Assalamualaikum ...
www.agoda.com.my ... aku rasa ramai yang tahu kot pasai agoda neh. Korang tahu tak pasal laman web agoda yang memudahkan korang tempah hotel dengan kadar yang agak murah?? Tahu tak?? Untuk yang tak tahu, aku nak sharelah sket.
Aku dah lama tahu pasai agoda nie. Lama juga. Tapi asyik belek-belek je. Pergi bercuti ke mana-mana aku dok pakai Zest. Sebab aku nie ahli seumur hidup dengan Zest. Before dapat ahli seumur hidup nie, kena bayarlah dulu. Beribu gak le. But nowadays, aku rasa Zest dah macam tak berguna pula. Zest nie macam agen lah, tolong book korang nye hotel dengan kadar tertentu. Mula je kadar hotel dia murah lepastu harga hotel dia mahal! Kata hot deals la ... bila check terus dengan hotel harga lebih kurang jer! Okeh, abaikan tentang Zest ... yg bakal ditendang dari kehidupan aku. Muahahahaha
Sambung pasai agoda. Aku mula terjebak dengan agoda bila adik aku book hotel masa bercuti kat Singapore through agoda. Masa mula2 aku kenai agoda nie, dalam kepala ... "eh, boleh percaya ke? .... dia tak tipu duit kite ke?? kang nak pergi check in hotel, takde bilik plak ... duit lebur". Macam-macam persoalan bermain di kepala aku. Huh! Banyak fikir aku nie.
Bila aku tengok adik aku ok je book hotel dengan agoda plus rege pun murah. So, aku dah start ada kepercayaan. Sedikit! Untuk tambahkan kepercayaan ... aku plak try book hotel dengan agoda bila aku ada problem nak book hotel melalui zest. Kalau bukan kerana kesilapan zest, maybe aku masih was was dengan agoda nie. Hiks ...
Kalau korang dah sign up dengan agoda dan start tempah hotel melaluinya ... kadar hotel adalah berpatutan dari harga asal hotel ye plus korang akan dapat point juga yang boleh ditebus. Meh aku ajar nak sign up agoda dan cara-cara book hotel dengan agoda neh. Pasti korang jatuh cinta. Sebelum tu, aku nak ckp dengan korang ... aku tak terus suka agoda nie, aku review dulu blog-blog yang owner dia dah biasa guna agoda. Kebanyakannye ok! So, aku pun ... apa salahnye cubakan??
Mula-mula, sila terjah laman web
agoda di sini <----- Pastu korang perasan tak dia ada tulih "Baru di Agoda? Daftar Sekarang. Okeh, klik je lah.
Pastu korang isikanlah butiran-butiran yang diminta .... kalau korang nak tahu, agoda nie kira friendly jugalah. Takdelah dia nak minta korang isi butiran bukan-bukan. Nak sign up pun tak sampai 15 minit. Pantas!
Bila korang dah sign up, agoda akan hantar email pengesahan kat email yang korang daftarkan. So, nanti jangan lupa check email memasing dan klik link pengesahan ye. Bila korang dah klik link pengesahan ... barulah boleh login. Macam kat atas tu ... masukkan ID ahli/email dan kemudian password. Sonangkan??
Cara nak menempah hotel plak .... kalau aku tak ajar pun korang pasti bleh baca sendiri. Tapi takpe, aku ajarlah pada yang tak biasakan. Apa salahnye sharing is caring ... iyo dak?
Korang klik semula laman utama agoda. Kemudian masukkan destinasi mana yang korang nak pergi. Macam aku, bakal ke Terengganu this coming February (2013 nie memang tahun jenjalan tuk aku ... walhal nak nikah lagi. Banyak tullah duit!). Korang masukkan nama destinasi kemudian dekat daftar masuk tu key in tarikh korang nak pergi dan berapa malam ye. Seterusnya klik CARI! So, agoda akan cari hotel-hotel yang sesuai untuk korang pilih.
Bila korang dah klik CARI, akan keluar lokasi-lokasi dekat Terengganu. Ini yang aku punyalah. Korang punya lokasi ikut mana korang dah typelah kan .... Then korang kliklah mana yang suke. Macam aku of course klik Kuala Terengganu. Kat situ dia cakap ada 28 hotel. Meh, kita tengok hotel-hotel dia plak.
Ini sebahagian jelah dari 28 hotel aku tunjukkan kepada korang. Takkan aku nak display semua. Nanti korang buatlah sendiri ye. Aku bagi tunjuk ajar setakat yang mampu jew. Untuk pilih hotel, jangan main suka pilih je tau. Korang tengok yang sebelah kanan tu dia ada tulih, "Baik 7.4, Bagus 7.1, Baik 6.9" .... itulah adalah permarkahan yang diberi kepada setiap hotel berkenaan. So, silalah pilih yang dia cakap, baik, bagus dan cemerlang dengan point yang tinggi.
Okeh seterusnya, kita pilih hotel mana yang berkenan di hati dengan kadar rege yang kita mampu. Korang perasan kan dia ada siap dengan kadar hotel ... "MYR160, MYR240 ... MYR300". Itu semua kadar hotel yang belum dicampurkan dengan caj perkhidmatan lagi. Pilihlah mana yang berkenan di hati korang. Cam aku .... nak pilih Sumai Suite Hotel. Pergi beramai, so bleh la thong thong duit resort tuh ;=) Si teman cakap tidur Sumai nie best. Dia dah pernah pi .... so, wajiblah aku try juga. Gediks!!
Bila korang dah klik hotel kesukaan ... akan keluar frontpage cam kat atas nie. Boleh tengok rege ye. Kalau nak puashati lagi check rege dengan hotel tu sendiri. Mana lebih murah dan berbaloi?? Kat situ ada jenis bilik, maksimum berapa bleh stay, rege ... berapa malam korang nak book dan baki bilik yang tinggal. Sebelum korang book, aku nasihatkan baca review dari pengunjung sebelum ini. Korang scroll sampai bawah nanti ada part review ...
Okeh, ini adalah review pengunjung sebelumnye. Mana yang baik tu ameklah. Yang tak elok tu tolak tepi ye dak? Supaya korang rasa nanti akan dapat bilik yang sangat-sangat comfort utk percutian korang. Takdelah nanti pergi bercuti tapi bilik cam hampeeeeeeeeeesssssss!!
Bila dah baca review korang dah puashati giler dengan komen-komen sumer ... terus pilih bilik jenis mana korang nak. Cam aku amek Superior - pemandangan laut. Maksimum stay situ 8 orang. Sarapan disertakan. Paling best rege dia MYR400 (belum masuk caj perkhidmatan ye). Kalau aku betul2 book akan dapat 18point lagi. Yeee suke!! Korang klik berapa malam nak stay then klik TEMPAH!!
Seterusnya, isikan butiran yang berkenaan. Sebelum proceed sila check tarikh. Betul ke dak time tu nak pergi bercuti. Kang salah tarikh plak. Ada jenis hotel boleh batalkan tempahan secara percuma...ada yang kena bayar. So, make sure before proceed payment ... korang dah benar-benar puashati ye!! Bila dah puashati .... teruskan!!
Pembayaran hanya dengan kredit card!! Isi butiran yang dia nak ... kemudian klik bayar & tempah sekarang!!! Sekarang yew .... he he he. Bila korang dah buat payment, jangan ingat semuanya selesai. Check email korang. Agoda akan hantar confirmation status.
Korang terus check email ye selepas buat payment. Agoda akan cakap korang punya tempahan sedang diproses dan akan hantar baucer hotel dalam masa sejam. Sebenarnya tak sampai sejam dia dah hantar baucer tu kat korang. Aku aritu dia hantar dalam masa 15minit. Cepatkan?? Contoh baucer cam dekat bawah nie ..
Contoh voucher yang agoda akan emailkan pada korang dalam pdf. WAJIB PRINT voucher nie sebab nak bawa pergi hotel nanti ye. Jangan ingat dia saja hantaq plak kat hangpa ye.
Walau entry nie panjang, tapi tak habis lagi. Before check in atau 2-3 jam selepas buat payment, korang call hotel berkenaan dan tanya ada tak tempahan hotel atas nama korang atau atas nama sesape yang korang letak tuh melalui AGODA. Jangan tak check plak. Sila call hotel ye!!
Bila confirm korang buat booking nie, korang akan dapat point ... bila balik dari percutian, korang review je hotel berkenaan dengan jujurlah .... korang akan dapat 500 point lagi. Hah, nanti kumpullah point korang tu. Kot bleh dapat bilik free ke ... ye dak??
Sekian, cara nak tempah hotel melalui agoda. Adoi letih jari menaip. Panjang giler. But aku harap ia bermanfaat buat korang semua! Chill .....
CK : Tengah layan fear factor!