan di Jusco. Memang rela! Shopping lagi! Malangnya saya tak boleh pun nak over bershopping ... credit card saya dia pegang. Saja dengki taknak bagi shopping. Hampas kelapa tua sungguh! Eh ... tak bukan dengki. Memang dia taknak saya over budget again and again then merungut pasal hutang credit card yang berganda! Saya hanya mampu beli compact powder jenama PIXY jer kat Jusco hari tu. Sekian lama saya cari compact powder nie. Tak pernah tahu pun Jusco ada jual. Jumpa couple yang ntah pape kat Jusco nie.




Bedak yang diidam sekian lama. Eh! boleh flawless ke fifi ai yang chubby nie?? Bedak raya nie ...

 
3 hari sebelum balik kampung ...

Macam tahun sebelum nie, dah siap-siapkan kuih raya untuk dia. Dia nie mana pandai nak beli atau order kuih raya ar. So, pastinya kena tolong order. Okeh ... tolong order ye, bukan tolong buat. Bab buat kuih saya memang gagal. Gagal dalam erti kata masih belum putus asa



Ooopsss....special for?? uihhhhh


Cukuplah 2 jenis kuih buat buah tangan kat family dia. Hu hu ... bersama sekeping kad cinta raya. Nak feeling-feeling raya kang malu, so bagi kad raya ajelah! Sungguh konvensionalkan saya nie, siap berbagi kad raya kahwin lagi. Hu hu ... saya masih amalkan hantar kad raya jangan tak tahu ye. Setiap tahun pastinya 5 keping kad raya disediakan. Just untuk mereka yang tersayang dan teringat jelah. Tahun depan kalau korang nak kad raya ... tinggalkan alamat penuh kat ruangan komen ye! he he ...


2 hari sebelum balik kampung ....


Dia asyik meremind saya berulang kali pasal menu kegemarannya yang saya belum masakkan lagi. MEE KARI. Tiap-tiap tahun saya masakkan untuk dia sejak kami jadi sahabat/teman baik. Baik sangat ke? Kadang gaduh tak hengat. Macam-macam drama dia buat agar saya tak lupa pasal menu tu. Saya pula asal malas je ... terus buat-buat lupa. Ingatkan berjayalah lupa. Tapi tidak jugak! Terus sama sms ... 

Saya : "okeh ... saya masakkan mee kari sebelum saya balik kampung!".

Dia : "Kenapa nak masak pulak??!"

Saya : "Lorrrr kata awak nk makan ... saya masaklah. Kang ada yang meleleh air liur sampai lepas raya kang!"  



Mee kari nie sedap tapi kurang kick! Camne tu?? Dia kata kurang kick sebab kemanisan kerang tu agak kurang


Siap mee kari awak! Meh makan ... ! Komen, "Sedap tapi kurang kick ... masih tahap membanggakan!". Ha ha ha ... memanglah, saya masak dengan ikhlas dan kasih sayang cuma bila hati dah sampai kampung tumpuan saya tak penuh seperti bulan mengambang. Kita masak lagi pas raya yeeee ....


Sehari sebelum balik kampung ...


Permintaan lagi. Nak berbuka puasa sama-sama. Saya rasa hampir hari-hari kami berbuka puasa bersama kecuali bila dia ada tugasan untuk Melayu Malaysia sahaja terpaksa dia tinggalkan sahabat dia yang sorang nie. Eh! saya tak kisah ditinggalkan. Dah biasa. Memang dah biasa dalam erti kata pernah ditinggalkan. hu hu ... whooooopsss!



Kuewteow kerang goreng! Sedap lorrr ... memang homemade hari terakhir berbuka puasa di Putrajaya! Bukan satu menu je masak. Up satu lagi ... apadia?? Jenguk bawah sikit ye ...




Nasi Goreng Ayam! Saya goreng guna ayam dara golek panggang ye. Ayam dara golek panggang yang dibeli di Nilai Lama. Saya suka nasi goreng nie. Sangat sedap dijamah oleh  mulut saya. Rasanya ... perghhhh! Lepas nie nak pergi jengah lagi ayam golek dara panggang kat pekan Nilai Lama lagi.


Hari terakhir berbuka puasa di Putrajaya agak rushing sebab Inchik Babah ada mesyuarat  untuk jamuan raya malam tu. So, makan pun macam bullet train punya laju! Dalam laju-laju pun menambah tak hengat. Sebab tu puasa tahun nie saya cuma turun 1kg je! Sedih ... semua cakap dah gemuks. Ok saya memang dah gemuks...so what???!???


Part paling best sehari sebelum balik raya ...




Duit raya dan kad cinta raya!! Dah 6 tahun kot terima duit raya. Kad raya tu tak kisah sangat. He he he jahatnya saya! Kad raya tu pun penting. Penting sebab kata-kata kot. Duit raya sejak 6 tahun dulu tak pernah pun saya guna. Simpan. Simpan. Dah cakap dengan dia ... selagi kami kekal dalam persahabatan nie, dia akan bagi duit raya setiap tahun dan setiap tahun juga duit tu akan meningkat jumlahnya. Meningkat dalam jumlah yang kecil je! hu hu. Lain kalilah cerita pasal duit raya bertahun-tahun tuh. Oh! saya juga dalam mood menulis cerita ala-ala novel cinta fantasi. Tunggulah nanti kalau rajin saya kongsilah sama kat sini. Kalau tak cerita pasal cinta fantasi mungkin cerita pasal cinta tin biskut kot. Dalam perancangan dan pembelajaran.


Panjangnye! Stoplah sini ... lain kali tak boleh dah buat cerita terkumpul. Haus jari jemari gebus ku. Terima kasih sudi datang belog comel nie dan baca. (",) ....



CK : Saya tunggu nak makan sama ... hua hua hua ....

Thursday, August 18, 2011

Puasa Kecik - Kocik!

Assalamualaikum ...


Sedar tak sedar atau memang sedar ... hari ini dah 18 Ramadhan. Memasing dah masuk mood raya dalam diri rasanya. Ada yang siap bershopping untuk raya dah pun. Saya? Belum shopping apa-apa lagi. Setakat tempah 2 helai baju je. Sikit je? Ok itu je yang mampu setakat nie. Banyak lagi benda lain nak dibuat dengan duit imbuhan Kerajaan tu! Nasib baiklah tempah baju kurung baru RM35 sehelai  itupun kadang-kadang rasa ruginye tak belajar menjahit! Next plan ... Insya-Allah!


Bila dah dekat-dekat penghujung puasa nie, teringat zaman puasa masa kecik-kecik! Dulu, balik je dari sekolah sampai rumah terus tidur. Penat. Haus. Panas. Semua ada. Pergi balik sekolah naik "gherek". So, memang terbaiklah punya penat. Dengan sekolah jauh dari rumah. Berpeluh satu badan. Kalau iman tak kuat masa kecik tu ... memang sampai rumah terus teguk air!


Dulu belajar puasa masa umur 6 tahun, kadang penuh selebihnya tidak. Sama juga bila masuk darjah satu. Kadang puasa penuh dan selebihnya tidak! Bila dah meningkat 8 tahun dan seterusnya kebanyakan puasa adalah penuh. Tapi bila dah sampai umur tertentu tu ... for sure kena tinggal atas sebab-sebab anda perempuan. Seminggu tinggal puasa adalah perkara biasa bagi perempuan. huuuuuuuuuuuuuuuu!


Masa kecik dulu, ayah cakap "siapa tak puasa tak boleh makan bersama!". Huaaaahuaaaa. Kena duduk je kat tangga dalam rumah tu. Sebab rumah saya masa tu batu plus papan. Rumah atas rumah papan. So, ada tangga tempat lepak orang tak berpuasa. Nak tengok TV tak boleh ... time Maghrib. Kena hormat. Makanya duduklah kat tangga tu menongkat dagu dengan segelas air. Sadis je rasa time tuh. Kalau hari tu mak masak sedap .... telah air liur dululah! Lepas semua yang berpuasa makan. Barulah dapat makan. Mak pastinya akan simpan makanan untuk anak dia, cuma tak dapatlah rasa kemeriahan berbuka secara beramai.


Dulu disiplin ibubapa terhadap anak-anak memang ketat! Macam ayah saya yang amat tegas melampau kadang-kadang. Bulan puasa pun ketegasan dia tetap sama dengan bulan tak puasa. Kena rotan memang perkara biasa. Sebab degil! Biasalah budak-budak. Tapi takda pun nak call teledera ke apa? Sebab apa?? Dah tahu diri sendiri salah ... dan rotan tu bertujuan untuk mengajar! Kalau kena rotan kat sekolah janganlah sesuka ringan mulut nak mengadu kat mak ayah, silap haribulan dapat tambahan rotan lagi adalah! Takdanya ibubapa dulu nak serang cikgu sekolah and bersaman bagai! Tahu kenapa? Mak ayah hormat kerjaya guru dan tahu mereka buat macam tu sebab nak mengajar! Asal anak tak cedera plus cacat sudah! Alhamdulillah ... sebab pernah rasa peritnya kena rotan tu, jadi juga "orang"! 


Korang paham tak apa maksud jadi "orang"?? Orang tua-tua dulu selalu cakap, "jadi orang jugak budak nie, dulu masa kecik kecik bukan main nakal bukan main jahat lagi! tengok skang ni dah jadi doktor!". Ini contohlah ... maksudnya lebih kurang, orang tu ... berguna kepada keluarga, masyarakat, agama ... pada negara! Lebih kurang camtulah kot.


Okeh ... sambung cerita di bulan puasa plak, dah penghujung puasa selalu tolong mak buat kuih. Kalau masa umur tak cukup tu ... tolong plus rasa sekali. Sampai mak cakap ... "tak sempat rayalah kuih tu!". Mana taknye, mak buat kuih lepas berbuka puasa. Saya and abang memang tolonglah ... abang saya tu asal tolong je, siap makan lebih-lebih sekali. Memang tak sempat balang kuih raya penuh! Penuh dalam perut dia ajelah. Dulu mak rajin buat kuih samperit dengan kuih buah jambu inti kacang! Ini memang peberet satu familylah. Sekarang? Dah tak merasa semua kuih tu lagi.


Dulu-dulu kuih cun bercoklat macam nie memang takda! Ihsan gambar dari Mr. Google


Malam-malam pulak dah penghujung puasa. Siap beli pelita kecik ... pakukan dekat kayu. Sebelum berbuka tu isi minyak tanah siap-siap. Then pacak depan rumah! Meriah. Lepas Maghrib tu semua bersantai luar rumah. Main bunga api dan mercun katak. Dalam garang-garang ayah tu, baik lagi siap belikan bunga api kat anak-anak dia. Memang main dengan pengawasan orang dewasalah. So ... takdelah jadi pape. Ayah akan pantau ... dan kadang-kadang dia tolong cucuh bunga api sekali. Erghhhh rindunya time tuh!!



Upin Ipin dulu-dulu pun takda ....heeeeee



Time dah dewasa cenggini, memang teringat sangat zaman kecik. Makan sahur dan berbuka dengan mak ayah, abang and adik-adik. Macam-macam hal. Tapi sebab ayah tu tegas plus garang macam-macam hal anak-anak agak terkawal. Sekarang nie, zaman tu dah berlalu. Takda lagi suara kami adik beradik riuh rendah beramai. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Tapi Alhamdulillah ... kami masih rapat!


Tahun nie, abang saya tak raya pertama kat kampung, raya kat rumah abang ipar dia dulu sebab SIL saya anak yatim piatu. Cuma ada abang-abang je yang jaga dia. Adik saya pula raya rumah MIL dia. Tinggallah saya dengan yang bongsu, mak dan ayah. Sunyilah jawabnya!



Okeylah nanti kita sambung lagi. Idea menulis makin lama makin kering pulak rasanya. Nak kuar pergi cari idea jap. Terima kasih ye baca sampai noktah terakhir! (",) ... bubye!




CK : Nasib baik E5 dah pulih ... kalau tak mahu nangis guling2!!