Assalamualaikum ...
Berhari-hari menyepi sebab balik ke kampung untuk berhari raya. Beraya sudah. So, nak 'salam-salam' raya dengan pembaca blog CK tersayang neh. Mood raya yang masih menimbum. Kerinduan pada belog juga menebal. Traffic belog jangan ceritalah memang jatuh gile-gile punya. Tapi tak kisah ... kita cerita pasal raya lagi best!
Firstly! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua pembaca tersayang. Mesti korang semua sambut Aidilfitri dengan meriah dan gembiranya. Dalam gembira tu jangan lupa pada mereka yang berduka. Tak semua daripada kita mampu berbahagia dan bergembira di hari bermakna. Ada juga yang bersedih atas pelbagai sebab.
Alhamdulillah ... tahun ini adalah antara Aidilfitri paling gembira buat saya dan ada juga kesedihan yang berlaku walau bukan pada pagi 1 Syawal 1432. Meriah sebab semua adik beradik saya berkumpul di hari raya yang sangat best, dengan riuh rendah anak saudara yang berlima. Dengan macam-macam ragam yang lucu serta memeningkan kepala. 3 Syawal, adik bongsu saya telah melangsungkan majlis pertunangannya. Majlis yang agak besar dan sangat happening! Suke sangat!
Then ... di saat saya masih bergembira, saya dikejutkan dengan pemergian ayahanda sahabat /teman baik saya ke rahmatullah pada 4 Syawal 1432 (2/09/2011). Takziah dan Al-Fatihah dari kejauhan yang mampu saya kirimkan. Arwah meninggal setelah koma selama hampir seminggu. Walaupun dah 6 tahun saya tak pernah berjumpa dengan arwah ayahandanya, tapi wajah arwah masih segar di jelmaan mata saya. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman serta beramal soleh. Amin ...
Nak cerita apa lagi ye pasal raya? Mood menulis belog belum datang ... ini dikira sebagai intro selepas bercuti 3-4 hari dari berblog. Bukan senang nak menulis .... erghhh nanti kita sambung lagi. Idea tiba-tiba dah ke laut! he he he ... bubye yew!!
CK : Semoga awak tabah! Saya tahu awak sayang sangat arwah abah .... dan tahun ini awak beraya di hospital tak seperti tahun-tahun sebelum ini dan akhirnya abah pergi untuk selamanya. Awak betul-betul cukup bersedia hadapi pemergian abahkan ...
nk duit rayer!
ReplyDelete